Memaparkan catatan dengan label Priyanka Chopra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Priyanka Chopra. Papar semua catatan

Selasa, 12 Januari 2016

Cinta Terlarang Bajirao Mastani

Sabtu lepas Cik Bintang ajak pergi tengok cerita cinta epic Bajirao Mastani. Mmmmmm aku bukannya tahu sangat pun pasal cerita cinta dari benua belah sana tu, Shah Jehan dan Mumtaz pun aku tak berapa nak tahu sangat. Kisah taj mahal pun tak pula aku tahu dengan detail. Tapi bila libatkan kisah epic, sangat terasa nak tengoknya. Mana tahu lebih hebat dari Devdas yang tak epic itu huhuhuhu

Filem ini berkaitan percintaan antara Bajirao dan mastani. Sinopsis filem dan semua maklumat berkaitan filem ini boleh dibaca di Wikipedia yang lengkap dengan rujukannya juga tu. Silalah menelaah ya, akum alas nak tulis synopsis ceritanya kat sini huhuhuhu

Lima minit pertama tu bagi aku bosan. Yaaaa lah bukan mudah nak bagi intro kepada penonton untuk fahami kisah besar ini. Hati mula berbergelek bila lagu pertama dipersembahkan. Untuk aku, lagi ni maknanya memang mendalam tapi aku lebih suka lagu yang Deewani Mastani yang dinyanyikan Mastani bila buat persembahkan di istana …. Fuhhhhh sangat indah. Rasa nak bangun joget-joget sama aje huhuhuhuhu sangat berseni dan lemah gemalai. Jom kita joget sat;

Deewani Mastani Filem Bajirao Mastani


Masa Bajirao menari dalam salah satu lagu tu... aku rasa nak gelak huhuhuhu semuanya gara-gara pakaian klasik itu menampakkan macam depa pakai skirt. Bila menari Nampak macam pelik sikit sebab tarian lelaki patutnya Nampak keras tetapi dek sebab kostumnya sebegitu…tetiba kelihatan macam jelita pulak hu huhuhuhu

Lagu terakhir tu best, tapi aku tak puas hati. Sebabnya, aku dok bayangkan lagu tu akan jadi sangat indah kalau Aiswarya yang joget. Maklumlah, joget Aiswarya memang sangat indah kalau bawak tarian klasik. Sampai sekarang masih lagi dok tak puas hati. Ini bukan sebab lagu dan tarian yang dibawa oleh Deepika Padukone dan Priyanka Chopra cantik, comey aje pun. Cer tengok;

Pinga | Bajirao Mastani | Deepika Padukone, Priyanka Chopra


Tapi sebab aku dok bandingkan dengan Aiswarya dan Madhuri Dixit masa lagu Dola re Dola dalam filem Devdes, gitulah jadinya. Jom kita tengok keindahan seni tarian klasik bawaan Aiswarya Rai;

Dola Re Dola (Devdas)


Ramai orang kata filem ni bagus dan hebat. Tapi, masalahnya aku nak lagi. Bagi aku belum cukup. Patutnya jadi lebih hebat sebab pengarahnya tu memang hebat. Kisahnya pun kisah hebat.

Antara filem Bajirao Mastani dan Dilwale, memanglah tak kena kalau nak bandingkan sebab genre yang berbeza. Namun, jika anda sukakan wadah yang lebih berat, filem ini lebih sesuai sedangkan filem Dilwale sesuai untuk menonton santai. Mmmmm entri akan datang aku tulis pasal filem Dilwale pulak ya…

Isnin, 1 Disember 2008

Dostana







Pagi tadi (Jumaat, 21 November 2008, 8.35 pagi), baru sahaja mata mahu dilelapkan setelah semalaman berjaga dengan membaca, menelaah, menaip dan...main game juga, diri dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Ada pos ekspress menggunakan GDEX daripada Airtime Management. Dah pasti aku tertanya-tanya surat saman daripada siapa. Sebab apa. Biasanya surat sebegitu yang gunakan pos ekspress atau berdaftar. Kalau setakat bil telefon atau bil untuk bayaran masuk jamban setiap hari (IWK), tidak pernah pula mereka membazir sebegitu.

Kata adik itu, tengahari baru dia hantar. Aku pesan siap-siap dengannya supaya ambil masa sikit menunggu disebabkan kakiku ini. Mata terus sahaja lelap sebaik panggilan ditamatkan. Otak sudah tidak mampu untuk berfikir lagi hinggalah mata terbuka semula pada jam 10.45 pagi. Itupun kerana tuntutan perut. Kalau tidak kerana perut yang minta untuk di isi, belum sanggup lagi untuk aku bangkit. Baru dua jam tidur sejak semalam.

