Ini yang jadi masalahnya bila kita ni pulak yang lebih tahu
pasal kerja orang lain.
Mudah je contohnya, walaupun kita bukan cikgu, kita macam
tau sangat kerja cikgu yang hanya reti lepak sembang pasal drama jam tujuh
petang di TV tu je, sambil gossip artis, sambil pula nengok katalog. Maklumlah raya
dah nak dekat. Jam dua petang maka berbondong-bondonglah cikgu balik rumah.
Kononnya gitu je lah kerja cikgu. Kononnya kita ada
pengalaman jadi cikgu sementara tahun 1986 dulu, makanya kita pun tau lah
bidang tugas cikgu macam tu. Jadinya, bagi kita kerja cikgu ni senang aje. Separuh hari je kena kerja. Kata kitalah. Jangan pulak tanya cikgu, memang bermuram durjalah cikgu mengadu itu ini begitu begini.
Hakikatnya, banyak dah berubah. Banyak dah lain. Banyak yang
dah dikemaskinikan bidang tugas dalam kerja masing-masing. Dahulu, kerani hanya
perlu tulis surat sahaja. Sekarang ni macam-macam kerja perlu kerani buat
termasuk buat-buat tak ada kerja. Tapi, kita masih juga gunakan penanda aras
entah kurun ke berapa.
Dahulu, nak jadi misi tak payahpun. SPM gred 3 pun dah dapat
jadi misi. Makanya, kita pun coplah adik-adik misi ni adalah golongan yang tak
ada pilihan, mintak misi sebab nak kerja dengan kerajaan. Padahal, sesape yang
berminat nak jadi misi sekarang ni persaingan sangat sengit walaupun banyak
kursus kejururawatan ditawarkan di kolej swasta. Bukan calang-calang orang
boleh jadi misi. Tapi di hati kita, misi tu tak ada apapun. Kerja mudah aje, level mengaji pun tak tara mana berbanding kita. Kita sorang aje yang hebat, orang lain mana ada sehebat kita.
Kita masih lagi berada di lokasi lama yang sebenarnya dah
lama hilang dari radar. Namun, kita tetap yakin dengan apa yang kita tahu, apa
anggapan kita. Pada kita, semua kerja orang itu mudah dan senang sahaja kecuali
kerja kita. Padahal, kalau kita tanya orang yang sama tetapi bertugas pada
zaman yang berbeza pun dah sangat jauh bezanya itu. Apalagi bagi kita yang tak
pernah duduk di tempat itu.
Jikapun ada cikgu yang suka tengok katalog avon dalam bilik
guru, itu tidak bermakna semua guru di Malaysia ni pengguna Avon. Dah tentulah
juga tak sama maknanya cikgu di Ulu Tembeling dengan cikgu di Bandar Baru Bangi
yang sama-sama belek katalog Avon. Tak gitu?
Ke macam mana?
Kesiannya hati kita. Bersimpati betul aku!