Rabu, 2 Mei 2012
Banjir Kilat di Ampang, Cheras, Kajang
Asal hujan je, mesti ada banjir kilat
Nampak sangat bumi kita ni tak sempat nak serap air
Semua tempat dah diturap,
Longkang pulak tersumbat…akhirnya, air melimpah!
Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang
menyebabkan banjir di tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras
dilanda banjir kilat lagi…dua insiden pokok tumbang juga
hujan lebat sejak 1 tengah hari sebabkan air naik mendadak
dan surut pada 4 petang
ni bukan kali pertama berlaku
November dan Disember 2011 lepas pun banjir juga
hingga seorang wanita terpaksa memanjat bumbung kereta selamatkan diri
banjir kilat juga turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan
dan Cheras, air naik kira-kira 1.5 meter.
Ekoran kejadian banjir kilat, hujan lebat
menyebabkan berlaku tanah runtuh di Taman Tasik Permai, Ampang
dan tanah runtuh di Taman Supreme, Cheras kira-kira pukul 3 petang
kejadian di sebuah di Taman Supreme Cheras:
tebing bukit runtuh dan memasuki bahagian dapur rumah mangsa.
di Kampung Tasik Permai 22, Ampang: tanah bukit hadapan
tiga buah rumah papan runtuh & menghalang laluan
Jabatan Meteorologi pula mengeluarkan amaran
ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor,
dijangka berterusan sehingga petang tadi
Amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga
kawasan yang terlibat di Selangor: daerah Petaling,
Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah
(daerah Kulim dan Bandar Baharu),
Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,
Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang),
Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol),
Johor (Segamat, Kluang dan Mersing),
Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan),
Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau),
Pahang (daerah Temerloh dan Bera),
Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan
Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).
dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.
Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) pula
ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir.
Kalau rajin jelajah blog-blog atau baca akhbar online
Banyak juga gambar banjir kilat sekitar Kajang, Ampang & Cheras
Dah disiarkan blogger, malas pulak kau nak tampal
Cuba jugak cari kalau-kalau ada yang muat naik
Video banjir di kajang & Cheras di youtube
Tapi bruk aku yang kelaparan belum sempat bayar bil ni
Tak mahulah pulak bagi aku tengok.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan