Rabu, 18 November 2015

Telefon Baru

Telefon pening. Bila telefon pening, tuan telefon dua tiga kali ganda peningnya.

Sebelum ini, dah pergi format semula. Semua nombor dan maklumat dalam telefon hilang semua. Hanya no sendiri sahaja ingat, nombor lain tak satu pun save dalam memori kepala otak. Semuanya dalam memori telefon. Jadinya, mmmmmm hanya saki baki nombor sahaja yang ada. Nasiblah!!!

Setelah hampir sebulan, dia buat hal lagi. Dah lah kepala memang dok pening dengan urusan cinta yang belum selesai, semua maklumat dalam telefon tu buat lagi kacau. Panggilan masuk pun tak tahu siapa. Nombor tak naik, nama tak dipaparkan.

Jam pun dah mamai ikut suka dia je nak letak pukul berapa. Patutpun beberapa hari ni alarm tak bunyi huhuhuhuhu Tarikh dan hari dah tak boleh dipercayai lagi. Semuanya buat kepala mamai sekejab. Lupa hari, tak tahu waktu. Pening.

Rasanya masih baru je telefon ni beli. Hanya setahun setengah je kot. Ke tak sampai. Aku ni bukan jenis suka tukar-tukar gajet, barang atau orang. Kalau boleh nak setia sepanjang hayat. Guna berbelas tahun pun taka pa. apa daya, cintaku tak dihargai. Nampak gayanya kena cari juga sebelum datang tahun baru. Dengar cerita harga nak naik lagi. Adoiiii la!!!!! Hujan ajelah yang turun musim sekarang ni!

Ada cadangan tak jenis telefon terbaik tahun 2015 yang boleh aku guna sepanjang hayat ni? Kalau boleh telefon itulahyang terakhir aku beli sehayat ni. Nak guna sampai mati. Tak mau lagi beli yang lain. Biar elok sepanjang hayat.



Adoi laaaaa….kenapa mahal sangat ni?



Errrrr…mana satu nak ambik ni?

Paling utama, mana nak cekau? Ada sesapa nak taja?

Nak kena ajak Fauzi Qushairi teman pergi beli telefon baru ni...agak-agak, dia nak teman tak?



Selasa, 17 November 2015

Bila Aku Jatuh Cinta

Untuk aku, jatuh cinta memang sangat menyiksakan. Kerapkali aku menunda-nunda untuk jatuh cinta sebegitu. Namun, kerapkali juga, setelah ditunda berkali-kali, akan tiba satu detik cinta itu sudah tidak dapat dielakkan. Makanya, sudah pasti perlu didepani.

Sejujurnya, aku tidak begitu punya kudrat untuk menangani keluh kesah jatuh cinta. Begitu menyiksakan seluruh emosi dan rohani. Apalagi bila usia kian bertambah, fizikal sangat tiada kudrat lagi.

Yaaaaa, bila jatuh cinta, hanya namanya tertulis di hati, hanya wajahnya terpampang di minda. Siang dan malam. Tiap detik. Tiap saat. Dalam jaga. Dalam lena. Dalam mimpi. Tiada sedetikpun aku mampu bebas dari dia.

Semua itu sangat mengganggu. Ganggu tidur. Ganggu kerja. Ganggu rehat malah ganggu segala-galanya. Tiap saat rindu semakin memberat. Tiap detik, cinta akan membelenggu. Otak seakan mati untuk fikirkan perkara lain sekalipun tentang makan. Semuanya hanya tentang dia. Senyumnya. Tawanya. Sorot matanya. Segala-galanya. Hanya tentang dia.

Nomad - Tetap Menantimu



Aku sentiasa menunggumu, Fauzi Qushairi!

Isnin, 16 November 2015

Pelajar Dewasa Plagiat...mana berkatnya ilmu?



Hari ini datang kerja pagi-pagi dengan bersemangat WAJA, PERDANA, MYVI, bagai walaupun hari minggu lepas penuh dengan kuliah. Kuliah pelajar dewasa. Pelajar matang.

Rasa semangat itu bertambah-tambah semangat lagi bila buka email, dah ada seorang pelajar dewasa ini email gerak kerja ringkas kumpulan mereka. Wahhhhhh! Cepatnya! Semangatnya! Lengkap pula tu. Panjangnya tulisssss...15 halaman. Macam dah siap tugasan penuh. Kagum menggunung pepagi ni. Ada jugak anakbangsaku yang komited rupanya.

