Alahai...kesian betul dengan Pengacara terkenal Aznil Nawawi yang kehilangan sejumlah barang kemas disyaki dilarikan pembantu rumahnya. kejadian berlaku di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama semalam.
Hari tu (Ogos lepas), rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. Kali ni pembantu rumahnya pulak buat onar.
Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang semalam dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.
Komen aku: orang kata, kalau dah bukan rezeki kita, dalam apa cara sekalipun, ia tetap terlepas dari milik kita juga. Tak kiralah jaga macam manapun. Namun, andai memang dah rezeki kita, cicir sepanjang jalan pun akhirnya tetap kembali ke tangan kita semula.
Bersimpati dengan nasib malang Pak Nil, tahun ni aje sebegitu besar dia kehilangan harta benda. Nak buat macam mana, memang dah gitu suratannya. Kenalah banyak-banyak bersabar. Memanglah perit...banyak tu!
5 ulasan:
Bab rezeki satu hal, bab beri madu dibalas tuba pun satu hal.. :(
Susahkan kadang2 orang yang kita percaya tulah yg akan tikam kita dari belakang...
kakcik: Kalau bab rezeki & keberkatan, saya memang jaga sangat2.
Bab madu dibalas tuba...kalau pertama kali berlaku akan ambil masa utk kita menerima dgn redha. kalau dah banyak kali kena, abaikan je & fikir positif (itu saya, org lain tak tahulah) sebab makin difikir bertambah sakit diri sendiri.
JunAina: hidup memang di luar jangkaan. Paling utama, bagaimana kita bangkit semula...
Takpa, kena redha. Ada hikmahnya tu. Kena muhasabah diri juga. Sebagai panduan kepada kita, bukan semua harta mewah tu selamanya jadi milik kita.
Catat Ulasan