Selasa, 18 Disember 2012

Wanita Malaysia Ramai yang Curang?


Kalau baca Mstar hari ni, akan terjumpa artikel yang mengulas tentang 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan seperti didakwa media baru-baru ni. Namun begitu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan itu.

Soalnya benarkah 39% golongan wanita kini berlaku curang kepada pasangannya? Soalnya juga, benarkah peratusan itu tidak benar sama sekali?

Ikutkan kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian; 41.8 peratus kes perceraian kerana tiada persefahaman, pasangan curang dan enggan dimadu sebanyak enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

Bagi kes kaunseling, punca utama perceraian disebabkan; kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin.

Siapa nak mengaku curang? Cer angkat tangan!
Mak Menteri kata, curang bukanlah faktor utama penceraian. Mmmmm ada sesiapa TERniat nak curang tak??? Ish! Ish! Ish! tak baik tauuuuuu!

Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Pegangan agama sangat penting tak kira zaman mana kita hidup. Selagi kuat pegangan agama, banyak perkara tak elok seperti curang, skandal atau hubungan terlarang dapat dielakkan. 









Jumaat, 14 Disember 2012

Penyakit Mata Lalat: Bergaduh Tak Habis!


Kepada manusia, ada 3 “benda penting” dalam kehidupan seharian mereka iaitu;
1. Apakah “benda” yang penting
2. Masa bila yang penting
3. Siapa yang penting




Peluang hanya datang sekali, itulah masanya. Lakukanlah sekarang!

Khamis, 13 Disember 2012

Datuk K Kemalangan Di New Zealand

Tengah semangat buat kerja sambil dengar Radio THR Gegar online, tetiba berita radio siarkan tentang Datuk K Cedera kerana Kemalangan jalan raya Di New Zealand. Terhenti buat kerja sekejab, terus cari di akhbar online. Hanya Utusan yang dah tulis pasal cerita kemalangan jalanraya Datuk K tu... aku petiklah berita tu seperti di bawah lebih kurang;

Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Datuk K menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin Indonesia malam ini terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.


Apapun, aku nak ucap tahniah kepada golongan pesara yang akan dapat durian runtuh 17 Disember nanti. Ini merupakan bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan.

Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini. Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478. 


Menyimpan Kenangan Angka 121212 Nan Comel


Selama ni pun aku memang suka nombor walaupun asal tengok nombor je aku terus blurrr. Itu kalau nombor untuk dharab, bahagi, tolak campur.

Kalau di jalan, aku suka tengok nombor-nombor kenderaan yang Nampak unik dan comel, malah aku ada nombor kegemaran sendiri. Rahsia ya…kang tak pepasal ada pulak guna nombor tu untuk tikam ekor hu huhuhu.

Masa semua orang dok bidik nombor 121212 yang istimewa itu semalam (sebenarnya entri ni aku tulis semalam, hanya paparannya sahaja set untuk hari ni), aku perasan satu perkara kat blog aku. Nak tahu apa? Cuba tengok gambar bawah ni;


Yang ni aku tengok pada tengah malam menjelang tarikh 12hb 12 tahun 2012, (lebih kurang jam 12.12 AM gitu). Masa tu aku dah ralat sikit sebab macam tak berapa nak cantik angka jadinya.Jumlah entri 1212 memang dah cantik...tapi bila tengok tarik akhir pos pada 11 Dec, macam tak comey lah pulak!

Seorang kenalan sarankan untuk aku post entri baru pada tarikh 12 Disember untuk jadikan angka berkenaan semuanya jadi 12. Namun, rasa macam tak aci pulak kalau buat gitu, lagi pula bila tambah entri...angka kat depan tu pulak akan jadi 1213...tak comey jugak!

Siang kelmarin, bila tengok kat dashboard blog, tetiba semuanya jadi 1212 dan 12, 2012 hu huh u gimana boleh jadi macam tu? Cer tengok, tak percaya kan?