Namun, bila baca semula dengan kusyuk, hati kecilku berkata...ia sangat mustahil dihasilkan dalam masa beberapa jam. Makanya, mari kita lihat apa komen http://turnitin.com/en_us/home

turnitin boleh semak tugasan plagiat

 Analisis dilakukan turnitin mendapati tulisan ini mempunyai tahap persamaan dengan artikel lain sebanyak 98%. Bila semak semula secara keseluruhan, didapati tiada satu ayatpun yang ditulis sendiri. Semuanya salin dan tampal.

Yaaa adik-adik pelajar (termasuk pelajar dewasa), bila anda buat tugasan, sila elakkan plagiat. Bila anda plagiat dan terbukti plagiat, makanya anda bakal dianugerahi dengan E tanpa bantahan ahli senat sekalipun, kecuali pak-pak menteri di Malaysia. Sila ingat itu. Hanya pak menteri sahaja seronok bila buat benda-benda pelik.

Pepagi lagi semangat dah runtuh. Mmmmmm dahlah kelas hari ni habis empat saat sebelum maghrib, entah mana nak tarik kekuatan sepanjang hari ni.

Jom, bercinta!
Ohhhhh! Ambo memang tengah mabuk cinta sekarang ni.
Fauzi Qusyairi, datanglah dalam mimpi!
Lambatnya nak malam...


Rabu, 11 November 2015

Tanah Runtuh Lebuhraya Karak Bukit Tinggi

Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM mengumumkan berlaku tanah runtuh di lebuhraya karak di kedua-dua hala antara bukit tinggi-genting.


Assalam
Ybhg Dato'/Tuan/Puan
Lebuhraya KL-KARAK

Makluman tanah runtuh di KM 52.4 wb (Lentang - Bkt Tinggi) kesemua laluan terhalang trafik sesak kedua arah.
Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.

Hebahan telah dibuat di media sosial LLM dan makluman kepada radio.


Jumaat, 6 November 2015

Muhasabah Diri


Dunia hanyalah pinjam pinjaman, akhirat jua kekal abadi;


Khamis, 5 November 2015

Salah Sendiri Baik Ngaku

Dunia hari ini memang aneh.

Bila kita berkongsi kegembiraan dengan seseorang, perkongsian itu akan merebak merata tempat walaupun seseorang itu memang tahu pun kita hanya kongsi dengan dia. Tidak semena-mena perkongsian kita dengan dia itu dikongsikannya juga dengan orang lain padahal momen itu kita hanya nak kongsi dengan dia sahaja.


Bila kita tidak lagi kongsikan apa-apapun dengan dia kerana beringat tentang kejadian sebelumnya, mulalah dia sentap mengesyaki kita telah berubah tidak selayaknya dahulu. Makanya, mahu seperti dahulu yang bagaimanakah andai kepercayaan yang diikat kemas itu telah terburai di tengah jalan, tertusuk duri jualah hati kita. Nak menyentap pun dah tiada daya dan upaya kerana semuanya salah sendiri juga. Yang kita dok gatai kongsi dengan dia tu buat apa?

Salah kita sendiri juga. Bukan kita, tapi aku! Ya…salah aku!

Makanya, andai tiada lagi perkongsian apa-apa dari aku selepas ini, kira redha ajelah. Aku pun bukannya retis yang sentiasa ingin diburu paparazzi untuk dijual beritanya. Aku bukanlah sesiapa pun.



Rabu, 28 Oktober 2015

Tanda-tanda Anak Dara Rajin Masak

Banyak entri aku dok cerita pasal anak dara pengotor walaupun bila kat luar kelihatan macam anak dara sopan santun suci murni. Hakikatnya, bila perempuan cantik bergaduh depan pagar, lupa sekejab nak bersopan santun.

Ada juga entri tentang kehebatan anak dara rempuh pagar rumah sampai roboh, maklumlah, ada abang yang boleh payung!

Entri ni hanya nak tunjuk ciri-ciri anak dara yang rajin masak. Nak tau dak? Nak tau tak apa ciri-ciri yang boleh kita jumpa dan tengok bila seseorang anak dara tu rajin memasak?

Betul nak tengok? Tak nyesal nanti?

