Jumaat, 4 Mei 2012

Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Kedah


Perkongsian hari Jumaat, moga ada yang dapat manfaat:

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sejak dahulu lagi mengambil berat tentang kebajikan penuntut-penuntut sama ada di Sekolah-sekolah atau di Pusat Pengajian Tinggi. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (Enakmen LBNK. Bil.6 Tahun 1958) dan ia dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah adalah bertanggungjawab menguruskan bantuan kewangan kepada penuntut-penuntut setiap tahun.

Pelbagai perubahan telah dilakukan sepanjang penubuhan lembaga ini, terutamanya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan agar dapat memberikan kepuasan kepada semua.


SYARAT KELAYAKAN

1. Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah) atau ; salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.
2. Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.
3. Pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah pertama , sarjana dan Phd. secara SEPENUH MASA
4. Tidak ada penganjur lain.
5. Mengikuti pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja.


KADAR PINJAMAN bagi SETAHUN

Sijil: RM 2,500.00
Diploma: RM 3,500.00
Ijazah Sarjana Muda: RM 5,500.00
Ijazah Sarjana: RM 6,500.00
Doktor Falsafah (PhD.): RM 8,000.00


CARA MEMOHON

• Permohonan dibuka mulai 15 Jun sehingga 15 Julai setiap tahun
• Permohonan dibuat secara atas talian (Online) mulai tahun 2007.
• Pengumuman permohonan pinjaman akan dibuat melalui akhbar dan laman web.
• Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan layak dipertimbangkan pinjaman LBNK.
* Tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak

AGIHAN BAYARAN PINJAMAN

• LBNK akan menyalurkan bantuan pinjaman terus ke akaun pelajar bagi setiap semester.
• Menjadi tanggungjawab pelajar untuk melunaskan bayaran-bayaran berkaitan seperti yuran dan sebagainya.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:-

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Star, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7744451
Faks : 04-7744454
Laman Web : http://www.lbnk.gov.my
Iklan tawaran pinjaman: http://www.lbnk.gov.my/pinjaman.html


2 ulasan:

eelobor berkata...

nok baca pom sbb x dok kaitan ngan ambo kut

anyss berkata...

Eelobor: ambo pong tadak kaitan pong...x leh mintok jugok sbb buke anok negeri kedoh hu hu hu