Kena upah penyoasat ni!
Siasat punya siasat, barulah tahu macam mana boleh jadi macam tu…cer tengok kat bawah ni apa dia;


Sebenarnya, aku selalu kemaskini blog secara schedule. Pos entri sekali atau dua kali je seminggu, tapi tulis untuk seminggu terus ikut bahan yang ada. Rupanya apa yang belum disiarkan kat blog pun sudah dikira dek blogspot, itu sebabnya angka untuk jumlah entri tak berubah tetapi tarikh tu tetap berubah.

Mmmmmm dah dapat satu rahsia blogspot ni hu huhu

Makanya, dengan rasmi aku dah dapat nombor yang cantik itu tanpa aku plan pun. Tanpa perlu susah payah ubahsuai untuk dapat nombor tu. Kira okeylah kan tetiba TERdapat nombor macam tu. Tak menyusahkan orang dan tak paksa sesiapa.

Psttttt: Dengar cerita ramai orang sengaja MEMberanakkan diri pada tarikh cantik ni. 




Rabu, 12 Disember 2012

Dia Orang Ngumpat Pasal Aku Tanpa Aku Faham



yang ni fahammmmm...





Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari

Ramai tak peminat jejaka terhangat di Malaya, Anuar Zain? Hari ni entri jamu mata ya...tak kan nak tengok Che Lah MasterChef 2 je...nak juga nengok jejaka idaman Malaya.

Sempena tiga dekad pembabitan beliau dalam bidang seni, Anuar Zain akan mengadakan konsert pertamanya bertajuk Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada pada 16 Februari 2013 depan pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sumber: Sinar Harian

Harga tiket bagi konsert ini dari RM88 hingga RM698, akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya, manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini.

Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini. Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.

Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura. Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

Anuar Zain, 42, berkata, tiket konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar Zain dalam bidang seni itu tak mahal dan berpatutan, bersesuaian dengan persembahan itu kelak kerana menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega yang menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.

Komen aku: Ada sesiapa nak belanja tiket harga VVIP tak? Sila belanja! Sila belanja!



Selasa, 11 Disember 2012

Bila Che Lah (MasterChef 2) Nak Berlakon


Walaupun jarang-jarang tengok rancangan masterchef (Malaysia), tapi nama Che Lah dengan 'tagline' "siapa kata perempuan cantik tidak boleh masak", memang sentiasa berlegar dalam kepala. Mentang-mentang dia comey kan, bolehlah buat tagline serupa itu. Cuba daku yang buat tagline macam tu, harus ada yang muntah hijau!


Bekas peserta program MasterChef Malaysia 2, Che Lah atau nama sebenarnya, Shila Shereen, 40, tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan atau pengacaraan sekiranya mempunyai tawaran daripada mana-mana syarikat produksi. Hasrat itu bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

Che Lah juga terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik. Dia juga masih menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran sendiri.

Dia dah ramai peminat sejak masuk Masterchef 2 (Malaysia) walaupun tak menang masterchef tu, kalau dia berlakon...mmmmm lagilah ramai peminat dia kan? Salah hari, ada artis tak boleh cari makan ;)




Isnin, 10 Disember 2012

Berfikir Positif Gaya Prof Muhaya


Berikut adalah biodata Profesor Dr. Muhaya mohamad yang diminati ramai orang;

NAMA: Prof Dr Muhaya Mohamad
JAWATAN: Perunding Pakar Bedah Mata, Ketua Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
PENDIDIKAN: M.D (UKM), MSurgery (Ophth) (UKM), M.Med (Spore), FRCS (Edin), Fellowship in Uveitis (UK), Ph.D (Occular Immunology) United Kingdom
STATUS: Kahwin
SUAMI: Dr Azmi Jamion
ANAK-ANAK: Dr Noor Aniah, 26 dan Dr Noor Atiyah 25.

