Memaparkan catatan dengan label Kelantan lawan Sime Darby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan lawan Sime Darby. Papar semua catatan
Sabtu, 19 Mei 2012
Keputusan Perlawanan Akhir @ Final Piala FA Kelantan lwn Sime Darby
Berikut adalah keputusan terkini perlawanan akhir@final piala FA antara Kelantan dan Sime Darby yang sedang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil;
Kelantan: 1 [Ghaddar minit ke 57]
Sime Darby: 0
Gomo kelate Gomo!
Dengan itu, Juara Piala FA 2012 adalah: Kelantan Darulnaim @ The Red Warriors
Komen aku: Bukan sokmo buleh tengok perlawanan bola belang-belang make krepok goreng dengan keluarga...
Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Lwn Sime Darby
Malam ini merupakan malam yang ditunggu-tunggu
Perlawanan Final @ akhir Piala FA antara Kelantan @ The Red Warriors @ TRW
Bertemu ….. di Stadium nasional Bukit Jalil
Memang sah jalan akan sesak teruk dan jem
Bagi sesiapa yang selalu buka facebook Tan Sri Anuar Musa
mesti boleh rasa kemeriahan nak sambut perlawanan akhir ni
aku yang tak pernah masuk stadium sorak bola pun boleh teruja
nak pergi sama dan lompat-lompat jerit-jerit sawan meroyan kat sana
tapi, kalau aku pergi sama…memang akan kena tulah
Opsssss! Karang tak pepasal ada orang upload muka aku kat FB blog bagai
dengan aksi aku masa merOyan melompat jerit sorak bagai
Errrr risau kalau-kalau aksi kucing aku tu
mengalahkan rimau, gajah, zirafah, tenok dan ungka dalam zoo sana
jadi, baik tak payah pergi terus ya,
dari memalukan muka sendiri di khalayak ramai
cukuplah muka aku dimalukan dek Gadis Melayu idaman Malaya
yang sopan santun bak Nora Danish dalam drama Bunian tu…
dah tak tahu nak sorok muka mana dah,
rasa macam air longkang tu disimbah ke muka aku yang cun melecun
mengalahkan Anjelina Jolie…Errrr kenapa terinterprem pasal longkang segala ni
bukan cerita pasal bola ke entri ni?
Ok kembali ke pangkal jalan
bagi yang selalu tengok FB TSAM mesti tahu
satu keretapi khas akan bertolak dari Tumpat jam 10 malam
(tengah bayangkan semua orang pakai baju merah
berpinau biji mata tengok semuanya merah
kecuali tukang check tiket dan drebar keretapi je pakai biru)
bertolak balik jam 2 pagi selepas perlawanan
dengan pakej dengar cerita dalam RM120 termasuk tiket LRT,
tiket masuk stadium dan tiket perjalanan pergi balik
kalau pergi sendiri…mahai lagi kot
tiga ekor lembu juga akan tumbang di bukit jalil
sesiapa yang datang awal antara jam 1 hingga 4 tu
boleh merasa sedikit seorang…macam tak cukup je takat 3 ekor
ramai tu bro…hu hu hu tetiba je aku jadi rock (kapak bagai)
Walaupun macam-macam cerita panas pasal bola,
pasal FAM...pasal Tan Sri Anuar Musa...
Tan Sri tetap ikut sorak malam ni ya, bukan tiket FREE
tapi beli sendiri. Bertuahlah sesapa boleh sorak sebelah beliau
dengan keluarga hu hu hu sila sorak ramai-ramai ya...
Selamat tengok perlawanan akhir @ final piala FA ya kawan-kawan
sila jaga tingkah laku macam orang bertamadun sepanjang perlawanan tu
tak kiralah menang atau kalah,
kalau boleh memanglah semua orang nak menang
tapi kalau TERkalah atau tak puas hati apa
tak payahlah baling barang rosakkan stadium pulak ya
semua ni permainan, jadi lepas main kena berdamai
bukannya lepas main tumbok gocoh gomo hentak bagai
tak payah tiru kehidupan di Zoo Negara, jadilah orang yang berhemah
tahun depan kita GOMO lagi
boleh????
Bolehlah apa tak bolehnya...kita bukan berasal dari dalam Zoo kan?
gitu la Bro...baru tak malu nak ngaku ore Kelate make budu!
Gomo kelate Gomo!
Gomo kelate Gomo!
Sabtu, 12 Mei 2012
Kelantan Dapat Cuti Sempena Piala FA???
Aku malas nak ulas panjang-panjang,
Nanti jadi Hasbullah Awang pulak, lagipun…
Errr macam tak kena je kalau aku ulas huh u hu
Jadi aku tampalkan ajelah kerata berita yang aku ambil dari Metro ya:
KOTA BHARU: Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta Kelantan bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.
Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010. Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas.
Bercakap kepada Bernama di sini, Dr Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.
"Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja," katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. – BERNAMA
Kalau baca status FB Tan Sri Anuwar Musa
Khabarnya 3 ekor lembu akan ditumbangkan di Stadium Bukit Jalil
Pada hari berkenaan, khusus untuk anak-anak Kelantan
yang sampai awal (jam 1-4 petang) dan berkampung di sana
Fuhhhhhh! Hari Ini Dalam sejarah tu
Mana ada pasukan lain buat begitu
Meriahlah pulak…macam nak raya!
Dijangkakan 60 ribu rakyat Kelantan akan terpekik pekik di Bukit Jalil
Pada hari berkenaan…fuhhhhh mesti hebat
Mesti meriah, Mesti besttttttttttttttt….semuanya MERAH je Nampak
Jangan lupa lagu dikir ya
Aku? Kalau ingat aku tengok depan TV
Masa tu rasanya aku balik kampong, jadi…
Sorak je lah sana dengan Ain huh u hu
KEMASKINI:
Belum sempat sampai Hari Rabu pun lagi,
Keputusannya dah ada...
Cuba pergi tengok wall FB Tok Guru Nik Abdul Aziz kalau
tak percaya
Kat Utusan Malaysia pun dah keluar ceritanya
Aku tampalkan aje kat sini ya:
Piala FA: 20 Mei cuti peristiwa di Kelantan
KOTA BHARU 13 Mei - Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti
peristiwa pada 20 Mei ini sempena kejayaan pasukan "The Red Warriors"
melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada Sabtu
ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan
dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, keputusan memberi cuti
tersebut tanpa mengira sama ada 'Si Kijang' kalah atau menang adalah sebagai
hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang
akan turun ke Bukit Jalil.
Abdul Fatah berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan
memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri ini.
"Menteri Besar mahu perkara ini diumumkan awal bagi
membolehkan penyokong merancang perjalanan dengan sempurna.
"Cuti peristiwa ini juga adalah sebagai rangsangan
dan titik mula kepada kejayaan seterusnya dalam Liga Super, Piala Malaysia dan
saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Kita berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi
stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan," katanya
kepada pemberita semasa sidang akhbar di Kota Darulnaim di sini, hari ini. -
UTUSAN
Puashati???
Dah boleh pergi beli BAJU MERAH
jom rama-rama kita pakat sorok sapa abis soro
Langgan:
Catatan (Atom)