Isnin, 30 Mei 2016

Cuti Sekolah



Bila datangnya musim cuti sekolah, fuhhhh kemeriahannya lain macam terutama bab banyak kenduri dan banyak jem. Salah satu yang turut memeriahkan usim cuti sekolah adalah agenda balik kampong dan sanak sedara datang ziarah.

Jadinya, riuh rendahlah seisi rumah dengan lompat, lari, gurau gaduh dia orang. Jiran-jiran pun dok hairan gamaknya mana lah mai semua orang reramai ni. Suaram emasing tu boleh dengar satu taman huhuhuhu 

Malamnya, bentang toto tidur bergelimpangan di ruang tamu. Kesian jugak tengok, memasing kepanasan. Ni kali kedua sedara mara tidur dalam kepanasan. Tiga kipas dok tala ke depa pun tak cukup. Memang berpeluh-peluh. Nasib baik taka da yang tidur di dapur sebab nak cari dingin kipas, kalua naya huhuhuhu Rezeki belum cukup nak pasang ekon di ruang tamu.  Kalau ada rezeki lebih tahun depan ya kita pasang ekon, biar selesa semua orang.

Esok lusa mereka akan balik kampong pula. Harapnya keriuhan tu gembirakan Mek dan ayah. Musim begini ajelah rumah tu akan riuh rendah seketika.

Mmmmm kat mana ek musim durian sekarang? Teringin nak serbulah!

 

Selasa, 24 Mei 2016

Kita Lebih Tahu Kerja Orang Lain Berbanding Tuan Punya Badan



Ini yang jadi masalahnya bila kita ni pulak yang lebih tahu pasal kerja orang lain.

Mudah je contohnya, walaupun kita bukan cikgu, kita macam tau sangat kerja cikgu yang hanya reti lepak sembang pasal drama jam tujuh petang di TV tu je, sambil gossip artis, sambil pula nengok katalog. Maklumlah raya dah nak dekat. Jam dua petang maka berbondong-bondonglah cikgu balik rumah. 

Kononnya gitu je lah kerja cikgu. Kononnya kita ada pengalaman jadi cikgu sementara tahun 1986 dulu, makanya kita pun tau lah bidang tugas cikgu macam tu. Jadinya, bagi kita kerja cikgu ni senang aje. Separuh hari je kena kerja. Kata kitalah. Jangan pulak tanya cikgu, memang bermuram durjalah cikgu mengadu itu ini begitu begini.

Hakikatnya, banyak dah berubah. Banyak dah lain. Banyak yang dah dikemaskinikan bidang tugas dalam kerja masing-masing. Dahulu, kerani hanya perlu tulis surat sahaja. Sekarang ni macam-macam kerja perlu kerani buat termasuk buat-buat tak ada kerja. Tapi, kita masih juga gunakan penanda aras entah kurun ke berapa.

Dahulu, nak jadi misi tak payahpun. SPM gred 3 pun dah dapat jadi misi. Makanya, kita pun coplah adik-adik misi ni adalah golongan yang tak ada pilihan, mintak misi sebab nak kerja dengan kerajaan. Padahal, sesape yang berminat nak jadi misi sekarang ni persaingan sangat sengit walaupun banyak kursus kejururawatan ditawarkan di kolej swasta. Bukan calang-calang orang boleh jadi misi. Tapi di hati kita, misi tu tak ada apapun. Kerja mudah aje, level mengaji pun tak tara mana berbanding kita. Kita sorang aje yang hebat, orang lain mana ada sehebat kita.

Kita masih lagi berada di lokasi lama yang sebenarnya dah lama hilang dari radar. Namun, kita tetap yakin dengan apa yang kita tahu, apa anggapan kita. Pada kita, semua kerja orang itu mudah dan senang sahaja kecuali kerja kita. Padahal, kalau kita tanya orang yang sama tetapi bertugas pada zaman yang berbeza pun dah sangat jauh bezanya itu. Apalagi bagi kita yang tak pernah duduk di tempat itu. 

Jikapun ada cikgu yang suka tengok katalog avon dalam bilik guru, itu tidak bermakna semua guru di Malaysia ni pengguna Avon. Dah tentulah juga tak sama maknanya cikgu di Ulu Tembeling dengan cikgu di Bandar Baru Bangi yang sama-sama belek katalog Avon. Tak gitu?

Ke macam mana?

Kesiannya hati kita. Bersimpati betul aku!