Kelebihan Prof. Dr. Muhaya adalah: dia seorang doktor perubatan yang terlibat dalam motivasi. Sangat kurang pakar motivasi dari bidang perubatan walaupun ada status Dr atau professor. Jom dengar motivasi beliau agar minda kita jadi positif di awal minggu ini.



Moga aura positif itu mewarnai kita sepanjang minggu ni sampai bila-bila.


Ahad, 9 Disember 2012

Kujie2.com Kena Serang???


Hujan lebat hingga aku kena tunda untuk balik. Walaupun lapar dok teringat makan tengahari, sejak semalam tak makan nasi (semalam makan buah je untuk makan malam dak sakit kepala migrin teruk), tapi sebab hujan yang menggila lebat, aku ambil peluang untuk dengar ceramah Ustaz Kazim Elias di youtube sambil online FB dan baca blog rakan-rakan.

Ni dia ceramah Ustaz Kazim Elias yang aku tengah syok dengar tu sambil jelajah dunia maya, berkaitan Halal dan Haram dalam kehidupan;



Mengumpat dibolehkan bila;
1.  kita dizalimi
2. di hadapan pihak berkuasa
3. diminta pendapat
4. memberi peringatan kepada orang ramai
5. orang yang diumpat itu telah diumpat oleh Allah
6. orang yang nak diambil iktibar

Dalam rakaman ni juga ada diterangkan cara bagaimana nak mintak hutang dengan orang yang liat nak bayar hutang kita. 

Bila klik blog Kak Jie, tetiba benda ni yang keluar;



Hah? Reported Attack Page? apa dah jadi  ni? kena serang hendap ka? kena demam kura ka? kena sakit jantung ka?

Dok tengah pening dok fikir apa jadi dengan blog Kujie ni...komputer aku pulak hang. Tak gerak. Alamakkkkk!!! dah kena ke ni? Ishhhh! nak tutup cepat-cepat blog Kak Jie pun dah terlambat sebab dah hang. Dah tak boleh gerak apa-apa dah.

Beberapa minit kemudian, ok semula. Tak pasti memang okey macam biasa tanpa libatkan kemusnahan ataupun okey dengan didatangi makhluk asing. Mmmmmmm nasib baik komputer ofis hu hu hu adoiiiii! nak kata apa!

Tawakal ajelah ya...harap-harapnya, akan okey dan tak ada apa-apa ya...Harap-harapnya Kak KuJie juga dah berjaya atasi masalah kat blog dia. Kalau ada sesiapa yang berkepakaran tinggi, silalah tolong Kak Jie ya...tak pasti dia dah tahu ke tidak apa yang jadi dengan blognya ni.






Selimutkan Daku Dengan Wangimu, Hamparkan kaki Dengan Indah Kuntummu



Mmmmm kalaulah boleh berkolek kat sini...kepala boleh kosong ni;




Sekali seumur hidup, nak kena sampai Jepun jugak ni...



Banyaknya tempat nak kena pergi...kalaulah ada duit berkepuk-kepuk kan bagus hu hu hu


Sabtu, 8 Disember 2012

Mudahnya Kita Menghukum Tanpa Usul Periksa


Kita (akulah tu!) selalu berdepan dengan situasi pandangan serong kepada orang lain, kononnya mata kita melihat sendiri padahal, matapun boleh jadi tertipu. Telinga yang mendengar boleh jadi menipu kita...tambah lagi dalam dunia IT ni.



Moga-moga aku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang terlalu mudah menghukum. Aminnnnn!




Jumaat, 7 Disember 2012

Ustaz Azhar Idrus Qiam With Me


Semalam balik ofis lambat, sambung buat kerja sekolah. Itupun dah nyorok bawah meja sekejab tarik bantal. Dah bangun, kepala ringan sikit, matapun terbuntang luas.

