Ahad, 6 Mei 2012

Gaduh Anak Beranak Pun Boleh Masuk TV

Sekali fikir, pelik pun ada...tapi itulah hakikatnya
Zaman sekarang ni, sangat mudah untuk muncul di kaca TV
Zaman aku bebudak berhingusan dulu...
Bukan sebarang orang boleh muncul di kaca TV
Bila tersesat sekali dua masuk TV...riuh heboh satu kampung
Berbulan-bulan lamanya
Zaman sekarang ni...ada kalanya entah berapa belas kali sehari
Muka boleh terpampang dalam berita utama

Zaman Jepun masih jajah tanah melayu dulu tu
Hal-hal dalam rumah sendiri, gaduh baloh adik beradik anak beranak
Kalau boleh tak mahu orang tahu...sembunyi je
Tapi, itupun lama-lama orang tahu juga
Sekarang ni, bercekau soal jawab teriak tangis
Satu Malaya tengok...
Itu belum campur akhbar, twitter, blog dan FB lagi
Belum juga campur sok seh sokseh tepi tangga tepi jamban

Pening ya?
Pilihanraya dah makin dekat...nak buat lagu mana
Terpaksalah kita telan berita-berita pelik di Buletin Utama setiap hari
Nanti kita dengar pulak komen macam-macam orang lepas ni
Seronok jugak tengok cerita begini kat TV ya...
Tak payah langgan Astro pun untuk dapat cerita menarik!


1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

kadang2 bosan bila tengok berita