Bila usia kita bertambah, kononnya kita akan lebih matang. Harap-harapnya
begitulah.
Hari ini, setelah usia bertambah lagi setahun dan sehari, aku
jalani fisioterapi di Hospital Serdang macam biasa. Macam biasa juga jam 7 pagi
aku sudah berada di perkarangan hospital Serdang, kemudian menikmati sarapan
dalam kereta sambal dengar radio dan memerhati gelagat manusia. Jam 7.45 pagi
baru aku melangkah ke dalam bangunan dan melihat kekalutan waktu pagi dalam
Hospital Serdang tersebut.
Bila daftar di bahagian fisioterapi, boleh dikatakan 90
peratus adalah warga emas. Mereka ni santai dan ceria. Kalau ada yang muda
pula, mukanya memang nampak stress. Ya, sakit bukanlah nikmat dan dah pasti
membebankan. Namun, bila kita ceria, sebahagian besar dari sakit itu sudahpun
terubat!
Hari ini, aku berjaya tahan diri dari mengamuk dan marah. Itu
kelemahan utama aku. Takat terbalikkan meja tu tak perlulah hairan sangat, sudah
kulakukan sejak sekolah menengah lagi. Tak
megahpun nak mengaku, namun keupayaan untuk mengawal perasaan marah itulah satu
kemenangan besar. Bukan mudah. Dah terlalu lama aku usahakannya. Alhamdulillah,
untuk kes hari ni aku berjaya. Situasi lain belum tahu lagi.
Aku hanya mengharapkan mampu atasi semua itu dengan baik
sepanjang masa. Tak ada indahnya bila marah. Selain dari muka jadi tak ayu, jiwa
juga tak tenteram. Namun, ada ketika yang lain…kadangkala rasa menyesal juga
tidak mengamuk kerana kepalaku sebegitu mudah dipijak-pijak.
Itulah dugaannya!
1 ulasan:
Bersabarlah selagi mampu....
Catat Ulasan