Sesiapa yang dah tengok filem Nur Kasih, akan terharu dengan pertanyaan di atas. Aidil kesedihan kerana kematian isteri tercinta, anak sulungnya tanyakan soalan itu padanya. Syahdu!
Bagi sesiapa yang mudah tersentuh hati, sila bawa tisu barang sekotak dua. Boleh kongsikan juga dengan orang sebelah. Secara keseluruhan, memang filem ini mengharukan. Sinematografinya juga macam biasalah...bila Khabir Bhatia yang buat, memang akan indah.
Sinopsis Nur Kasih
Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya...setelah Sarah benar–benar insaf...apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta...
Pelakon
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
Pengarah
Kabir Bakhtiar
Errr...kepada sesiapa yang nak cuci mata, bolehlah masuk panggung tengok Nur Kasih ni.
Aku dah gila dengar lagu ni...
PsssT: Malam semalam terkejut dengan kejadian tanah runtuh yang menimbus rumah anak-anak yatim di Madrasah al Taqwa, batu 14 Hulu Langat jam 2.15 petang ketika sedang membuat latihan nasyid. Moga adik-adik yang cedera cepat sembuh. Takziah kepada mangsa.
PPSSSt: bulan ini sahaja kita kehilangan beberapa orang artis tanahair. Arwah Datin Orkid Abdullah, diikuti suaminya. Tengahari semalam, Mahyon Ismail (isteri kepada arwah Hussin Abu Hassan, ayahanda Faisal Husin) turut meninggalkan kita. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Takziah kepada keluarga arwah.
5 ulasan:
Terharu, belum menitis air, cuba tengok Halaqah ramai dah nangis . Sedih tau,sedìh terlampau
Aidil jawab, “Abah tidur dengan buku”.
kan?
Belum tengok, tapi ada orang citer. :)
Kematian itu terasa begitu hampir, kan?
ZZ: masa motivasi kat skolah pun nangis berbaldi2 gak...seminggu pas tu...LUPA!
Banyak terminum air ada semut gamaknya
Azieazah: Sangat SANGAT dekat. Tak tersangka. Ada masa...rasa terlalu mudah sangat.
Ada ketika terfikir "kenapa orang baik mudah sangat mati?" dipetik dari dialog MAmat si samseng tu, tetapi dermakan jantungnya kepada Adam.
Kita terlalu mudah menghukum orang lain kan? Ohhhh
Catat Ulasan