Haaaaaa ni lah dia ciri-ciri atau tanda-tanda seseorang anak dara tu memang kaki masak;

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l


Jangan marah noooooo

Betul apa. Kalau dah gini rupanya, nak buat sup tak payah cari daun sup daun bawang bagai kat pasar. Cantas aje kat tepi dapur huhuhuhuhu 

Rajin tak anak dara tu masak?

 

Isnin, 26 Oktober 2015

Nenek 100 tahun Jadi Jelita Semula

Hasil teknologi terkini, banyak perkara boleh diubah termasuklah usaha memudakan semula nenek berusia lebih 100 tahun ini.



Melihatkan hasil akhir ini, ambo sangat pasti yang nenek ini sangat jelita pada usia mudanya. Mau pengsan nenek ni tengok wajahnya yang dah diawetmudakan dan dimekap secantik itu.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Intisari Bajet 2016

Petang ni PM bentang Bajet 2016. Mungkin ramai yang tak teruja manapun nak dengar, tetapi aku tetap juga nak hadap TV sambil kemas sepahan depan TV yang dah macam kandang kuda tu. Sebabnya hanya satu: sejauhmana Bajet 2016 memenuhi keperluan rakyat selepas pelaksanaan GST. Harapnya reaksi aku terhadap Bajet 2016 didengari orang kerajaan walaupun bukan penting sangat bagi mereka yang mendapat rawatan berinsuran di hospital swasta.

Tetiba aku terkagum bila nengok ni di telefon;


Sebenarnya lagi terbelik mata bila tengok di komputer, sebegini;


Syok sendiri kejab huhuhuhu

Apa yang aku catatkan di sini hanya apa yang ada kaitan dengan hidup aku sahaja. Ada juga yang tak catatpun bila dah TERmalas sikit. Berikut adalah intisari Bajet 2016 seperti yang dibentang oleh PM Najib Razak bermula jam 4 petang ini;

1. 5 buah hospital baru akan dibina, tetapi tidak dinyatakan kat mana. Ke aku terlepas dengar? Bangi lahhhhh!!! Bangi yaaaa! Hospital Kajang pula akan dinaik taraf. Sila naik taraf cepat, sesak bebenornya hospital Kajang tu. [di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan pasir Gudang].
2. Lebuh raya PAN Borneo tak ada tol. JELES okeh!!!
3. BR1M diteruskan dan jumlahnya dinaikkan dengan menambah kategori E-kaseh, RM1050 (pendapatan kurang RM40K setahun). Pendapatan isi rumah kurang RM3K mendapat RM seribu (sebelum ini RM950), Pendapatan isi rumah antara RM3001 hingga RM4K, dapat RM800 (sebelum ini RM750), individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2 ribu mendapat RM400 (sebelum ini RM350).
4. Untuk penjawat awam: faedah perpindahan gred gaji sebanyak satu kenaikan, tambahbaik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan terendah adalah RM1200 sebulan, kadar minimum pencen adalah RM950 sebulan dengan jangka masa perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun dan lantikan tetap pegawai kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun. Berkuatkuasa 1 Julai 2016.
5. Perberian khas kepada semua penjawat awam sebanyak RM500, manakala bagi pesara sebanyak RM250, dibayar pada Januari 2016. 
6. Anak-anak dapat pengecualian cukai menyara ibu bapa, masing-masing RM1500 (untuk setiap orang ibu dan bapa), dengan syarat pendapatan ibu bapa kurang RM1500 dan berumur 60 tahun ke atas. Alhamdulillah. Cuba mekanismanya macam mana?Yang ni aku sokong. Dah lama impikan benda ni. Kita bukannya anak buluh betung tadak mak bapak, ye dak?

7. Kerajaan akan membina: 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh & Tanah Merah, Kelantan, Bagan Datoh, Perak; dan 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang. Boucer buku juga masih dikekalkan sebanyak RM250.



download Teks penuh ucapan Bajet 2016

Tak nak komen apa-apa. Sakit kepala bau asap. Dah habis bentang bajet, lagi sakit kepala. aduhhhh laaaa!!!


Terlebih Anggota Badan

Syukurilah Allah dah bagi kita dengan sempurna sifat walaupun selalunya kita ni selalu sahaja tak puas hati dengan diri sendiri. Yang kulit gelap, nak merasa jadi putih, yang rendah nak merasa jadi tinggi, yang badan besar dok mengidamkan nak kecilkan badan.

