Selasa, 6 November 2012

Hebatnya Samsung Galaxy S III


Waaaaaa ramainya peminat Samsung Galaxy S III...dah lebih 30 juta tu, sedangkan baru lebih 5 bulan berada di pasaran. Samsung dah menjual 56.3 juta telefon pintar, termasuk Galaxy S III pada Julai-September, mewakili 31.3 peratus daripada pasaran global.

Tak hairanlah ramai yang pilih model Galaxy S III ni sebab pemprosesnya lebih berkuasa yang membolehkan pengguna menonton video dan menulis e-mel secara serentak. Skrinnya pula luas bersifat HD Super AMOLED berukuran 4.8 inci.

Ohhhhh ni bukan entri berbayar tapi entri penuh kagum. Kagum dengan samsung yang mampu bersaing dengan apple, kagum juga teknologi semasa yang mereka keluarkan. Lagi kagum bila pengguna sukakannya. Mungkin sebab harganya rendah sikit dari apple, mesra pengguna juga.

Sebenarnya, telefon cap ayam serama aku tu dah ada tanda-tanda buat hal Aidiladha lepas. Nasib baik aku tak rebus sekali dengan sup gearbox je.

Dah lama pun aku beli, sejak 2008 rasanya. Aku main kutu tiga bulan untuk beli telefon tu. Sekarang ni mana ada dah orang pakai yang macam tu...semuanya yang canggih manggih besau gedabak. Persoalannya, sempat tak aku nak main kutu dulu untuk beli Galaxy S III ni sebelum telefon lama tu arwah? Berapa bulan nak kena mengutu? Ada tak sesiapa nak main kutu sama? Hu hu hu

Mmmmmm aku lebih selesa dengan telefon cap ayam ni, macam mana? Touch skrin segala ni buatkan aku rasa canggung la pulak!

Yaaaa...orang lain dah guna iphone 5, aku tau...tapi aku masih yang jenis cap ayam serama. Kumpul duit dulu ya baru set dalam kepala mana nak sambar ikut ketebalan dompet yang memang nipis ni ;)

 

4 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

saya tengah penuhkan tabung ayam ni.... :D

anyss berkata...

GB: Tabung saya penuh dengan syiling...mmg dah nak penuh tapi jumlahnya paling banyak pun dlm RM200 je. Lambat lagi nak dapat tu ;)

bujal X berkata...

Saya da 3 kali beli s3..he..kaki tukar gajet..

anyss berkata...

Bujal: yg dah tak pakai tu bolehlah campak2 sini ya hu huhuhu

saya tak suka sgt yg touch2 skrin gitu...rasa kekok sensangat. tp kalau nak beli yg baru, takkan nak pakai teknologi yg terkebelakang kan?