Bila kita sentiasa sahaja tekan gear 5 turbo, sampai satu
ketika, enjin kena servis. Momentum sudah tidak selaju peringkat awal. Minyak pelincir
dah kering kot!
Itu yang sedang berlaku. Sekalipun aku tetap nak memecut bak
jet dan roket menunda ruang angkasa, namun hakikatnya aku juga manusia biasa
yang mempunyai momentum yang naikturun. Sayangnya, kala aku perlu memecut laju,
pada ketika itulah momentum yang ada semakin hari semakin perlahan dan hampir terhenti.
Ohhhh! Sangat menyedihkan kala itu. Sangat payah untuk depaninya.
Masih banyak yang aku belum sempat buat. Masa bagaikan
terlalu cemburu dan memecut lari tinggalkan aku yang masih bertatih dan
tersembam sepanjang jalan; tangan mengheret, kepala menjungjung dan pada masa
yang sama mahu juga kukelek entah cita-cita apa lagi. Ohhhh, tamak sungguh!
Bila mengenangkan betapa banyak perkara yang perlu
kusudahkan sebelum tinggalkan dunia fana ini, motivasi melorot semula. Entah bagaimana
manusia yang hebat lakukannya. Mereka hebat tinggalkan sesuatu untuk
kesejagatan alam, pada masa yang sama mereka juga hebat untuk bawa bekalan ke
sana. Sedangkan aku…cicir sepanjang jalan. Dunia dan akhirat. Aduhhhh la!
Mmmmm...baru Khamis. Ingatkan dah Jumaat!