Memaparkan catatan dengan label Khabir Bhatia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khabir Bhatia. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Ada Sesapa Nak Belanja Tengok Filem Sembunyi: Amukan Azazil Tak?


Aku tak suka tengok filem seram Malaysia, sebab…macam tak seram je (maaf, aku memang demand tang ni!). Macam sengaja nak menakut-nakutkan penonton padahal tak takut manapun. Begitu juga filem korea, masih tak seram.

Kalau nak tengok filem seram yang Berjaya buat aku rasa seram adalah filem Jepun atau filem seram Thailand. Berjaya buatkan aku seram. Setakat inilah.Esok lusa belum tau lagi!

Tapi bila tengok Sembunyi: Amukan Azazil - Official Trailer 28 Mac 2013, tetiba macam tertarik pula. Lagi tertarik bila tahu pengarahnya Khabir Bhatia huh u hu pengarah pooojaan hatiku tu! Patutpun sinimatografinya sangat cantik!



Filem genre seram dan misteri itu dibintangi antaranya Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida dan Sharnaaz Ahmad. Filem Sembunyi: Amukan Azazil ni dah pun ditayangkan di pawagam pada 28hb Mac 2013.

Pengarah muzik bagi filem ini adalah Hafiz Hamidun. Alahaiiii…lepas dengar Zikir Terapi dan beberapa lagu lain ciptaan si hensem ni, tetiba rasa sangat teruja pula.Semua lagunya "lain". menyentuh hatiku!

Lagu tema Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini yang berjudul ‘Sayang‘, digubah Hafiz Hamidun dan dinyanyikan oleh Aiman Sidek (Naib Juara Akademi Nasyid). Cer dengar…mendayu jeeee!

OST Sembunyi: Amukan Azazil (Aiman)



Baguslah, kalau mengaku bersalah. Bukan mudah nak buat pengakuan sebegitu.

Penulis skrip filem ni: Alfie Palermo. Ceritanya tentang watak Aishah (Diana Danielle), yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aishah telah ditawan oleh Askar Jepun dengan hanya membawa seutas kalung yang menjadi tanda pengenalan dirinya. Semasa sedang disoal siasat, tiba-tiba askar-askar Jepun itu ditembak. Aishah sempat melarikan diri sebelum kawasan itu dibom. gegaran bom tersebut menyebabkan Aishah jatuh dan tidak sedarkan diri.

Jom kita tengok Di Sebalik Tabir Sembunyi: Amukan Azazil Part 1




Bila sedar, Aishah berada di sebuah perkampungan yang sangat cantik dan tinggal bersama Ibu Yani (Datin Paduka Umi Aida) dan anaknya, Kamal (Remy Ishak). Di sini Aishah selalu ternampak seorang budak perempuan yang cacat mukanya, bila ditegur, budak itu akan lari ke tengah hutan. Aishah mengejar budak tersebut sehingga ke sebuah Gua yang dipenuhi tulang manusia, iaitu tempat persembunyian makhluk yang bernama Azazil.

Di Sebalik Tabir SembunyiAmukan Azazil Part 2



Semua kisah seram dan kelam kelibut yang berlaku dalam filem ini bermula setelah itu kerana dikatakan Aishah telah melanggar ‘Pagar Mentera‘ yang dipasang oleh penduduk kampong. Tang situlah seramnya itu.

Apa yang aku nak tengok adalah sinimatografi dalam filem ini dan keindahan serta suasana zaman dahulu tu. Nampak sangat klasik.

Ada beberapa adegan dalam Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini sebenarnya telah dipotong semasa penapisan finas, namun scene yang tidak ditayangkan dalam filem telah tersebar di youtube. Scene tersebut adalah adegan panas di ranjang antara watak Diana Danielle dan Remy Ishak serta satu scene seram. Disebabkan blog ini bukannya blog lucah atau blog pornografi, maka scene berkenaan tak akan anda temui di sini. Kalau nak tengok jugak, silalah cari sendiri di blog lain.

Hishhhhh! Ada tak sesiapa nak ajak aku pergi tengok ni? Aku teruja benar ni sebab Kabir Bhatia. Seriussss! Bukan sebab adegan ranjang Diana Danielle dan Remy Ishak tu ya!

Errrr...kenapa? Tak percaya?

 



Ahad, 22 Mei 2011

Abah Tidur dengan Siapa?


Sesiapa yang dah tengok filem Nur Kasih, akan terharu dengan pertanyaan di atas. Aidil kesedihan kerana kematian isteri tercinta, anak sulungnya tanyakan soalan itu padanya. Syahdu!

Bagi sesiapa yang mudah tersentuh hati, sila bawa tisu barang sekotak dua. Boleh kongsikan juga dengan orang sebelah. Secara keseluruhan, memang filem ini mengharukan. Sinematografinya juga macam biasalah...bila Khabir Bhatia yang buat, memang akan indah.

Sinopsis Nur Kasih

Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya...setelah Sarah benar–benar insaf...apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta...

Pelakon
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi

Pengarah
Kabir Bakhtiar



Errr...kepada sesiapa yang nak cuci mata, bolehlah masuk panggung tengok Nur Kasih ni.

Aku dah gila dengar lagu ni...



PsssT: Malam semalam terkejut dengan kejadian tanah runtuh yang menimbus rumah anak-anak yatim di Madrasah al Taqwa, batu 14 Hulu Langat jam 2.15 petang ketika sedang membuat latihan nasyid. Moga adik-adik yang cedera cepat sembuh. Takziah kepada mangsa.

PPSSSt: bulan ini sahaja kita kehilangan beberapa orang artis tanahair. Arwah Datin Orkid Abdullah, diikuti suaminya. Tengahari semalam, Mahyon Ismail (isteri kepada arwah Hussin Abu Hassan, ayahanda Faisal Husin) turut meninggalkan kita. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Takziah kepada keluarga arwah.