Memaparkan catatan dengan label salah sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salah sendiri. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2015

Salah Sendiri Baik Ngaku

Dunia hari ini memang aneh.

Bila kita berkongsi kegembiraan dengan seseorang, perkongsian itu akan merebak merata tempat walaupun seseorang itu memang tahu pun kita hanya kongsi dengan dia. Tidak semena-mena perkongsian kita dengan dia itu dikongsikannya juga dengan orang lain padahal momen itu kita hanya nak kongsi dengan dia sahaja.


Bila kita tidak lagi kongsikan apa-apapun dengan dia kerana beringat tentang kejadian sebelumnya, mulalah dia sentap mengesyaki kita telah berubah tidak selayaknya dahulu. Makanya, mahu seperti dahulu yang bagaimanakah andai kepercayaan yang diikat kemas itu telah terburai di tengah jalan, tertusuk duri jualah hati kita. Nak menyentap pun dah tiada daya dan upaya kerana semuanya salah sendiri juga. Yang kita dok gatai kongsi dengan dia tu buat apa?

Salah kita sendiri juga. Bukan kita, tapi aku! Ya…salah aku!

Makanya, andai tiada lagi perkongsian apa-apa dari aku selepas ini, kira redha ajelah. Aku pun bukannya retis yang sentiasa ingin diburu paparazzi untuk dijual beritanya. Aku bukanlah sesiapa pun.