Aku selalunya akan singgah di kedai makan abang ni, lokasinya di kafe berhampiran satu dewan kuliah. Orangnya peramah dengan minda yang hebat, maklumlah bertahun juga dia hidup di luar Negara jaga anak-anak dan temani isterinya sambung belajar di UK.
Kalau di Bandar Baru Bangi, makan tengahari dengan satu nasi, satu sayur, satu ikan dan satu neskefe ais, harganya paling murah RM9. Dengan abang ni, boleh dapat RM6. Alhamdulillah. Paling utama rasanya kena dengan tekak aku termasuk neskefe aisnya yang sedap itu.
Sejak dulu aku nampak kafe sebelah menyebelah dah banyak kali tukar orang. Yang dia punya masih tetap juga ramai pelanggan. Mungkin orang suka sebab dia peramah. Dia tak berkira. Dia sentiasa sahaja penuhi keinginan pelanggan. Jam sepuluh pagipun kalau ada pelanggan nak makan yang jenis ala-carte, dia sediakan je walaupun masa itu mereka tengah kelam kabut siapkan makan tengahari.
Tak berkiranya dia itu hinggakan kepada soal bayaran. Dahlah harganya lebih murah, andai sekupang dua, dia memang tak berkira. Kalau belian kita berharga RM5.30, RM5 je dia ambik kecuali kita bayar dengan duit kecil secukupnya. Katalah harganya RM6 dan kita hanya ada not RM5 dan RM10…abang tu akan mintak dengan kita RM5 sahaja dengan pesanan RM1 lagi tu boleh bayar lain kali. Ada masanya, jumlah itu hingga cecah RM3.
Ini yang buatkan aku takut. Risau sebab kira aku berhutang dengan dia. Aku pernah juga risau kalau-kalau aku lupa nak bayar lain kali itu. Namun dengan selamba aje dia cakap “Kalau lupa, saya halalkan aje. Jangan risau,”
Anehnya, aku tak pernah pula lupa bakinya itu. Akan bayar semula bila pergi lain kali tanpa perlu dia ingatkan. Kalau kita lupa, dia juga tak ingatkan kitapun. Prinsipnya mudah sahaja: kalau rezeki kita, Allah akan bagi juga tak kira dengan cara apa sekalipun.
Minggu lepas, aku beli makanan lagi dengan abang ni, dan bayar juga baki yang sebelumnya. Dia berkata “Saya tak risau kalau tak bayar semuapun, sebab saya tahu…semua orang kat sini pasti akan bayar walaupun saya tak kenal sangatpun mereka. Tapi kalau buat kat “luar”, memang perlu niatkan sebagai sedekah sahaja kerana mereka tak akan datang semula untuk bayar kecuali beberapa orang je…”
Alhamdulillah, aku berkerja bersama orang-orang yang jujur rupanya, walaupun masih ada juga yang jenis suka “makan” kita ;)
Walaupun, daku ini bukanlah sedap pun untuk dimakan hu hu hu
17 ulasan:
Bila kita jujur, InsyaAllah adalah ganjaran untuk kita. :)
itu lah rahsia keberkatan perniagaan abg tu...
Kakcik: banggakan kalau berurusan dgn org mcm ni...mudah, tak cerewet & selalu anggap rezeki ni bukan je di dunia.
Tak berkira pun, dah bayangkan kalau semua tu diniatkan sebagai sedekah.
Daddy: betul tu...anak lelaki dia yg ensem tu dulu ada jugak dtg tolong2 sblm sambung belajar semula. budak2 remaja zaman sekarang mana ada nak tolong buat kerja2 gitu...serius, budak tu nampak sangat hensem bila tolong ayah dia. Rasa mcm nak book buat menantu je ;)
setuju2.
ayu pun if kalau ada plangan lupa byr. ayu halalkan..
pernah sebulan lps.. planggan tiba2 dtg dgn muka sedih..
ayu kata knp..
saya thutang itu ini..
syukur.. mungkin ada sesuatu y buatkan dia tgerak hati nk byr hutang lalu..
rezeki saya kannn
memang sukar nak cari org macam ni berniaga
teringin juga makan di kedai 'abang' tu ye anyss...
rezeki orang rezeki kita, DIa punya, jujur tak nampak, makanan kesan pun tak nampak, kecuali makan racun,,
yakin yakin ainul yakin
Berkat. Sifat disenangi orang membuatkan kita selesa untuk datang lagi dan lagi.
murahnya hati abg tu.semoga beliau dilimpahi rezeki yg mencurah2...dan akak juga :)
Ayu: seringgit dua mereka lupa bolehlah halalkan. jangan sampai buka buku 555 dah la ya...
sharinginfoz: hanya satu tu je saya jumpa. Mungkin sbb saya pelanggan tetap kot. Tapi...dgn org lain pun dia macam tu jugak
Kak Ida Nyanyi sunyi: hari kerja je dia buka...hingga jam 4.30 ptg je
ZZ: kalau boleh, pastikan apa yg kita makan tu halal selagi terdaya
JunAina: Betul tu...peramah juga. Siap ingat apa yang kita suka makan & minum ;)
Munnafendy: Betul tu...dahlah harganya lebih murah. Jenis tak kesah
Terima kasih munna
Catat Ulasan