Cer kita tengok mereka ni, apalah perasaan mereka bila mempunyai lebihan anggota badan berbanding kita;



Insaf sekejab. Syukurlah dengan apa yang ada. Walaupun ambo ni tak putih melepak paling kurang manis juga dipandang. Walaupun ambo ni tak macam model, paling tidak tak adalah buruk sangat hingga terasa malu nak keluar rumah.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Berdepan dengan Ujian

Sekarang ni, aku tengah gila dengar ceramah-ceramah Ustaz Badli Shah. Ada banyak perkara yang buatkan kuliah santainya itu menarik. Kalau Ustaz Kazim Elias (DUKE) suka menyanyi, ustaz Badli Syah ni suka bagi cerita-cerita yang tinggi ilmu falsafahnya.

Aku mula cari ceramah Ustaz Badli Shah ni sejak Radio Klasik memuatkan ceramah Ustaz Badli Shah dalam ruangan ceramah Mudtaqqim pagi-pagi atau petang-petang sebelum maghrib.

Jom, dengar ceramah Ustaz Badli Shah bertajuk Yang Baik Tak Semestinya Baik



Dalam ceramah ni dihuraikan tentang apabila kita diuji. Antara pengisian ceramah ini adalah;

  • Allah tidak memberi ujian, takdir, musibah dan sebagainya tanpa ada sebabnya. Takdir setiap hambanya telah tertulis sejak 50 ribu tahun sebelum langit dan bumi diciptakan (hadis Muslim; 2653).
  • Allah sahaja yang tahu hikmah setiap apa yang berlaku.
  • Ujian Allah kepada hambaNya mengikut tahap iman kita. Agama/iman yang kuat/teguh, maka semakin tinggi/besar ujian yang kita akan depani.
  • Apabila ditimpakan masalah, ujian, bencana atau malapetaka, jangan jadikan masalah tersebut sebagai masalah, tetapi jadikan asalah itu sebagai suatu yang boleh melonjakkan kita kepada tempat yang lebih tinggi.
  • Setiap perkara yang dikurniakan baik atau buruk, ada hikmah yang tersendiri. Jika baik maka perlu lebih bersyukur. Banyakkan berdoa semasa kita senang dan gembira. Doanya akan lebih mudah dimakbulkan.
  •  Bila ada masalah, besarkan wadahnya, bukan berdasarkan masalahnya. Besarkan jiwa. Lapangkan diri.

Dengarlah ceramah ustaz Badli Shah ni. Sangat menarik. 

Khamis, 27 Ogos 2015

Hukum Upload Gambar Makanan di Facebook

Sebelum ni heboh tentang Hukum Post Gambar Makanan di facebook oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan. macam-macam pendapat oleh kita yang tak berapa nak tahu tentang hukum hakam ni bertebaran merata tempat. Bab komen cepat aje kita. Maklumlah…jari-jari suka menari di keyboard huhuhuhu hanya jari yang berbicara katanya.

Video inilah yang menyebabkan isu ini panas sehari dua di dunia maya;


Hukum Post Gambar Makanan oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan


Katanya, adab membeli makanan dan tak mahu bagi kat orang orang. Walau bagaimanapun, video tersebut sebenarnya hanya separuh sahaja. Huraian panjang lebar tentang apa yang Ustaz Fawwaz kuliahkan tu boleh tengok dalam video berikut;

Video Penerangan Hukum Post Gambar Makanan oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan


Hukum post gambar di facebook... Ustaz Fawwaz Mohd Jan
Huraian Ustaz Fawwaz tentang trend orang hari ni yang suka share gambar makanan di media sosial.. PENTING! dan WAJIB DENGAR!~
Posted by Zonkuliah on Wednesday, August 19, 2015

Lain kali jangan dok potong dengar sekerat je. Tak pepasal Ustaz Fawwaz kena kutuk kaw kaw semata-mata penerangannya tu orang guna pakai satu ayat sahaja. Yang ustaz ceritakan panjang lebar tu tak adalah pulak siapa nak cari dengar.

Sesiapa yang dah TERkutuk Ustaz Fawwaz secara tak sengaja, silalah minta maaf dengan ustaz. Tak ada kerja cari kerja namanya.

Berikut adalah penerangan dan pendapat Ustaz Hanif Haron pula, masih lagi tentang isu hukum muat naik @ upload gambar makanan di media sosial seperti facebook.

