Bangga betul aku. Bukan selalu kita boleh jumpa usahawan berjaya sampai begini sekali. Usahawan bangsa kita pulak tu. Bangga tak?
Mendapat liputan di Kosmo pada 13/11/2012 di ruangan perniagaan.
gambar ni Cik Bintang yang ambil masa hatinya tengah mendidih terhalang jalan |
Kalau artispun dah makin ramai bertudung apalagi bukan artis kan? Alhamdulillah, memang bangga sangat-sangat bila makin ramai jelitawan bertudung. Makin anggun dan menawan.
Kesungguhan tu yang penting. Menutup aurat kan wajib. makin ramai para jelitawan berlumba-lumba untuk menutup aurat. Sangat gigih ya kawan-kawan. kegigihan yang perlu kita puji. Kegigihan yang perlu kita sokong.
Aku sendiripun tak segigih itu. dr Hanie kata, ada yang sanggup menunggu sejak jam 4 pagi. Masa tu aku dah teramat kagum dah.
Isnin malam sebelum Deepavali, aku balik kerja hampir jam 11 malam. Singgah beli burger bakar sebelum balik rumah. biasanya aku nampak pagi-pagi je penuh dengan orang beratur, malam tu aku tengok, dah ramai orang berkampung. Jam 2.45 pagi, ketiga mata dah tak boleh buka untuk terus buat kerja sekolah, hujan turun dengan sebegitu lebat. Bertambah-tambahlah kegigihan mereka mengharungi dingin lantai kaki lima, ditimpa pula tempias hujan lebat itu.
No 1 adalah pintu utama gedung Fareeda Nyata Jelita, lihat jaraknya dari no 1 ke no 3. Betapa panjangnya mereka beratur ya...Gambar-gambar ni aku ambil sendiri masa balik dari beli nasi lemak pakcik tepi surau sana. Panjang tak? melebihi deret kedai yang bertanda no 3 sebenarnya tu...
Anda sanggup? Kalau tak sanggup, hati belum istiqamah lagi tu...
No 3 ditandakan kat atas adalah kedai Golden Shine tu je...panjang jugak lebihan beratur dari angka 3 tu... |
Bila tengok pengumuman di FB, nombor hanya boleh diambil jam 10 pagi pada hari Deepavali, sementara premis akan dibuka jam 2 petang hingga 9 malam pada hari tersebut.
Gigihkan mereka memenuhi syariat untuk menutup aurat?
Nak tengok lebih banyak gambar-gambar kegigihan mereka? Beratur panjang untuk tudung Fareeda terkini pada 2 Disember 2012 Sila terjah blog Dr. Hanie.
Nak tengok lebih banyak gambar-gambar kegigihan mereka? Beratur panjang untuk tudung Fareeda terkini pada 2 Disember 2012 Sila terjah blog Dr. Hanie.
Aku? Biarlah dengan cara aku sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa. Maklumlah, aku nan tak berapa jelita ini, biar dilitup dengan tudung emas sekalipun tetap jua tidak mampu jadi jelitawan.
Yaaa...dah lama sedarpun!
25 ulasan:
Kakak suka tengok aje tudung yg rumbai-rumbai tu anyss. Nak pakai malu dan tak selesa rasanya. Kakak selesa dgn tudung kakak yg style lama juga. Yg penting kakak prefer labuh dan selesa.
Kakcik pakai tudung yang harganya dalam lingkungan RM10-RM20 je... :)
Bagi yang mampu, tak kisah la..beli lah tudung harga 2-3 ratus sekalipun..rezeki tuha dah beri..
Cumanya, tak kiralah tudung RM10 ke, atau RM100, yang penting, kena tutup aurat ikut syariat..Bertudung untuk menutup aurat ikut syariat, bukan ikut fesyen..Tak guna juga kalau tudung beratus ratus, tapi syariah non compliance...
Wallahualam
saya punye tudom berharga rm5-rm10 je... raya hrtu la.. beli tudom rm45.tu pun pak dakEpal belanja hihihi!!
Suka lg pakai tudung bawal....
Lagi suka pakai tudung bawal.....
Jakak nih tak derlah segigih cam tu...tapi tak der pulak depa gigih cam tu nak gi mesjid!
saya tak pernah pakai tudung macamtu kak, tak reti. lebih selesa pakai tudung bawal je...
Salam,
Salam kenal dr mama ju.Wajahmu di mana? hehe
alhamdullilah sy sudah menemukan cara sy sendiri utk menutup aurat. byk pandangan dan cara masing2 dgn kata menutup aurat..bgmn yg diminta syariat bgmn yg diminta hati..
masing2.. kalau dulu sangguh berhabis nak beli arriani. now i prefer ratu yg simple plus big shawl..cukup..tp apa2 pun suka tgk ramai yg sudah menutup aurat.alhamdullilah...
Kak, tudungnya ya amat mahal bagi saya....
Tapi ramai peminatnya...
Saya pakai shawl rm10 je.huhu.
kakzakie: saya pun suka tengok org pakai cantik2, tapi saya tak pakai. Sebabnya: dah pakai cantik, dah lilit bagai...ambik byk masa nak kenakan semula lepas solat -----> saya pakai jenis yg cepat boleh siap je ;)
kakcik: samalah. lagipun tudung2 mahal ni mudah lupus tarikh. Keluar pesen baru, dah kena kejar pesen baru pulak...jenuhlah kita nak mengejar. Dah lah mahal...
DD Ziyyad: keutamaan tutup aurat selain nampak jelita. Jangan nanti jadi trend dah la ya...kejab bertudung sbb ada tudung comey, kejab bukak tudung bila keluar pesen klip rambut comey ;)
kakngah: selamat datang ya...tudung saya pun harga gitu je. Yg penting tutup aurat & selesa. Tak apalah tak cantik sangat pun...
tapi kan, untungnya kakngah ada orang belanja tudung mahal ;)
pena rozie: Saya baru pandai pakai tudung bawal hu huhu ----> sila jangan gelak
JunAina: saya pun tak gigih pi beratur situ, tak gigih gak pi masjid. hanya sekali sekala je singgah masjid ;)
mama Ju: Selamat datang...wajahku ada di Bangi ----> kira ekslusif skit mcm tudung fareeda jugak. kena dtg bangi, pi pekena cendol baru boleh nampak wajahku ;)
Jom!
azian elias: Selamat datang, kak azian.
saya tak pernah berhabis sebanyak tu utk beli tudung...kalau beli buku sanggup ;)
sbb: bila mahal hati rasa sayang. Bila sayang, saya simpan. Tak guna.
Najwa: Selamat datang, najwa. Bagi akak, shawl tu pun dah kira moden tu ----> klasik tak akak ni? hu huhu
Gigih? maksud tersirat....
Azieazah: la la la
gigih beratur beli tudung??? berapa peratus murahnya tu?? saya pakai tudung munahmurah jer.. nak beratur panjang, minta ampunnnn...
Setakat nak tutup aurat tak perlulah beratur mcm tu. Banyak lagi tempat lain yg jual tudung .... huhu
Seri Kandi: Selamat datang...dengar cerita, paling murah tudung tu RM120 selepas dapat diskaun.
Saya pun bukan pencinta tudung Fareeda, tak gigih nak beratur sebegitu sekali ;)
Catat Ulasan