Sabtu, 21 Mei 2011

Pada Satu Garis Usia

orang kata
insan berubah bila cecah usia 40-an
tandanya makin matang
dilambung gelombang hidup
makin menunduk diri dek pengalaman
yang banyak mendidik

kalau dia seorang materialistik
saat itu dunia tidak lagi dikejar
beratnya stabil memandang akhirat juga
tuturnya berkurang penuh hikmah
sarat nasihat padat senyum
tegurnya dalam simpul ayat bermadu
tidak lagi jerkah maki
tidak lagi sindir sinis

kata orang
bukan semua menjadi insan ketika usia cecah 40-an
ada yang makin haloba kejar dunia
yang terlupa usia kian menyusut
ada yang makin tamak mencari kuasa
yang tak ingat mati makin dekat.

ada juga makin dambakan pengaruh
mahu kuasa suka memerintah
mahu dipuja gemarkan nama
mahu diampu inginkan pujian
sedang di belakang diapun tahu
semua itu hanya manis di wajah
bermadu pada kata

ikutkan kata orang
sebelum datang usia pencen
setiap insan itu lebih menunduk dari padi
bukannya lupa pandang rumput di bumi
dek takbur memungut cahaya bintang nan tinggi
lebih gemarkan majlis agama
dekatkan diri dengan Pencipta
bukannya bergabung dengan jin atau syaitan
gembira melihat orang bermusuhan
hanya kerana rebutkan dunia

dunia memang sementara
kutiplah seadanya
biarpun dikejar mahu segala
nadanya biarlah berpada
bukannya boleh dibawa ke alam sana.

~~Anyss~~
18 Mei 2011
Bandar Baru Bangi


PsssT: Errrr bila gamaknya aku nak berenti mengutip gula-gula dunia ni ek? Adussssssss!

10 ulasan:

azieazah berkata...

Kata orang juga, umur 40 permulaan sebuah kehidupan.

Samada kehidupan lebih baik atau lebih menurun kualitinya.

Yang pasti, lebih dihormati bila kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan, kan?

Ann Huda (Ate) berkata...

Assalamualaikum wr wb.
Salam kenal. Saat Kau Sentuh Hatiku.. banyak yg benarnya...mengingatkan Ate betapa sibuknya diri ini mengutip gula-gula dunia...

Tanpa Nama berkata...

salam...

dan kata org juga..bila suami dah berumur 40, isteri perlu jaga2....

:))

Cetusan berkata...

Berusaha dan takdir Doa.
HambaNYA..
Jaminan dari siapa?

caluk@cencaluk berkata...

umur tu hanya angka he he

anyss berkata...

Azieazah: semuanya 40 ... orang kata. Saya hanya belajar dari kata2 orang, belum terbukti sendiri ;)

yang baik itu tauladan

anyss berkata...

Ate: Wsalam. selamat datang...kita tak lepas dari lalai, namun...bila dah ingat, kembali semula ke pangkal jalan. Moga2 kita tidak terus hanyut dengan manisnya gula2

anyss berkata...

Kak Ayu: kena jaga2 sepanjang masa, bukan takat 40 je.

Adik saya mula buat hal masa umur 30 ;)

Harapnya, umor 40 dia akan lebih tahan dengan dugaan

anyss berkata...

ZZ: nak kena ada cagaran ke?

anyss berkata...

Caluk: yup hanya angka...sbb tu tiap tahun umo aku TETAP 18 hu hu hu