Hukum Upload Gambar Makanan Di Facebook oleh Ustaz Hanif Haron



Menjaga hati dan perasaan orang juga adalah perlu dalam kehidupan kita.

Aku pernah alami bagaimana rasa sengsaranya bila hanya mata yang menikmati bermacam gambar makanan yang menarik di wall bila rakan-rakan facebook upload gambar makanan. Walau pun hanya cekodok. Walaupun hanya lempeng. Sangat siksa rasa itu. Nanti ambo cerita dalam entri lain ya…dah panjang sangat dah entri ni…

Rabu, 26 Ogos 2015

Iklan Kereta Hyundai Veloster yang Seram

Fuhhhhh!

Bayangkan, iklan kereta sebegini seram. Niatnya memanglah nak bagi tahu ciri-ciri keselamatan yang ada pada sesebuah kereta keluaran terbaharu, tapi kalau begini rupanya iklan, macam tengok cerita seram pun ada. Nasib baik tengok iklan kereta keluaran terbaharu Kereta Hyundai Veloster ni pada siang hari. Bayangkan, kalau tengok iklan kereta Hyundai Veloster ni tengah malam buta, mahu kena serangan jantung.

Silalah tengok iklan Kereta Hyundai Veloster ini pada siang hari ya, aku tak mahu bertanggungjawab kalau kalian terkena sampuk memalam. Jom tengok

Iklan Seram Kereta Hyundai Veloster



Seram tak? Terkujat tak?

Dua tiga kali jugaklah ulang tengok iklan ni nak fahami apa sebenarnya nak disampaikan. Maklumlah, tengok kali pertama tu lebih kepada kawal perasaan seram aje huhuhuhu.

Selasa, 25 Ogos 2015

Mengejar Matahari, Tetapi Terjumpa Pelangi Indah

Setiap hari, aku akan senaraikan apa akan dibuat sepanjang hari pada satu helaian kertas kecil. Selitkan di telefon. Setiap kali sesuatu perkara itu dilaksanakan, aku akan potong dari list tersebut. Malam hari, aku akan belek semula kertas nota kecil tersebut dan tengok semula perkara yang tidak sempat untuk dilangsaikan untuk hari ini.

Begitulah yang aku buat setiap hari sejak dah tua ni. Tua di sini bermakna, kalau aku tak senaraikan…mesti akan terlupa. Tertinggal buat sesuatu kemudian perlu pergi semula ke satu tempat itu, padahal sepatutnya dah diselesaikan semasa buat urusan lain di tempat yang sama.

Begitu juga dengan setiap urusan di pejabat. Semuanya bersepah tulis dalam kertas kecil mengikut urutan walaupun kerapkali juga berlaku aku melangkah senarai berkenaan. Sebab itu, aku tak suka orang mencelah urusan seharian aku secara tiba-tiba.

Hari ini hari gaji orang gomen. Keluar dari rumah pagi tadi sepatutnya aku ke bank belakang rumah, singgah beli sarapan di Asam Pedas, berhijrah ke tiga bank lain untuk selesaikan semua bayaran wajib setiap bulan. Akhirnya pergi pejabat.

Namun, aturan Allah sangat lain. Aku tak dapat parking di CIMB sebab pelanggan kedai tudung Fareda berlambak dah serbu awal-awal. Ketika singgah di Restoren Asam Pedas untuk bungkuskan mehun goreng, semua makanan untuk sarapan dah habis, hanya tinggal nasi lemak. Menu tengahari dah mula dihidangkan. Awal benar! Aku perlukan sarapan, bukan makan tengahari. Belum masa untuk makan tengahari lagi...

Aku ke PKNS untuk cari ATM CIMB. Mesin ATM dah tak ada. Bila Tanya pada Mak Guard, dengan muka masam dia terus menjawab “Dah tak ada” walaupun soalan aku belum habis tanya lagi. Barangkali ramai sangat dah orang bertanya, naik menyampah dia!

Aku terus ke UKM. Di bahagian hadapan bangunan Pusanika semua parking dah penuh. Aku pusing ikut laluan belakang. Alhamdulillah, ada parking paling dekat. Selepas selesai urusan di CIMB, aku terus turun ke kedai kek dan roti ZAR Bakery n Café terletak aras paling bawah di bangunan Pusanika. Macam bawah tanah pun ada huhuhuhuhu UKM kan berbukit. Dok kalut fikir nak makan apa pagi ni…tetiba ada jejaka encem melambai. Encik Zakaria tengah sarapan dengan tuan punya ZAR Bakery n Café, apa lagi, aku turun sembang sama. Itu namanya rezeki dapat jumpa seseorang. Dah berbelas tahun aku jadi pelanggan yang kadang setia kadang-kadang ubah selera, tetapi peluang untuk bersembang begini baru muncul hari ni.


