Jumaat, 11 Mei 2012

Mengapa Aku Belum Kahwin?


Aku tahu aku memang dah tergolong dalam angka 2.5juta penduduk Malaysia tu
Ohhhh jangan buat-buat tak tahu pasal angka tu
Itu angka lelaki dan wanita yang dah akil baligh di Malaysia ni
Tetapi masih lagi hidup solo @ tak kahwin.
Sebab utama adalah:
isu berkaitan dengan kewangan
tidak jumpa calon yang sesuai
kerjaya
komitmen keluarga
selesa dengan status solo

Komen aku:
Kewangan: bagi kat aku RM4 jutapun mampu dihabiskan dalam masa sehari
tidak jumpa calon yang sesuai: sangat betul, orang pura-pura ikhlas je depan aku
ya…aku sangat sedar diriku bak gagak di rimba hu hu hu
Errrr…sebenarnya aku tengah tunggu Sultan Muhammad ke-V
Opssss! Jangan muntah darah ya…
kerjaya: cukup takat ni je kot…tak ELOK tamak!
komitmen keluarga: hulur singgit dua untuk Mek & ayah je
selesa dengan status solo: redha je, tak lah selesapun
tapi tak akan tukar status semata-mata nak tukar status je
kahwin kena ada matlamat, kena ikhlas...ya tak?
Opssss! Tak leh komen lebih,
kang orang marah lak isu ni sensitive
apa yang aku tulis ni sesuai untuk situasi aku je ya
tak ada kaitan dengan jelitawan yang lain la la la

Lebih 60% yang single adalah lelaki.
Purata lelaki berkahwin: umur 28 tahun (sebelum ini 28.6 tahun)
Purata perempuan kahwin: 25.7 tahun (sebelum ini 25.1 tahun).

Sebab utama lelaki tak kahwin: faktor kewangan
Sebab utama wanita belum kahwin: sukar untuk mencari calon yang sesuai.

Ikut Islam, calon suami perlu kita pilih berdasarkan 4 perkara:
rupa, harta, ketururnan, dan agama

Benar sangatlah tu. Kalau nak pilih calon untuk buat suami kenalah tengok;
rupanya: hensem ke tidak. penting untuk teruskan keturunan ayu dan kacak
macam Khirtik Roshan pun cukuplah, tak payah lah cari Brad Pit
hartanya: 2-3 bilion cukuplah, tak ada niat nak jadi paling kaya macam tuan FB
keturunannya: kena chek juga dia tu Sultan ke, Tengku temenggung ke...
agamanya: inipun kena tengok, mana boleh ambik penyamun
atau perogol bersiri, pembunuh lagilah kena elak kecuali dia bunuh nyamuk
paling tidak pun Imam Muda kalau tak mau cari Hafiz
Adusssssssssssssssss!
Sila jangan Bako aku ya! Entri orang demam ni...lain macam sikit tulisannya

Moral of story:
Kepada lelaki yang BAIK tu…silalah keluar untuk aku goda huh u hu
Boleh gitu?





6 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

kalao kite gi goda lelaki baik agak2 diorang nak tak? heheh!

Unknown berkata...

nak cari yang lengkap sempurna tu memang tak kan jumpa la..tapi bagi akak cukup la kalau dia berkerja tetap dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan agama..

anyss berkata...

GB: Kalau dia tergoda dengan kita, kananya: dia bukanlah baik sangat. Iman nipis...hu hu hu kalau dah tau dia baik, pi pinang je terus la la la

anyss berkata...

Kak Diana: akak punya syarat tu ---> susah dah nak jumpa ;) Sila jaga elok2 ya

Kujagahatiku berkata...

andai pun bersuami jika tidak bahagia hanya derita jiwa, andai solo jadi pilihan masih rasa bahagia teruskan,, ramai wanita lebih rela membujang kerana rasa gerun melihat ramai pasangan hidup yang kecundang dalam gerbang perkahwinan, dan yang paling menakutkan mungkin ramainya isteri mangsa penderaan suami yang zalim.

anyss berkata...

Hani: Insha allah, kalau jodoh tak kemana. kalau tak ada jodoh di dunia, akan ada jua di sana