Ahad, 27 Mei 2012

Kemalangan Maut Dalam Acara Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya?


Semalam aku ke PICC dengan CIk Bintang
Dia mencari cinta hatinya…dah sampai sana terus panjat hingga atas
Teropong suasana kemeriahan Sambutan Himpunan Jutaan Belia
Kononnya ada macam-macam acara gilang gemilang
konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak,
pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian,
tapak pameran dan macam-macam aktiviti
aku Terapong dari jauh aje, malas nak bersesak sama
Panas wehhh…dahlah sesak. Jalan banyak tutup
Parking pulak…bercinta nak menapak
Memanglah ada system park and ride
Boleh naik bas, tapi untuk aku yang biasa hidup dalam ekon
Dan lahir kat Kutub Utara ni…fuhhhhhh tak kuasa komer
Peluh melekit-lekit bawah ketiak tu
Banyaklah alasannya kalau tak nak pergi hu hu hu

Kalau takat nak tengok-tengok dan cukupkan jumlah sejuta orang je
Memang bukan aku orangnya
Pesta Buku aku sanggup je bersesak asalkan poket penuh
Untuk borong buku-buku yang aku suka
Tapi kalau takat nak bersuka ria dan longgarkan lutut
Aku dah terbiasa untuk tak pergi
Lainlah kalau ada tujuan lain…macam kena buat lawatan sambil belajar
Atau tugasan rasmi, kenalah pergi
Mungkin sebab aku dah tak belia lagi kot
Hu huh u tang benda-benda gini sanggup je jadi warga emas ya
Tang lain dok mengaku 18 tahun huh u hu

Bangun pagi-pagi hari ni
Teropong akhbar utama nak baca apa-apa yang patut
Tapi tengok entri-entri kat blog paparkan
Berlaku kejadian ngeri dan kemalangan maut di Putrajaya
Dalam salah satu acara dianjurkan Sambutan Sejuta Belia
Drif kereta…kononnya kereta yang lakukan acara drif
Terbabas dan melanggar penonton mengakibatkan kecederaan
Ada juga yang kata seorang telah maut

Aku tak ada di tempat kejadian, aku tak tahu statusnya macam mana
Akhbar pagi ini juga tidak ada yang catatkan berita ini
Namun beberapa blog seperti blog Ben Ashaari dan Anak seberang
Ada tayang gambar-gambar sebagai bukti
Dalam komen-komen dalam entri berkenaan juga
Ada yang mengaku jadi saksi kejadian
Kalau nak baca cerita kemalangan maut di Himpunan Jutaan Belia atau
Tengok gambar-gambar kemalangan drif kereta di Putrajaya tu
Bolehlah baca di blog Anak seberang
Gambar taklah jelas sangat sebab kejadian kononnya berlaku
Antara jam 12 tengah malam hingga jam dua pagi tadi
Guna kamera telefon aje kot

Dah geledah blog Ondscene dan blog sdr Mazidul
Tapi tak ada pulak berita pasal ni
Bagi sesiapa yang berada di tempat kejadian semalam


PsssT: KELANTAN dan Johor FC hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan bola sepak Liga Super 2012 di Pasir Gudang, malam tadi.

Kemaskini:
Berikut berita yang disiarkan Sinar Harian tentang kemalangan ini:



PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.


Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan ketika itu Sinar Harian difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.

Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.

Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.

Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula. “Kita cakap kepada mereka, kalau tidak mahu pergi duduk jauh pada jarak yang selamat, kita tidak akan mulakan perlumbaan ini,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.

Utusan Malaysia juga menyiarkan berita ini dalam tiga entrinya. Sila ke laman web Utusan Malaysia untuk baca, manakala Berita Harian hanya siarkan 3 ayat sahaja.


nak tengok video tentang kemalangan drag himpunan sejuta Belia bolehlah tengok kat entri  berikut:


Video kemalangan himpunan sejuta belia 2012



10 ulasan:

Cetusan berkata...

selamat remaja

fizafantagirO berkata...

Sy duk situ smlm, ada ambulance dtg buat laluan kecemasan kt area konsert korea tu. Xsangka plak ada xcident.. Tp smlm dlm jam 10-11 kot..

Cetusan berkata...

tak pasal pasal dpt saham kalu citer tk betul, tali dan rangkaiannya

LillyiLynaEzleen berkata...

aku pun tak paham ...anjurkan perlumbaan kereta di jalan awam .. trek kan ade ....sapalah yg bagi kesen ...sekarang jawab lah pada mangsa tu ... senanglah cakap suruh penonton berada jarak selamat....lbh baik jgn datang tengok... apa faedahnya ....

6803man sarawak berkata...

Sokong lily..
Da 2 plak wat tengah mlm.ape ke bodohnye..belia jantan xpe gak,yg anak dara x balik2 smpi tengah malam ape kes.kn da kene langar.penganjur ni klu nak ajar budak2 merempit elok la siang.

anyss berkata...

ZZ: Aminnnnn...makbul doa harapnya ;)

anyss berkata...

Fizafantagiro: selamat datang...terima kasih berkongsi info

anyss berkata...

ZZ: alhamdulillah berita tu betul, hanya maklumatnya tak disebarkan dengan meluas, tak tau sebab apa. kecewa dengan BH hanya tulis ayat je...

anyss berkata...

Lily: selamat datang. Dakupun tak faham. Yang saya faham: kat Malaysia ni isu keselamatan memang BUKAN isu utama hu hu hu

anyss berkata...

man sarawak: selamat datang...siang ke malam, keselamatan tetap perlu diutamakan