Sambil-sambil buat kerja, buka facebook, sambil tu juga buka youtube dengar lagu-lagu merdu yang jiwang mendayu-dayu, dengar zikir terapi Hafiz Hamidun, dengar juga ceramah Ustaz Azhar Idrus yang kelakar dan lucu, namun pada masa yang sama terkena ke muka sendiri. Gelak memanglah gelak, tapi gelakkan diri sendiri.

Dengar juga Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian Kelantan 2012 semasa program Qiam With Me. Program ni dijalankan Ramadhan yang lalu, jadi…daku kongsikan kat sini ya untuk sama-sama dapat manfaatnya;




Alhamdulillah. Sama-sama kumpul manfaat untuk jadi panduan hidup.


Anugerah K-Pop 'Golden Disk Awards' Di Malaysia?


Berita baik untuk Peminat tempatan K-POP kerana ada peluang tengok acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, 'Golden Disk Awards' yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari 2013.

Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut seperti PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FTIsland, Infinite, Girls Generation dan Beast.

Anugerah terkemuka ini dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB).

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-POP bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik. Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-POP paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, ticketpro.com.my, atau menelefon03-78807999 mulai 9 Dis. Fuyooooooo gempak betul harga tiketnya. Boleh beli telefon Samsung ;)


Video Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?

Tak berpeluang nak tengok siaran langsung Wacana Sinar Siri 16.

Ahli Panel Wacana Sinar Harian Siri 16 "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" adalah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Aku tampal je kat sini dulu, esok lusa dah bayar bil brukban, boleh tengok semula kat sini;

Video Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 1




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 2




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 3




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 4



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 5



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 6



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 7




Bulan ni terlupa nak bayar bil brukban, entah macam mana. Semuanya gara-gara dapat gaji awal untuk bulan lepas. Bulan Disember juga akan dapat gaji awal…sakitnya bila nak tunggu gaji bulan Januari nanti. Alahai…dahlah banyak jualan murah/gudang/akhir tahun sekarang ni. Mmmmmm ringan je tangan nak tekan-tekan kosongkan mesin ATM tu huh u hu 



Khamis, 6 Disember 2012

Takdir Diubah Dengan Doa - Ustaz Azhar Idrus


Akal manusia terlalu kecil untuk kaji tentang Allah termasuk Qada dan Qada;



Yakinilah bahawa Allah tentukan Qada dan Qada kita, juga Dia jua mampu mengubahnya.



Rabu, 5 Disember 2012

Sambungkan Daku Nyawa Tambahan!


Selasa, 4 Disember 2012

Susah Jaga Anak Perempuan


Orang dulu-dulu selalu kata “Jaga anak perempuan sorang lebih susah dari jaga kerbau sekandang”. Masih relevankah?

Pada zaman serba mencabar ni, masihkan diskriminasi sebegitu berlaku? Susah sangatkah nak jaga anak perempuan? Tang mana susahnya tu?

Itu satu pertanyaan ya kawan-kawan. Sebab daku belum ada anak, maka daku bertanya. Silalah jawab andai berkaitan.

Harapnya, mek dan ayah tak rasa susah jaga aku. Walaupun dah tua gayut macam ni pun masih lagi perlu pikul tanggungjawab jaga aku. Macam bebanlah pulak aku ni kan? Kesian dia orang tu!

Aku janji akan jadi anak yang sentiasa doakan mereka ke Jannah sama ada masa hayat atau setelah mereka tak ada nanti. Walaupun aku bukanlah solehah manapun, namun harap-harapnya aku bukanlah penyebab kepada mereka untuk mendapatkan susah di sana nanti.


Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Pra Perkahwinan @ Pre-Wedding Apex & Lueney


foto-foto gambar pra-perkahwinan @ prewedding Khairul Fahmi che Mat @ Apex dan Lueney hanya klik sahaja di Ceritera Cinta ya! - Kredit foto dari The Photolicious





Lebih banyak gambar di Photolicious FB




Cerita Panas Di MAHA 2012


Sila percaya, MAHA memang panas! Jadi, entri ni berkaitan tentang cerita-cerita panas. Ya, cerita panas. Sangat panas. Betul! Tak tipu...semuanya panas!

