Selasa, 25 Ogos 2015

Mengejar Matahari, Tetapi Terjumpa Pelangi Indah

Setiap hari, aku akan senaraikan apa akan dibuat sepanjang hari pada satu helaian kertas kecil. Selitkan di telefon. Setiap kali sesuatu perkara itu dilaksanakan, aku akan potong dari list tersebut. Malam hari, aku akan belek semula kertas nota kecil tersebut dan tengok semula perkara yang tidak sempat untuk dilangsaikan untuk hari ini.

Begitulah yang aku buat setiap hari sejak dah tua ni. Tua di sini bermakna, kalau aku tak senaraikan…mesti akan terlupa. Tertinggal buat sesuatu kemudian perlu pergi semula ke satu tempat itu, padahal sepatutnya dah diselesaikan semasa buat urusan lain di tempat yang sama.

Begitu juga dengan setiap urusan di pejabat. Semuanya bersepah tulis dalam kertas kecil mengikut urutan walaupun kerapkali juga berlaku aku melangkah senarai berkenaan. Sebab itu, aku tak suka orang mencelah urusan seharian aku secara tiba-tiba.

Hari ini hari gaji orang gomen. Keluar dari rumah pagi tadi sepatutnya aku ke bank belakang rumah, singgah beli sarapan di Asam Pedas, berhijrah ke tiga bank lain untuk selesaikan semua bayaran wajib setiap bulan. Akhirnya pergi pejabat.

Namun, aturan Allah sangat lain. Aku tak dapat parking di CIMB sebab pelanggan kedai tudung Fareda berlambak dah serbu awal-awal. Ketika singgah di Restoren Asam Pedas untuk bungkuskan mehun goreng, semua makanan untuk sarapan dah habis, hanya tinggal nasi lemak. Menu tengahari dah mula dihidangkan. Awal benar! Aku perlukan sarapan, bukan makan tengahari. Belum masa untuk makan tengahari lagi...

Aku ke PKNS untuk cari ATM CIMB. Mesin ATM dah tak ada. Bila Tanya pada Mak Guard, dengan muka masam dia terus menjawab “Dah tak ada” walaupun soalan aku belum habis tanya lagi. Barangkali ramai sangat dah orang bertanya, naik menyampah dia!

Aku terus ke UKM. Di bahagian hadapan bangunan Pusanika semua parking dah penuh. Aku pusing ikut laluan belakang. Alhamdulillah, ada parking paling dekat. Selepas selesai urusan di CIMB, aku terus turun ke kedai kek dan roti ZAR Bakery n Café terletak aras paling bawah di bangunan Pusanika. Macam bawah tanah pun ada huhuhuhuhu UKM kan berbukit. Dok kalut fikir nak makan apa pagi ni…tetiba ada jejaka encem melambai. Encik Zakaria tengah sarapan dengan tuan punya ZAR Bakery n Café, apa lagi, aku turun sembang sama. Itu namanya rezeki dapat jumpa seseorang. Dah berbelas tahun aku jadi pelanggan yang kadang setia kadang-kadang ubah selera, tetapi peluang untuk bersembang begini baru muncul hari ni.


Yaaaaa kalau ikutkan hati, asalnya aku nak tepek gambar roti ni di facebook dengan kapsyen “Susahnya nak dapat sarapan pagi ni”. Namun, setelah hampir dua jam bersarapan sambal bercerita berbual mesra berkongsi pengalaman dengan Tuan Zam akhirnya aku sedar satu perkara;

orang kata berdua tu lebih baik...kami bertiga sebenarnya

ZAR Bakery n cafe dipenuhi banyak lukisan...ni sebahagian daripadanya. lain kali ambo letak gambar lagi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir ribut taufan hatta tsunami. Kita bersedih berduka nestapa dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

Aku dapat pelangi indah berwarna warni pagi tadi. Alhamdulillah!

Semua tu tak boleh beli dengan Ringgit Malaysia atau Euro walaupun mungkin boleh dapat juga dengan nilaian Pound Sterling. Mmmmmm lebih nikmat bila dapatnya secara percuma.  Dasar kedokuttt!!!!


Tiada ulasan: