Isnin, 21 Mei 2012

Di Sebalik Kemenangan Kelantan dalam Piala FA 2012


Banyak cerita di sebalik kemenangan Kelantan menjulang piala FA 2012
Konflik dalaman FAM melibatkan Tan Sri Anuar Musa (TSAM),
Selaku orang kuat pasukan Kelantan secara tidak langsung ada impaknya
Sama ada secara negatif kelihatan menurunkan semangat pasukan
Dan penyokong…namun nyatanya, kesan positif lebih ketara
Sama ada penyokong atau pemain, masing-masing semacam
Nak ucapkan terima kasih atas jasa TSAM yang selama ini banyak mendorong
Besar peranannya menggerakkan pasukan bola sepak negeri

Walaupun diasak macam-macam provokasi dan hal
Di wall TSAM nyatanya, sangat ramai yang menyokong beliau
Masing-masing bersemangat waja.
Hebat. Aku kagum. Hal-hal macam ni memang kelebihan anak Kelantan
Semakin ditindas, kami makin bangkit berjuang
Itu memang dah biasa berlaku…
Namun aku sangat kagum dengan beliau
Tetap juga turun menyaksikan perlawanan akhir piala FA
Walaupun sebagai penonton biasa
Itu akan buatkan lebih ramai anak muda kagumi dia
Buatkan pengaruh dia lagi besar walaupun ada pihak nak jatuhkan

Perlawanan akhir piala FA juga menyaksikan sesuatu yang tak dijangka
3 ekor lembu ditumbangkan dan dijamu kepada penyokong Kelantan
Di Bukit Jalil (mengikut berita, kalau hal ni tak benar, sila beritahu aku ya)
Keretapi khas juga diuruskan, bertolak jam 10 malam pada hari Jumaat
Dan balik pada jam 2 pagi selepas perlawanan tamat
Itu belum lagi campur rombongan penyokong menggunakan bas secara percuma atau
Kereta persendirian. Malah, menurut adik ramai yang dapat pakej percuma
(tiket masuk stadium, bas dan wang saku RM100)
Lalu penuhlah stadium Nasional Bukit Jalil dengan rakyat Kelantan
Memakai baju warna merah, bersorak bertempik menyokong

Sepanjang berada di kampong halaman sejak Selasa lepas
Bahang bukan sahaja dek pilihanraya yang makin dekat
Tetapi piala FA juga
Hari Sabtu aku ke Pasar Tani di Pekan Ketereh
Aku akuinya, suasana sedikit lengang, tak sesak macam biasa
Pengunjungnya ramai berbaju merah dan putih
Baju bola…dari anak kecil hingga pakcik pun
Aku sangat kagum dengan mereka
Malah, ada yang keluar ke pasar minggu itu semata-mata
Nak beli baju bola
Bila Tanya: pergi tengok bola kat mana?
Jawapannya sangat mudah: Depan TV
Malah ada juga yang buat BBQ sambil tengok bola
Siap jemput datang untuk sama-sama tengok bola,
Katanya ada orang sponser ayam untuk BBQ tu…
Macam musim raya pulak. Macam rumah terbuka.
Lagi aku kagum.

Sejak Khamis lagi ayah dah tanya “Bila bola” tu
Macam tak sabar
Sabtu malamnya, kami tengok ramai-ramai
Tak sangka pulak ayah boleh kenal Mohamed Ghaddar
Sambil tengok, urut Mek…dia juga komen macam-macam
Sambil tengok makan keropok lekor,
Makan keropok ikan goreng…siap dengan teh panas
Tengok bola ramai-ramai
Makan keropok ramai-ramai
Bukan selalu kami boleh buat aktiviti berjemaah begitu

Bila Kelantan Menang Piala FA 2012
Riuh rendah satu stadium, di kampong juga
Siap letup-letup mercun lagi walaupun tak meriah macam mercun raya
Piala baru itu akhirnya jadi milik Kelantan jua tahun ini
Sebab aku dah balik bangi hari ni
Tak ada kesempatanlah untuk aku tengok
Kalau-kalau piala kemenangan ini dipamerkan kat mana-mana
Di Kota Bharu masa bawa balik nanti.

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang sentiasa bersemangat waja
Tahniah kepada penyokong pasukan Kelantan,
Walaupun ada pasang surutnya, namun masih ramai juga
Menjadi penyokong tegar
pemberian hadiah sebanyak RM500 ribu daripada KAFA
kepada semua pemain dan pegawai terlibat, memang patut benar
sebanyak RM300 ribu akan diberi dalam waktu terdekat
dalam bentuk wang tunai, manakala sebelbihnya
dalam bentuk pakej percutian...

Gomo Kelate Gomo…tahun depan Gomo lagi!


1 ulasan:

shaliza berkata...

salam kenal tuan blog...saya pun ore tere jugok..dok2 baco blog awak, rupanya ore tere.