Sabtu gigihkan diri berasak ke MAHA 2012 walaupun kalau ikutkan sejarah, tiap kali pergi memang cari penyakit. Patutnya pergi malam kan? Sejuk sikit hu hu hu

Aku alah dengan panas...ohhhh memang puteri lilin. Asal panas je, memang sah akan migrin, sebab tu aku mudah terkesan dengan kepanasan termasuk panas hati. Adakalanya, niat aku nak tanya tapi mungkin orang ingat aku komplen hingga ada yang ingatkan semula tentang kepanasan Padang mahsyar. Ada masa yang lain, aku nak bagi tahu, tapi orang tetap ingat aku komplen. Ya...aku kena belajar bagaimana untuk menerima aje apapun suasana tanpa bertanya, tanpa beritahu andainya tak mampu terima kenyataan orang kata aku “sedang komplen”.


Aku juga alah sesak. Pergi pasar malam pun aku akan pilih waktu tak sesak iaitu sama ada jam 5 petang atau jam 9 malam. Tak pun kalau musim Jepun menyerang, aku redah ke pasar malam waktu maghrib. Namun ada ketika, kalau tak boleh elak sesak aku redah je. Hanya, kalau nak main redah tu eloknya aku redah sesorang je. Elakkan bersama orang lain, nanti buatkan mood orang spoil je. Sekadar peringatan untuk diri.

Geram nak petik ambik mood makan kat atas pokok ;)

Aku sebenarnya sangat suka pergi tempat yang banyak ilmu ni seperti MAHA. Macam-macam ilmu baru boleh dapat walaupun kali ni tak banyak gambar boleh aku ambil dek kena boikot secara beramai-ramai. Lagi suka kalau boleh pergi tempat jualan pokok dan buah-buahan tempatan tu. Kalau boleh nak beli banyak pokok walaupun tak ada kebun. Kalau boleh nak angkut buah-buahan tempatan tu banyak-banyak untuk makan, tapi...tak belipun. Tak larat nak angkut. Parking memang jauh. Kalau beli untuk makan situ bolehlah. Errrr masih terkenangkan durian yang segar kat MAHA tu, tapi dah banyak makan durian, darahpun dah tepu dengan bau durian. Bahaya...sila tahan sabar ya hati!




Balik dah asyar, terus telan ubat migrin, mandi, solat dan tarik selimut. Bangkit hampir maghrib tu pun, denyut di kepala masih bersisa hingga lupakan je tengok perlawanan bole sepak piala AFF Suzuki pertarunagn antara Malaysia-Indonesia. Tahniah Harimau Malaya, berjaya benamkan Garuda. Keliling rumah bergegar dengan tempik sorak Gadis Malaya.

Hari Ahad masih lagi rasa melayang-layang diawangan dek terlebih tidur kot... hinggalah aku habiskan hampir satu taperware (RM10) kismis yang beli kat MAHA hari Sabtu tu ;)







Ahad, 2 Disember 2012

Skim Latihan Industry Tajaan Penuh KERAJAAN MALAYSIA

Peluang untuk lepasan graduan university / kolej / politeknik / Lepasan SPM mempelajari dan meningkatkan kemahiran disamping merebut peluang Kerjaya dibawah skim latihan industry tajaan penuh KERAJAAN MALAYSIA yang diadakan di Negeri Sembilan Skill Development Center (NSSDC) ­ Pusat Latihan Kemahiran Terbaik di Malaysia

JIka ada kenalan/sababat/saudara yang masih mencari pekerjaan, berumur tidak melebihi 25 tahun, sampaikan mesej ini kepada mereka agar kami dapat membantu golongan ini membentuk kehidupan yang lebih baik. Kursus PERCUMA yang ditaja sepenuhnya ini telah berjaya memberi ruang kepada lepasan graduan university / kolej / politeknik / Lepasan SPM meninjau kerjaya di sector perindustrian dengan lebih dekat dan peluang kerjaya yang lebih baik..