Yaaaaa kalau ikutkan hati, asalnya aku nak tepek gambar roti ni di facebook dengan kapsyen “Susahnya nak dapat sarapan pagi ni”. Namun, setelah hampir dua jam bersarapan sambal bercerita berbual mesra berkongsi pengalaman dengan Tuan Zam akhirnya aku sedar satu perkara;

orang kata berdua tu lebih baik...kami bertiga sebenarnya

ZAR Bakery n cafe dipenuhi banyak lukisan...ni sebahagian daripadanya. lain kali ambo letak gambar lagi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir ribut taufan hatta tsunami. Kita bersedih berduka nestapa dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

Aku dapat pelangi indah berwarna warni pagi tadi. Alhamdulillah!

Semua tu tak boleh beli dengan Ringgit Malaysia atau Euro walaupun mungkin boleh dapat juga dengan nilaian Pound Sterling. Mmmmmm lebih nikmat bila dapatnya secara percuma.  Dasar kedokuttt!!!!


Isnin, 24 Ogos 2015

Lagu Merdeka Dulu-dulu

Kita selalu dok dengar lagu-lagu patriotik dan kemerdekaan artis tahun 90-an. Kalau lagu Sudirman tu, yang ala ala 31 Ogoslah, lagu Bendera kitalahhh...dah jadi alarm aku pepagi sebab lagu tu kan bising dan bersemangat waja. Kononnya cepatlah bangun tak mahu dengar bising dan kejutkan jiran sebelah rumah.

Banyak lagu patriotik berkaitan kemerdekaan dan sambutan hari kebangsaan sering kita dengar di radio. Kononnya bagi semangat berkobar-kobar sikit. Namun, aku lebih suka dengar lagu merdeka dulu-dulu;

Menanti Saat Bahagia - Momo Latif



Tak ada semangat pun. Biasa-biasa sahaja rentaknya. Tapi lirik lagu Menanti Saat Bahagia ini benar-benar terisi dengan pengharapan yang tinggi.

Malaysia, aku menunggu saat bahagia kenaikan ringgit. Walaupun pak menteri kata kejatuhan nilai ringgit itu bagus, tapi aku masih mengharapkan selepas tarikh keramat 31 Ogos sempena sambutan kemerdekaan hari kebangsaan nanti, mohonlah nilai ringgit naik. sila lah naik lepasi POUND sterling!!

Khamis, 20 Ogos 2015

30 Minit Perbaharui Pasport di Imigresen Kajang

Bermula Januari 2015, bayaran bagi perbaharui pasport antarabangsa adalah RM200 bagi tempoh 5 tahun. Senyum.

Pagi-pagi tadi, sebelum jam tujuh aku dah ke Pejabat Imigresen Cawangan Kajang. Tak ramai orang. Aku adalah orang kedua sampai. Orang pertama tu datang jam 5 pagi huh uh uh gigihnya dia!

Waktu operasi bagi pejabat imigresen Kajang adalah seperti berikut;


Tepat jam 7.30 pagi, pintu pejabat Imigresen dibuka. Aku dapat nombor enam selepas beberapa orang potong Q (ini kan Malaysia) dan beri laluan kepada pasangan warga emas berbangsa India. Gembira betul auncle dan auntie tu pertama kali dapat perbaharui pasport antarabangsanya dengan status warga emas. Bayaran perbaharui pasport antarabangsa bagi warga emas hanya RM100 sahaja.

Hari ni tak ramai sangat orang serbu Imigresen Kajang. Kaunter pun buka tiga. Sekejab sahaja nombor naik, terutama pasangan warga emas tadi. Mereka dapat nombor pertama dan kedua.

Tengah seronok sembang dengan auntie dan uncle tu, nombor dan kena panggil. Kemudian sambung sembang lagi. Kemudian nombor naik lagi untuk buat bayaran.

Dok gelak-gelak sembang pengalaman berjalan merata tempat, nombor auntie dan uncle warga emas tadi dah naik untuk dapatkan pasport. Masing-masing terkejut sebab cepat benarnya siap. Kalau biasa, nak perbaharui pasport ...tak ambil masa sehari suntuk memang tak sah.

