Khamis, 4 Februari 2016

Gear 5 Turbo Perlu Servis!



Bila kita sentiasa sahaja tekan gear 5 turbo, sampai satu ketika, enjin kena servis. Momentum sudah tidak selaju peringkat awal. Minyak pelincir dah kering kot!

Itu yang sedang berlaku. Sekalipun aku tetap nak memecut bak jet dan roket menunda ruang angkasa, namun hakikatnya aku juga manusia biasa yang mempunyai momentum yang naikturun. Sayangnya, kala aku perlu memecut laju, pada ketika itulah momentum yang ada semakin hari semakin perlahan dan hampir terhenti. Ohhhh! Sangat menyedihkan kala itu. Sangat payah untuk depaninya.

Masih banyak yang aku belum sempat buat. Masa bagaikan terlalu cemburu dan memecut lari tinggalkan aku yang masih bertatih dan tersembam sepanjang jalan; tangan mengheret, kepala menjungjung dan pada masa yang sama mahu juga kukelek entah cita-cita apa lagi. Ohhhh, tamak sungguh!

Bila mengenangkan betapa banyak perkara yang perlu kusudahkan sebelum tinggalkan dunia fana ini, motivasi melorot semula. Entah bagaimana manusia yang hebat lakukannya. Mereka hebat tinggalkan sesuatu untuk kesejagatan alam, pada masa yang sama mereka juga hebat untuk bawa bekalan ke sana. Sedangkan aku…cicir sepanjang jalan. Dunia dan akhirat. Aduhhhh la!

Mmmmm...baru Khamis. Ingatkan dah Jumaat!

 

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Biar apa pun juga lebih baik org yg tahu dah sedar apa juga perlakuan dibuat di dunia sebelum kita tinggalkan dunia (mencari bekalan). Daripada yg tahu tapi tak sedar-sedar dunia akan ditinggalkan masih terus-terusan berlari pecut tanpa sedar banyak sudah yg dilanggar tunggang-langgang.

makcikkantin berkata...

Wahhhhh, tinggi bahasa, tak tau nak jawab apa. bila rasa down, stop & servis, full servis :)

anyss berkata...

Kakzakie; semiga kita sentiasa sedar kat mana bumi dipijak

anyss berkata...

Makcikkantin: adakala tak sempat nak servis...itu yg terkemut2 je memecut. Bunyi kuat kemain tp tak lajuuuu pun