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari laman sesawang;


Salam Hormat

Negeri Sembilan Skill Development Center
Mantin Negeri Sembilan


KURSUS KEMAHIRAN INDUSTRI TAJAAN PENUH KERAJAAN MALAYSIA INTAKE: 2 DECEMBER 2012


Registration Fee: FREE
Venue: Negeri Sembilan Skill Development Centre (NSSDC), Mantin Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) in collaborated with Malaysian Government are now offering courses in technical discipline to equip all Degree / Diploma graduate leavers / SPM / SPM (V) / Certificate with the right competencies and innovative capabilities to meet the current and future challenges of the high technologies in Malaysia.

Courses Offered
1. For Degree / Diploma Holders
(a) COMPUTER INTEGRATED MANUFACTURING SYSTEM (CIMS)

2. For SPM / SPM (V) / Certificate Holder (LEPASAN SPM / SPM(V) / CERTIFICATE)
(a) INDUCTRIAL AUTOMATION - MECHATRONICS
(b) INDUSTRIAL ELECTRONICS

Benefits
• Fully Financed & Sponsored by Government of Malaysia - Free Participation Fee for Participant
• Monthly Allowance up to *RM500.00 per month
• Hostel
• Free Transportation from hostel to NSSDC
• On Job Training for three month
• Higher chance to join Industry organisation after On Job Training

Qualification
• MALAYSIAN ONLY
• Courses For Degree / Diploma Holder: Engineering Diploma and Degree holders from any local or International University
• Courses For SPM / SPM (V) / Certificate holders: SPM / SPM (V) / Certificate
• Below 25 years old and SINGLE
• Jobless

Click Here to find out more details and To Register for the program 

Register now and the NSSDC representative will contact you shortly.


ORGANIZER:
• NEGERI SEMBILAN SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (NSSDC)
• JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Email enquiry / Pertanyaan: kktpkm@confbay.com


Sabtu, 1 Disember 2012

Analisis AGM Umno 2012 Oleh Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin


Beberapa hari ni, pening kepala tengok TV. Khamis, semua saluran TV percuma kecuali TV2 mengadakan siaran langsung ke PWTC. Terpaksalah nengok kartun je, nak buat macam mana, kita yang golongan marhaen yang tak berapa nak sempat langgan TV berbayar ni, harapkan ajelah mana-mana saluran TV percuma.

Bukannya tak mahu ambil tahu pasal politik Negara, tapi banyak benda yang menyesakkan kepala. Jadinya…abaikan beberapa perkara yang bersifat emosional. Bila dah habis perhimpunan baju merah tu, aku gali youtube untuk menelaah analisis golongan pakar tentang hal ni. Karang kalau tak ambil tahu, aku jugak yang ketinggalan.

Akhirnya, terjumpa rakaman analisis yang dibuat Profesor Ulung Negara Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Aku lihat analisis ni memang tak sebelahi mana-mana pihak, jadinya aku kongsikan di sini buat rakan-rakan yang suka mendengar dengan hati dan minda terbuka ya.

Menurut Profesor Ulung Negara Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin;

Anak muda Malaysia terlebih makan (obesity), bukannya kebuluran. Mereka lebih pentingkan kehidupan berFB, blogging, online dll dan mereka tak akan pilih pembangkang.

Ada 3 kategori penyokong UMNO sekarang ni;




Komen Prof. Datuk tentang passport ke Sabah & Sarawak juga...orang Sabah & Sarawak mesti tak suka.

Pengundi Cina & analisis ucapan PM Najib Tun Razak tentang “buktikan janji kepada rakyat” & komen Prof datuk tentang Anwar Ibrahim serta kekuatan PAS;



UMNO & PAS…parti tradisional yang tak manfaatkan teknologi. Jangan tengok politik dari sudut moden kerana orang Malaysia sendiripun tak manfaatkan teknologi.

