Memaparkan catatan dengan label imigresen kajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imigresen kajang. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2015

30 Minit Perbaharui Pasport di Imigresen Kajang

Bermula Januari 2015, bayaran bagi perbaharui pasport antarabangsa adalah RM200 bagi tempoh 5 tahun. Senyum.

Pagi-pagi tadi, sebelum jam tujuh aku dah ke Pejabat Imigresen Cawangan Kajang. Tak ramai orang. Aku adalah orang kedua sampai. Orang pertama tu datang jam 5 pagi huh uh uh gigihnya dia!

Waktu operasi bagi pejabat imigresen Kajang adalah seperti berikut;


Tepat jam 7.30 pagi, pintu pejabat Imigresen dibuka. Aku dapat nombor enam selepas beberapa orang potong Q (ini kan Malaysia) dan beri laluan kepada pasangan warga emas berbangsa India. Gembira betul auncle dan auntie tu pertama kali dapat perbaharui pasport antarabangsanya dengan status warga emas. Bayaran perbaharui pasport antarabangsa bagi warga emas hanya RM100 sahaja.

Hari ni tak ramai sangat orang serbu Imigresen Kajang. Kaunter pun buka tiga. Sekejab sahaja nombor naik, terutama pasangan warga emas tadi. Mereka dapat nombor pertama dan kedua.

Tengah seronok sembang dengan auntie dan uncle tu, nombor dan kena panggil. Kemudian sambung sembang lagi. Kemudian nombor naik lagi untuk buat bayaran.

Dok gelak-gelak sembang pengalaman berjalan merata tempat, nombor auntie dan uncle warga emas tadi dah naik untuk dapatkan pasport. Masing-masing terkejut sebab cepat benarnya siap. Kalau biasa, nak perbaharui pasport ...tak ambil masa sehari suntuk memang tak sah.

Hari ni, nombor pertama untuk pungutan pasport yang dan siap pada jam 8.15 minit pagi. Abang tu berlari dari kedai makan kat depan pejabat Imigresen. Mulutnya penuh dengan nasi lemak hu huhuhu seronok kena gelak. Nak ceritanya, betapa efisen dan cepatnya urusan perbaharui pasport di pejabat Imigresen Kajang sekarang ni. Makan nasi lemak pun tak sempat habis. Kalau sebelum ni...kena bawak tikar bantal rasa nak baring kat lantai je. Perubahan sangat positif. Tahniah Imigresen Kajang!!!

Dahlah urusan nak buat dan perbaharui pasport makin mudah. Bawa pasport lama dan kad pengenalan je. Pakai tudung warna gelap. Gambar akan diambil depan kaunter, tak payah lagi masuk kedai gambar bagai dan habiskan RM15 untuk gambar-gambar tu. 

Keseluruhan urusan aku siapkan perbaharui pasport di pejabat Imigresen cawan Kajang hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Kalau datang dah tengahari tak tau la cemana perkhidmatannya. Ini hanya pengalaman aku yang datang pepagi buta ya...Aku tak bertanggungjawab ya bila kalian serbu Imigresen Kajang dan dapati kena tunggu lama.

Mmmmm panjang pulak entri ni. Jom sambung kerja. Pasport baru dah dapat...nak kena sambung menabung pulak. Walaupun menteri kata penurunan nilai ringgit sangat bagus untuk Malaysia, tiap hari aku doakan nilai ringgit melebihi nilai POUND. Oklah...kita sambung mimpi pulak!