Ahad, 15 Mei 2011

Hari Ini Sesudah 42 Tahun Berlalu

Entri tertunda yang tidak disiarkan dek blogger pada hari semalam, kacau bilau dibuatnya bila blogger.com merajuk;


42 tahun nan lalu
pada tanggal hari inilah
Kuala Lumpur bermandi darah
mayat bergelimpangan
dan apipun membakar
dalam nyala yang amat marak.

yang mati bukan hanya jasad
namun rasa
yang dikuburkan bukan sahaja mayat
namun jiwa
parut yang ditinggalkan hitamnya
tidak hanya pada bangsa
namun terpalit arang dalam catatan sejarah.

Bacalah sejarah dengan nurani nan terbuka,
pada hari ini
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Darurat jam 7.00 malam

Kawasan panas semasa 13 mei 1969;
Sekitar kawasan Kampung Baru
Sekitar kawasan Datuk Keramat
Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran
Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur sekitar Jalan Bandar dan Parlimen.
kawasan Jinjang dan Kepong
sekitar kawasan Salak South (Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.

Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley
menganggar 2 ribu orang hilang nyawa dalam peristiwa berdarah ini
catatan di Malaysia hanya menyebut
Angka rasmi: 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan
211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi untuk jumlah kematian;
Melayu: 86 orang, Cina: 342 orang, Lain-lain: 3 orang

Setelah 42 tahun berlalu
sekamnya terasa dengan peristiwa Kampung Rawa, Pulau Pinang
kemudiannya Kampung Medan
tidakkah terasa
bibit dan bahang itu sentiasa sahaja membara
ditiup golongan yang mementingkan diri sendiri?
tak fikirpun anak, cucu dan cicitnya
apalagi anak bangsa
negara berdaulat ini

Biarlah Tragedi 13 Mei hanya terpahat di dalam sejarah pahit Malaysia
jadikan iktibar
Kita bangunkan Malaysia merdeka selama 54 tahun
menjadi seperti hari ini
meninggalkan 42 tahun tragedi berdarah di belakang
ketahuilah, untuk hancurkannya hanya memerlukan masa satu hari sahaja.
Buktinya sudah ada
hanya pada satu tarikh 13 Mei 1969
kita hampir kehilangan negara tercinta ini.

Sesudah 42 tahun berlalu
usah bicarakan lagi tentang
darah yang sudah kering di kerikil jalanan
biarkan hujan masa
membasuhnya dari ingatan
mengalirkannya bersama azam baru
daulatkan negara tercinta ini.

usahlah bermain dengan api
kita tak akan mampu menghadangnya
andai marah sekali lagi.


~~Anyss~~
13 Mei 2011
Bandar Baru Bangi

9 ulasan:

eelobor berkata...

13 Mei tetap terpahat dan setiap orang mesti tahu cerita sebenar dan mesti menghayati sejarah untuk masa depan

Mankuchai berkata...

Peristiwa ini mungkin akan berulang jika keadaan politik sekarang tidak stabil....mungkin versi lain pulak....mudah-mudahan dijauhkan dari sebarang kacau bilau...

azieazah berkata...

MokYang dengar cerita dari orang tua-tua sahaja pasal 13 Mei ni. Masa tu MokYang baru berjalan jalan jatuh...

anyss berkata...

Eelobor: Entah berapa kerat sahaja ingatinya...

Mankuchai: Kalau berlaku lagi sekali... impaknya sangat besar. Mangsanya juga akan lebih ramai. Tak cukup sungai Klang dan Sungai gombak nak alirkan darah. Sama2lah kita jaga

anyss berkata...

MOk Yang: Saya belom lahir lagi masa tu ;)

iDAN berkata...

Jika berulang lagi saat tragis ini kita bangsa Melayu lagi amat ngeri tersimbah dengan bahaya yg lebih besar berbanding 42 tahun lalu... sebabnya bumi ini semakin dijajah kini... kaum yang berdendam dengan kita telah semakin bertambah... telah ada sekutu di Selatan sana yang menanti mahu melenyapkan agama kita; kalau dulu perbalahan kaum... tetapi kini tidak lagi sejarah Bosnia & di Palestin sana sebagai bukti... siapa nak bantu kita?

(jangan main api)

42 tahun lalu ketika itu abg & akak pergi rombongan ke Melaka, arwah apak telah asah parang panjang & buat aduan di balai polis Kota Bharu, semangat juang arwah apak sejak berjuang di Sungai Manik masih marak di dada; dia beri kata dua, jika dua anaknya hilang tak pulang, dia tak akan mahu beralah... ketika itu aku masih masuk ke hutan lastik burung tak pernah pun takut akan bahang yang bakal marak di kampung!.

santan berkata...

Sekarang ni pun negara kita masih dijajah..sedikit demi sedikit..hak kita di kikis sedikit demi sedikit ...yang memperjuang kan supaya hak kita di kikis bukan orang lain...anak bangsa kita juga,,konon nya atas dasar keadilan...mereka ini mudah dipergunakan ,,,jangan nanti habis madu sepah dibuang...
Hak orang lain jangan kan nak di kikis disebut sepatah pun dan di cantas.....
Jangan sampai jadi mcm palestin...hutan belantara lah tempat kita esok..masa tu dah lambat......

anyss berkata...

iDAN: Yaaa...jangan main api. Namun, itu sekarang yang sedang mewabak di negara kita...suka main api.

Terima kasih dengan perkongsian pengalaman

anyss berkata...

Santan: Sejarah membuktikan "kita sendiri yang serahkan negara kepada penjajah".

Kalau hilang negara ini, masih adakah hutan belantara untuk kita lari. Hutan pun dah kena eksploitasi...dah terang benderang. Tiada apa lagi milik kita sebenarnya.