Strategi UMNO, mengapa Azalina selalu menang tanpa bertanding, analisis politik zaman Tun Mahathir & tarikh pilihanraya PRU13 pada Mac 2013;





Formula digunakan Azalina untuk menang & kemenangan PM Najib dalam PRU13 amat penting untuk dirinya sendiri;




Semua analisis di atas adalah pendapat seorang professor agung yang gajinya paling sikit RM23 ribu hingga RM31 ribu sebulan tak termasuk macam-macam elaun. Aku tak nak komen apa-apa ya termasuk tentang gajinya itu, aku hanya nak angankan gaji sebanyak tu je hu hu hu…

entri ni tak ada niat politik, hanya sedikit perkongsian dari sudut/pandangan orang ilmuan. Fikir-fikirkan dan hayati apa yang Prof datuk katakan. 

Jom...pergi MAHA di Serdang, nak beli ayam itik barang sekandang dua hu hu hu mana nak bela tah! ;)



 



Jumaat, 30 November 2012

Jualan Gudang Karangkraf, diskaun hingga 80%


Berita baik kepada hantu buku macam aku, tapi aku dah muflis bulan ni
kena puasa dah tak mampu nak pergi Shah Alam lagi

bermula hari ni hingga Ahad depan…[berapa tarikh lupa lah pulak]
berlangsung Jualan Gudang Karangkraf dengan diskaun sehingga 80%
diadakan di perkarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15
hampir 12,000 judul buku keluaran Kumpulan Media Karangkraf dijual
bermula dengan harga buku dan novel serendah RM3, RM5 dan RM10
ada juga pakej yang menarik kepada pembeli.
penganjur sediakan parkir kereta yang selesa & dekat, serta surau
Seramai 30 petugas membantu pengunjung dan 8 kaunter bayaran dibuka
sebanyak 100,000 buah buku dijual, djangka 100,000 akan mengunjungi jualan tersebut.
Jualan akan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

minat? Sila serbu!
Jeles betul aku!

Aku Diboikot Secara Beramai-Ramai


Sampai hati betul dia orang ni boikot aku
Sedih tau! Nak nangis!
Tak lalu makan sejak seminggu lepas
Errrr...takat 2-3 pinggan je makan pun
Kalau lalu makan, tak tau lah habis berapa kali tambah hu huhu

Lebih 3 tahun aku beli telefon tu
Sekarang ni dah tak ada sangat orang guna
Bagi kat Amir pun dia tak teringin nak
Dia lagi dok jeling note 2, dok berkenan S3
Aku dah tentulah lagi nak S3 tu...dak pun note 2

sila abaikan kulit durian kat belakang


Kamera tu aku beli 3 tahun lepas juga,
Tapi hujung tahun...kisah beli kamera samsung tu trajis juga
tapi aku sangat suka dengan merah garangnya yang comel tu
lagi suka dengan gambar-gambarnya yang cantik
boleh rakam video yang cantik dan jelas juga
banyak jasanya kat aku...merata tempat dah sampai
Aceh la, Paris la...German la, Amstardam la...Bangkok juga
kat dalam negara ni tak payah nak bilang
merata ceruk aku bawa hulu hilir
pendek kata sepanjang masa dok dalam beg

Sekarang ni dua-dua benda tu dah boikot aku
dah merajuk dengan aku, dah meragam buat perangai
sedih tau! Depa dua ni tak tau ka aku sayang sangat kat depa?

Ikut merenyam hati ni, aku nak rembat benda alah ni;



Baru dua hari diperkenalkan di Malaysia Samsung Galaxy Camera ni...
harga Samsung galaxy camera ni RM1899 hu hu hu kering darah dibuatnya!

