Memaparkan catatan dengan label erti hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label erti hidup. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

Entah Sampai Bila



Kerap kalinya kita alpa tentang macam-macam perkara.
Kerapkali juga kita sentap tentang bermacam perkara, namun peduli apa bila tiada siapa kesahpun
Dan kita perlu bebat sendiri hati yang terlelas
Itulah makna sebuah kehidupan
Bukannya macam drama waktu senja di TV, bila merajuk ada orang pujuk
Bila sentap ada orang datang bebat luka

Hidup bukan panjang manapun
Bukan banyak sangatpun yang nak dikejar
Bukan panjang benarpun senarai perkara perlu kita buat
Yang panjang itu hanyalah haloba hati sendiri
Yang banyak itu hanyalah ketamakan kita sebagai manusia
Sedangkan yang patut kita kutip hanyalah menjadi manusia yang BAIK
Namun, definisi baik itupun sangat jauh dari kita
Entah bagaimana untuk kita tempa arah tuju sebuah sisa usia

Biar berapa banyakpun adanya yang kita punya
Sentiasa sahaja tidak pernah kecukupan
Sentiasa sahaja kita kejar sekalipun cicir merata apa yang dah dikendong
Dan kita mudah benar melupakan apa yang ada
Melainkan sentiasa sahaja mencerlang biji mata
Memandang apa yang tak mampu kita capai
Sekalipun apa yang ada itu tiris merata

Rossa Hijrah Cinta



Hingga bilakah tamak itu perlu kita bela
Haloba itu dirajakan atas takhta?
Bila pulakah kita berusaha untuk syukuri segala ada
Dan kongsikan seadanya
Agar sentiasa lapang dan dirahmati?

Bila kita nak mula ya?

Rabu, 27 Julai 2011

Formula Tentang Hidup



hu hu hu aku yang baru hidup setahun jagung
nak cerita tentang formula hidup
kelakar tak? lucu tak? lawak tak?
Ohhhh anda dibenarkan untuk ketawa
sampai golek-golek jatuh longkang pun tak apa
sakitnya sendiri tanggung, aku tak campur!

setakat hidup aku yang belum lagi membuahkan jagung ni
ada satu formula yang aku amalkan
nak kongsi formula @ petua @ tips @ panduan
dengan semua kat sini
mana tahu berguna juga untuk semua

bagi aku hidup ni mudah sahaja
apa yang kita buat
sama ada baik, jahat, kurang asam, kurang kula atau terlebih ajar
atas pilihan kita sendiri
impaknya juga (waaaaaa aku dah mula guna perkataan akademik
maklumlah aku ni kan blogger yang syok sendiri
tapi perkataan “impak” tu tak kena tempat pun la la la)
opssss kesannya (tak payahlah guna “impak” ya, maknanya dah lain..)
kita juga yang akan tanggung
kesan baik, kesan tak baik, kesan memalukan
kesan menyebalkan ataupun kesan yang menginsafkan
balasannya juga kita yang akan terima
pahala atau dosa, di dunia atau akhirat
tak mampu untuk kita laripun

biar bagaimana hitam atau putih hidup ini
Allah lebih tahu apa yang terbaik
apa hak kita untuk menghukum orang lain
padahal kita tidak tahu apa-apapun
setiap perancangan yang telah ditentukanNya

Lalunya,
kita yang tentukan bagaimana kehidupan selepas ini
mati memang sekali
(sebab tu mat rempit tak takut mati...sekali je!)
jarang benar orang mati dua kali
namun hidup memang dah pasti akan dua kali
dunia sini dan dunia sana
sehebat manapun kita di sini
masihkah sehebat di sana nanti?
Formula hidup ini hanya satu;
apa yang kita buat di dunia sini
akan kita terima hasilnya di dunia sana
hasil hitam atau hasil putih.