Kerana cinta, ramai yang sanggup korbankan apa sahaja
Sebab tu kita boleh jumpa macam-macam cerita cinta dalam masyarakat
Kalau aku ada RM5 juta, mungkin juga akupun boleh beli cinta tu
Namun, mana kita nak tahu itu sebenarnya cinta?
Mungkin ramai yang akan kata warga emas berusia 63 tahun itu
Pendek akal, bodoh atau apa-apa sahaja atau
Memaki hamun dengan macam-macam tuduhan
Terpulanglah kepada anda, namun aku sangat percaya
Bagi dia, cinta lebih penting dari segala-galanya
Bagi dia, cinta memberikan ketenangan hati ketenteraman jiwa
Malah cintalah jua mampu mengubah segala yang ada atas muka bumi ini
Biar seburuk manapun ia mampu jadi wangi dan indah
Kalau tak, mana mungkin orang berhenti bercinta
Sejak berzaman…sejak adam dan hawa lagi
Kalau kita serik untuk bercinta, masih ramai lagi yang tidak
Masih ramai lagi yang agungkan cinta
Walaupun ramai juga menjadi pengkhianat cinta
Memang cinta itu buta, ada masa orang itu sendiri rela butakan matanya
Sanggup apa sahaja
Errrr….apa yang aku dok bebel ni ya?
Mmmmm oklah aku tampal aje satu kisah cinta nan sebegini mahal
Jarang berlaku cinta semahal ini di negara kita
RM5 juta tu bukan sedikit…tambah pula dia seorang yang kaya
Maknanya, cintanya lebih besar nilai dari nilaian RM itu
Sanggupkah anda?
Aku? Hu huh u sudah semestinya tak sanggup
Daku bukanlah sesetia mana, bukanlah pengagung cinta abadi
Kalaupun tangkap leleh merindu dendam menggebu-gebu dilanda ombak rindu
Biarlah geloranya tersembunyi kemas jauh di dasar hati
Hu huh u tu la pasal taka da siapa tahu aku boleh ditakel kan?
Huh! Salah sendiri juga…nak buat macam mana, aku kan pemalu!
KUALA LUMPUR: Demi cinta terhadap seorang 'jeneral' dalam tentera Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal warga tempatan sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan hasil jualan berjumlah RM5 juta itu kepada lelaki berkenaan tanpa menyedari dirinya ditipu oleh satu sindiket antarabangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata sejak 2010, wanita berusia 63 tahun itu yang datang daripada keluarga berada, sanggup menjual banglonya di Bangsar di sini, dengan nilai RM3.5 juta manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudaranya untuk diberi kepada lelaki itu.
"Polis telah menjejaki sindiket itu sejak anak wanita itu membuat laporan polis pada September tahun lepas, manakala ibu tunggal itu enggan bekerjasama kerana yakin terhadap cintanya itu sungguhpun siasatan mendapati 'jeneral' itu sebenarnya tidak wujud," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Izany berkata hasil intipan sejak lapan bulan lalu, polis menahan 15 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun, yang menjadi pemilik akaun bank untuk transaksi wang mangsa, masing-masing pada Isnin dan semalam, di sekitar Kota Damansara, Subang Jaya dan ibu negara.
Siasatan polis mendapati kesemua 15 warga Nigeria itu, berusia antara 25 dan 30 tahun, adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan kes penipuan internet mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Wanita tempatan itu pula bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan pihaknya mendapati wanita itu adalah kekasih seorang daripada anggota sindiket yang ditahan. Wanita itu menjadi keldai akaun kepada sindiket berkenaan dengan menggunakan namanya untuk mendaftarkan dua syarikat tempatan serta membuka lima akaun bank di sini.
"Kesemua wang mangsa dimasukkan ke dalam akaun wanita itu dan wang mangsa berjumlah RM5 juta dipindahkan terus ke Nigeria. Transaksi terakhir dibuat wanita itu pada pagi Isnin di sebuah bank di sini bernilai RM50,000,”. 11 buku akaun pelbagai bank, sembilan kad ATM, tiga modem, 14 komputer riba dan 20 telefon bimbit turut dirampas.
Cintaku tak payah dibeli pun taka da orang nak
Maklumlah, aku mana ada RM5 juta. Ya tak?
1 ulasan:
erm, inilah yg dinamakan cinta buta, huhuhu...
Catat Ulasan