Rabu, 25 Mei 2011

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diperbadankan pada 25 Januari 2011 hasil keputusan yang dibuat di mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2010. Tujuannya: memberikan bantuan guaman kepada golongan yang tidak mampu untuk mengguna khidmat peguam kes mereka di mahkamah. Kira-kira 80% orang yang dituduh yang dibawa ke mahkamah bagi kes jenayah tidak mempunyai peguam untuk membela mereka.

Bantuan guaman dalam perkara jenayah seperti boleh mendapatkan khidmat YBGK:
a. membiayai perjalanan bantuan dan nasihat guaman berhubung dengan prosiding jenayah untuk dan bagi pihak mereka yang memerlukan bantuan guaman;
b. menyediakan perkhidmatan bagi peguam swasta untuk mewakili mereka yang memerlukan pewakilan guaman (legalrepresentation) dalam prosiding jenayah;
c. menggalakkan, mengadakan, membiayai dan menyelia penyelidikan berkenaan dengan bantuan guaman;
d. memulakan dan menjalankan program pendidikan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman orang ramai mengenai hak, kuasa, keistimewaan dan kewajipan mereka di bawah undang-undang Malaysia; dan
e. menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai adanya bantuan guaman dalam perkara jenayah oleh peguam YBGK.

Syarat untuk mendapatkan bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah
i. seorang warganegara Malaysia;
ii. bagi bantuan guaman di peringkat perbicaraan pemohon mestilah mempunyai sumber pendapatan;
 tidak lebih daripada RM25,000 setahun; atau
 melebihi RM25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM36,000 setahun dengan dikenakan bayaran tertentu yang akan ditetapkan oleh YBGK

Jenis kesalahan yang layak dibantu ialah semua jenis kesalahan jenayah kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

Caj bayaran? Serendah RM50. Sila ke web site YBGK untuk perincian.

2 ulasan:

Coretan anuar berkata...

Terima kasih di atas informasi yang diberikan..

Lepas ni tahulah cara nak mendapatkan khidmat peguam..

kalau ada sebarang masalah yang memerlukan perkhidmatan mereka..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

zeqzeq berkata...

Tolong bantu...