Hari ni, nombor pertama untuk pungutan pasport yang dan siap pada jam 8.15 minit pagi. Abang tu berlari dari kedai makan kat depan pejabat Imigresen. Mulutnya penuh dengan nasi lemak hu huhuhu seronok kena gelak. Nak ceritanya, betapa efisen dan cepatnya urusan perbaharui pasport di pejabat Imigresen Kajang sekarang ni. Makan nasi lemak pun tak sempat habis. Kalau sebelum ni...kena bawak tikar bantal rasa nak baring kat lantai je. Perubahan sangat positif. Tahniah Imigresen Kajang!!!

Dahlah urusan nak buat dan perbaharui pasport makin mudah. Bawa pasport lama dan kad pengenalan je. Pakai tudung warna gelap. Gambar akan diambil depan kaunter, tak payah lagi masuk kedai gambar bagai dan habiskan RM15 untuk gambar-gambar tu. 

Keseluruhan urusan aku siapkan perbaharui pasport di pejabat Imigresen cawan Kajang hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Kalau datang dah tengahari tak tau la cemana perkhidmatannya. Ini hanya pengalaman aku yang datang pepagi buta ya...Aku tak bertanggungjawab ya bila kalian serbu Imigresen Kajang dan dapati kena tunggu lama.

Mmmmm panjang pulak entri ni. Jom sambung kerja. Pasport baru dah dapat...nak kena sambung menabung pulak. Walaupun menteri kata penurunan nilai ringgit sangat bagus untuk Malaysia, tiap hari aku doakan nilai ringgit melebihi nilai POUND. Oklah...kita sambung mimpi pulak!

Rabu, 19 Ogos 2015

Si Seksi Berkereta Mewah

Begitulah adat dunia. Kalau ada barang mewah, semua orang teruja sahaja. Ingatkan kat Malaysia sahaja adatnya begitu huhuhu hu

Itulah. Orang lebih melihat rupa fizikal. Cantik seksi macam mana pun, kalau takat naik kereta yang dah nak runtuh, orang tak pandang pun. Apa lagi kalau makan pun tak mampu nak beli. Ya dak?

Mmmmmm padahal, semua tu daki dunia semata-mata. Kalaupun kita ada, berpada-apadalah. Apalagi kalau tak ada apa-apa kan. Yang parahnya adalah…dah la tak ada, menunjuk-nunjuk ada pulak tu. Mmmm sendiri mau jawab lah. Tak nak kmen banyak.

Jom kita tengok prank materialistic dalam masyarakat. Bukan masyarakat Malaysia lah. Masyarakat orang lain. Padahal, kalau buat kat Bangi pun gini jugaklah penerimaannya. Kalau si miskin hina dina pakai kereta Tiara, lagilah orang tak nak pandang kan kan kan kan


Kereta Mewah VS Kereta Bukan Mewah




Tak adalah kereta bukan mewah tu teruk benar, masih Nampak sempurna lagi. Kalaulah yang betul-betul macam kereta macam nak roboh tu lainlah.

Selasa, 18 Ogos 2015

Meraikan Pencuri ke 10,000

Bagus jugak buat begini di Malaysia kan. Setiap orang yang mencuri di semua premis di Malaysia akan diraikan. Bagi kek, letak topi kat kepala, dialu-alukan kedatangannya. Patutnya kena nyanyi-nyanyi beramai-ramai lagi, macam buat kejutan besday tuuuu. Rakamkan semua tu hu huhuhuhu lepas tu dah tentulah viralkan di facebook. Glamer satu Malaya. Ada hati lagi nak mencuri lepas tu?

Jom tengok video bagaimana pencuri ke 10,000 diraikan;

Meraikan Pencuri ke 10,000



Comel tak? Haaaaaa dari dok buat prank hantu ke apa, baiklah buat prank cenggini.

MMmmmmm cumanya, kat Malaysia ni penyamun pakai parang, cemana nak joget-joget bagi kek dan bunga?

Isnin, 17 Ogos 2015

Masyarakat Cina di Kelantan

Ramai orang tak suka negeri Kelantan walaupun masih ramai juga suka datang ke negeri paling miskin ini. Menteri kata Kelantan negeri paling miskin di Malaysia. Katanyalah.