Saat selesai mengunyah tiga keping roti bersalut tuna mayonis, adik itu tiba di depan pintu pagar rumah yang berkunci. Terjengkit-jengkitlah aku naik ke bilik mengenakan pakaian yang sopan sedikit sebelum terkial-kial kemudiannya membuka gril dan pintu gelungsur cermin (sliding door). Berbantukan tongkat, langkah tiba juga ke pagar di tengah panas terik itu.

Kala dibuka envelop putih itu, hanya empat keping pass percuma sahaja yang terisi di dalamnya. Filem Dostana. Filem Hindi. Ohhhh, tidakkkkkkkkkkkkkkkk!!!! Mimpikah aku?

Semua yang aku ajak untuk pergi tonton wayang percuma itu ketawa terbahak-bahak. Entah-entah sampai tergolek-golek di lantai. Pertama, sebab mereka memang tak minat tengok filem Hindi. Mereka lebih suka tengok cerita hantu dari industri filem Hong Kong. Boleh ketawa, kata mereka. Keduanya, aku tak pernah pergi panggung untuk tengok filem Hindi. Kalau tengok pun hanya tayangan di TV pada hari Sabtu sebab tak ada tayangan lain lagi yang nak ditengok. Dah tentu mereka ingat aku dah buang tebiat. Baru terseliuh pun dah buang tebiat, apalagi kalau kena sakit yang kaw-kaw boleh pendekkan umur (mulut dia orang memang ada insuran. Ikut sedap je nak cakap apa).

Bila cerita dengan kakak pasal pas percuma itu, kakak pun pelik. Kenapa filem Hindi. Kenapa tak filem Melayu ke, Indon ke, Korea ke, Perancis ke...sebabnya keluarga kami bukannya kaki filem Hindi. Kami memang cukup hairan bila ada orang suka filem Hindi. Menonton filem Hindi tiada dalam budaya keluarga kami. Dulu kakak iparku kaki filem Hindi. Sekarang katanya sudah tidak berminat lagi. Mungkin sebab selalu kena perli dengan abang. Kini, aku akan masuk panggung untuk tengok filem Hindi? Biar betul!!!

Bosan menjalani hidup dengan rehat yang panjang sebegini, jari terlebih gatal dan hantar sms ke siaran Time Radio Highway (THR) yang tiap malam kudengar keasyikan lagu-lagu hindustannya (filem tak berapa suka tonton, tapi lagu-lagunya agak merdu juga didengar sesekali). Sementara siang mendengar Klasik Nasional. THR jadi pilihan pada malam hari hanya kerana pengacaranya yang ceria itu, Gina. Tawanya buatkan dunia terasa indah. Akhirnya aku kemaruk mendengar suaranya. Pelik bukan? Lagi pelik bila cubaan pertama peraduan yang mereka anjurkan itu berjaya. Hadiahnya hanya 4 keping pass percuma filem Dostana. Apapun, terima kasih THR, terima kasih Sendi Mutiara yang jadi penaja.

Asalnya ada juga niat untuk merewang pergi tengok walaupun filem Hindi. Rasanya kalau tak tahan untuk duduk tiga jam di dalam panggung, aku keluarlah. Namun, setelah disemak, hanya beberapa buah panggung TGV sahaja yang tayang iaitu TGV Bukit Tinggi, kelang; Sunway Piramid, PJ dan Capital Square, KL. Memandangkan kaki masih lagi lebam, bengkak pun belum surut, rasanya upaya dan daya untuk gunakan pengangkutan awam ke Kuala Lumpur itu agak tipis. Jadinya, biarlah pas percuma itu kusimpan jadi kenangan sahaja. Ada sesiapa nak pass tersebut? Boleh dipertimbangkan, kiranya anda berminat. Ini dia rupanya pas itu.
Pass 1

Pass 2



Pass 3

Pass 4

Ni jadual mutakhir filem ni hingga 3 Disember 2008.


Dostana (U) - Hindi

Genre: Komedi


TGV Sunway Pyramid

5:20 PM 11:30 PM

TGV CapSquare, KL

12:30 PM 3:30 PM 6:30 PM 9:30 PM

Masih ada dua hari lagi untuk gunakan pass ni ....