Hari ini datang kerja pagi-pagi dengan
bersemangat WAJA, PERDANA, MYVI, bagai walaupun hari minggu lepas penuh dengan kuliah. Kuliah pelajar
dewasa. Pelajar matang.
Rasa semangat itu bertambah-tambah
semangat lagi bila buka email, dah ada seorang pelajar dewasa ini email gerak kerja
ringkas kumpulan mereka. Wahhhhhh! Cepatnya! Semangatnya! Lengkap pula tu. Panjangnya
tulisssss...15 halaman. Macam dah siap tugasan penuh. Kagum menggunung pepagi ni. Ada jugak anakbangsaku yang komited rupanya.
Namun, bila baca semula dengan kusyuk,
hati kecilku berkata...ia sangat mustahil dihasilkan dalam masa beberapa jam. Makanya,
mari kita lihat apa komen http://turnitin.com/en_us/home
turnitin boleh semak tugasan plagiat |
Analisis dilakukan turnitin mendapati
tulisan ini mempunyai tahap persamaan dengan artikel lain sebanyak 98%. Bila
semak semula secara keseluruhan, didapati tiada satu ayatpun yang ditulis
sendiri. Semuanya salin dan tampal.
Yaaa adik-adik pelajar (termasuk
pelajar dewasa), bila anda buat tugasan, sila elakkan plagiat. Bila anda
plagiat dan terbukti plagiat, makanya anda bakal dianugerahi dengan E tanpa
bantahan ahli senat sekalipun, kecuali pak-pak menteri di Malaysia. Sila ingat
itu. Hanya pak menteri sahaja seronok bila buat benda-benda pelik.
Pepagi lagi semangat dah runtuh.
Mmmmmm dahlah kelas hari ni habis empat saat sebelum maghrib, entah mana nak tarik
kekuatan sepanjang hari ni.
Jom, bercinta!
Ohhhhh! Ambo memang tengah mabuk cinta
sekarang ni.
Fauzi Qusyairi, datanglah dalam mimpi!
Lambatnya nak malam...