Isnin, 23 Mei 2016

Entah Sampai Bila



Kerap kalinya kita alpa tentang macam-macam perkara.
Kerapkali juga kita sentap tentang bermacam perkara, namun peduli apa bila tiada siapa kesahpun
Dan kita perlu bebat sendiri hati yang terlelas
Itulah makna sebuah kehidupan
Bukannya macam drama waktu senja di TV, bila merajuk ada orang pujuk
Bila sentap ada orang datang bebat luka

Hidup bukan panjang manapun
Bukan banyak sangatpun yang nak dikejar
Bukan panjang benarpun senarai perkara perlu kita buat
Yang panjang itu hanyalah haloba hati sendiri
Yang banyak itu hanyalah ketamakan kita sebagai manusia
Sedangkan yang patut kita kutip hanyalah menjadi manusia yang BAIK
Namun, definisi baik itupun sangat jauh dari kita
Entah bagaimana untuk kita tempa arah tuju sebuah sisa usia

Biar berapa banyakpun adanya yang kita punya
Sentiasa sahaja tidak pernah kecukupan
Sentiasa sahaja kita kejar sekalipun cicir merata apa yang dah dikendong
Dan kita mudah benar melupakan apa yang ada
Melainkan sentiasa sahaja mencerlang biji mata
Memandang apa yang tak mampu kita capai
Sekalipun apa yang ada itu tiris merata

Rossa Hijrah Cinta



Hingga bilakah tamak itu perlu kita bela
Haloba itu dirajakan atas takhta?
Bila pulakah kita berusaha untuk syukuri segala ada
Dan kongsikan seadanya
Agar sentiasa lapang dan dirahmati?

Bila kita nak mula ya?

Khamis, 19 Mei 2016

Panjangnya Nombor Telefon Dia, Negara Mana Ni?



Nak kata pagi, tak adalah pagi benornya. Dah nak masuk tengahari. Semalam hari bermalas-malas setelah awal minggu aku log in di pejabat jam 7.15 pagi. Gila kentang awal. Fuhhhhhh! Payah ler kalau selalu dok kagum dengan diri sendiri huhuhuhu

Jadinya, hari Rabu semalam aku bermalas-malas Tarik selimut tulis bab bagai atas katil, jam 11.30 baru terkedek-kedek pergi pejabat, dan rancang untuk balik jam 2.30 petang.  Kalaulah setiap hari macam ni kan besttttt!!!

Tengah berangan tunggu lampu isyarat hijau, tetiba ada panggilan masuk di nombor Digi. Nombor ni hanya student yang guna, walaupun nampak di skrin betapa panjangnya nombor dia, aku tetap jawab telefon selepas panggilan pertama tak sempat jawab. Maklumlah, dalam beg perempuan tu kan macam-macam ada, mesin basuh pun simpan situ huhuhuhu.

Bila dah jawab, dah bagi salam...dah cakap hello hello banyak kali, dia masih jugak senyap sunyi tak kata apa. Bila tanya dia nak cakap dengan siapa, dia hanya dok hello hello je manjang. Sebelum suara aku jadi tinggi, aku putuskan aje panggilan. Mana tau line tak elok. Dia tak dengar kan. Sampai sudah tak ada lagi panggilan dari nombor tu.

Di pejabat, aku semak nombor ni tanya encik Google, beginilah hasilnya;
nampak tak? kod +880 tu dari Bangladesh


Aku rasa dia terkasima kot bila dengar lagu industan riuh rendah dalam kereta aku huhuhuhu
Pelik jugak kan bazirkan duit telefon rentas sempadan semata-mata nak dengar suara aku la la la payah benarnya bila ada penyakit nan satu ni. 

Mungkin, aura Bangla tu tinggi kat aku kot. Ya lah, bukan selalu orang Malaysia nak pergi Dhaka, nak jejak kaki di Bangladesh huhuhuhu macam nak rasa lagi lah jadiperempuan cantik kat sana. 


Selasa, 17 Mei 2016

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik Premier 2016

Status Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik Premier 16 Mei 2016

Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei 2016 (Isnin) mulai 12 tengah hari.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pemohon boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian hotline 03-88706767 atau 03-88706777 dan laman web (lt)http://upu.mohe.gov.my(gt), (lt)https://jpt.utm.my(gt), (lt)http://jpt.uum.edu.my(gt), (lt)https://jpt.unimas.my(gt), (lt)http://jpt.ums.edu.my(gt) .

Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888. Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi universiti awam berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) mulai 17 Mei (Selasa).

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh universiti awam atau politeknik premier melalui laman web rasmi universiti atau JPP. Kegagalan calon yang berjaya untuk mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran tersebut.

Sejumlah 440,688 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada 2015 dan hanya 181,317 calon (41.1 peratus) telah mengemukakan permohonan UPUOnline. Daripada jumlah ini, 90.3 peratus iaitu 163,681 calon layak dipertimbangkan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat asasi dan diploma di universiti atau politeknik premier bagi Sesi Akademik 2016/2017.

KPI berkata Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) juga menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA pula akan diumumkan pada 26 Mei (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari.

Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke universiti awam atau politeknik premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan. UPU Online Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016 di (lt)http://upu.mohe.gov.my(gt).

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di universiti awam dan politeknik premier selepas pendaftaran pelajar baharu. Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di universiti awam dan politeknik premier berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan atau terdapat sebarang kemusykilan. 

Kepada adik-adik yang berjaya tu tahniah diucapkan. Yang tak berjaya jangan putus asa, sila isi rayuan online. naik tingkatan 6 dan hadap STPM pun okey aje.