Jika anda kenali Kelantan dan anda tak suka, itu hak anda. Tak kesahlah kan. Yang peliknya, pijak kaki ke negeri Kelantan pun belum pernah tapi tak suka dengan negeri Kelantan. Tak suka dengan orang Kelantan. Tapi suka pulak dengan nasi kerabu. Terpulanglah. Pilihan masing-masing.

Selain Kelantan tu memang negeri asal aku, aku sukakan Kelantan sebab di sana ramai orang-orang Melayu. Perniagaan besar pun banyak kepunyaan orang Melayu, bukan yang kecil je. Tak payah pilih pun memang akan masuk kedai orang Melayu. Banyak. Bukannya kena tuju khas lokasi tertentu baru jumpa kedai Melayu, tapi ada merata tempat. Tiap kali balik kampung dan beli barang, aku tak pernah tawar menawar barang. Biasanya mereka akan beri diskaun sendiri bila aku tak tawar, hingga perangai tak menawar tu buatkan kakak iparku tegur. Katanya, tak reti membeli. Bagi aku…tak payah tawar menawar untuk jana ekonomi tempatan. Tapi, bila keluar dari negeri makmur ni, semangat tawar menawar aku tu mendadak naik huhuhuhu

Bangunan tinggi juga banyak kepunyaan bangsa sendiri. Bangga. Anak-anak Kelantan juga ramai bertebaran seluruh negara dan dunia. Ada yang sedang belajar. Berkerja. Berniaga. Juga bangga walaupun yang jadi mat romeo pun ramai, yang jadi penyamun pun ramai. Dalam setandan kelapa bukan semuanya elok. Adat dunia.

Masyarakat Cina di Kelantan



Yang paling best, aku sukakan semangat penyokong pasukan bola Kelantan. Ramai yang setia walaupun ramai juga yang tahap kesetiaannya tu hanya 50-50 sahaja. Setia masa menang. Namun, mereka semakin matang. Dah tak kalut buat tak tentu hala bila kalah berbanding dulu.

Yang masih perlu diperbaiki juga masih banyak. Biarlah simpan dalam hati. Kita pakat ubah setangga demi setangga. Kalau jadi Bini sultan bolehlah aku ubah drastic skit, ya dak?

Fengsannnnn!!!

Rabu, 12 Ogos 2015

Bukan Tak Suka Tapi…Tak Tahan

Hati mana tak gembira dan sayang bila Nampak anak kucing yang comel. Seronok untuk dimanja dan dibelai-belai.

Namun, takat ni aku tak pernah bela kucing. Sejak kecil, jarang rumah kami ada kucing kecuali kucing yang pandai berdikari. Tak membuang merata, tak malas golek-golek tetapi kejar tikus dan berperanan dalam rumah kami.

Sejak seminggu lepas, ada 4 ekor anak kucing sangat comel menetap di halaman rumah tu. Comel memanglah comel. Maknya pun dah seksi, apalagi anaknya….haruslah comel. 


Mula-mula datang dulu tak sampai hati nak halau sebab masih kecil sangat lagi. Comel pulak tu, cergas lari sana sini. Tiap kali nak keluar rumah atau nak masuk pagar, aku akan hentak-hentakkan kaki ke lantai bagi bunyi kuat-kuat dan menakutkan anak-anak kucing tu. Tersusup sasaplah dia lari menyorok. Asal dia Nampak aku je terus lari. Bukan apa, risau kalua-kalau terpenyek kepala kena lenyek tayar, itu yang selalu takutkan dia.


Sekarang ni, halaman rumah tu dah bau semacam. Dah jadi tandas dia pulak….dah la kat tengah-tengah tempat simen yang pecah tu ada tumbuh rumput sikit….haaaaaa sangat sesuailah untuk dia orang melepak buang hayat. Baunyaaaaaa tahan ajelah telinga huhuhuhu tahan telinga ek?

Yaaaa la, bau wangi tu umpama ucapan selamat dating tu. Sabooooo je lah!!!

Pagi ni, buka aje pintu rumah…tetiba Nampak benda ni;


Adoi laaaa. Patutpun banyak sisa makanan kat depan pintu. Rupa-rupanya mak dia yang bawak balik. Alahaiiii menderita jiwa tau.

Tak ada daya upaya minda nak kasi halau itu makhluk comel, tapi….sampai bila mata dan hidungku nak terganggu dengan mereka ni?