Gamaknya cukup tak duit bonus nanti
nak ganti dua benda kesayangan beta tu?
Konfem tak cukup!
Hu hu hu nak main kutu pun, dah serik!
Alahai...ada sesiapa nak sponser tak? S3 je pun tak apa dah ;)

Khamis, 29 November 2012

Kesan Suspek Rogol dan Bunuh

ORANG DIKEHENDAKI: Pihak polis sedang mengesan individu-individu ini bagi membantu dalam siasatan kes samun dan rogol di bawah Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.



Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Rugi Jadi Rakyat Malaysia Tak Pernah Makan Musang


Walaupun orang kata kopi luwak tu sedap
Setahun pun mereka hanya keluarkan sebanyak 300kg sahaja
Dah tentulah harga kopi luwak mahal dek sedapnya rasa tuttttt musang tu
Errrr tapi aku tak pernah teringin nak makan.

Kakak tu kata
memang rugi jadi rakyat Malaysia tak pernah makan musang
jadi, inilah pengalaman pertama aku makan musang



Sangat sedap.
Memang Rugi Jadi Rakyat Malaysia kalau Tak Pernah Makan Musang
Tapi...aku lebih suka durian kampung,
Mungkin sebab aku anak kampung kot
Mmmmmm ok jugak suka durian yang murah ni
Bolehlah makan banyak-banyak. Hargapun murah!

pulut durian

Sila abaikan penampakan jari yang berbekas pada ulasnya itu...

Dua tiga hari ni, kepala tak berapa nak boleh berfikir
gara-gara musang sedang melingkar dalam otak
Aduhaiiiiiii!


Rabu, 28 November 2012

Blog Dr MAZHA Dihalang Akses


Brambus Ke Mana Tu?




Pengunjung & Pelanggan Salon Jadi Tebusan

Hebatnya! Gedebe benar!

Enam pengunjung dan pekerja sebuah salon di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai Kelantan dijadikan tebusan selama tiga jam oleh seorang penjenayah yang cuba menyamun premis itu jam 2.50 petang semalam. Bagaimanapun suspek berusia 20-an diberkas oleh sepasukan polis.

Mmmmm tu namanya pendekar taik minyak hu huhu

Kawasan ni dah dekat dengan rumah mak sedara, kakak kepada Mek. Kalau macam musim sekarang ni, nak dapatkan selori durianpun senang je. Dia bagi percuma! Memang berlambak-lambak.

Lagi satu, kat belakang rumahnya ada kebun salak. Salak ni sangat istimewa sebab warnanya kekuningan dengan bau yang wangi macam buah nangka. Benihnya diambil sendiri dek sepupu di Indonesia masa dia belajar kat sana dulu.

Mmmmmm tetiba teringat kat Mak Jah. Aidiladha lepas tak sempat jumpa dia...


Selasa, 27 November 2012

Konvo Sendiri Entah Bila...Kait Semangat Kat Konvo Orang


Musim konvo di UM dah lama lepas, di UKM juga pun
tapi di USIM, berlangsung pada hujung minggu lepas
hari ni hanya nak tayang-tayang gambar je
tak ada hati nak membebel panjang-panjang



pELANTIKAN pRO cANSELOR...Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

Adik-adik comel berbaris nak panjat pentas ;)

Anugerah Diraja


Ohhhhhh! Entah bilalah aku pulak boleh panjat pentas
Alahaiiii...hati sila tabah!



Isnin, 26 November 2012

Sham Kamikaze di UKM


Setiap bulan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM akan mengadakan Wacana Ilmu tentang pelbagai perkara. Kali ini, sempena tahun baru hijrah, Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan, sekali lagi membuat aktiviti mereka dengan menjemput seorang artis tanahair iaitu Sham kamikaze.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar BICARA HIJRAH artis hensem tersebut, maklumatnya adalah seperti berikut;

BICARA HIJRAH
30 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
10:00 PAGI
Tempat: BILIK SERBAGUNA
ARAS 2, PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

Anjuran: Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan

DIJEMPUT SEMUA

Kalau sempat, cheQ pi...kalau tak dan...cheQ wat tak tau je lah! 

 




Sabtu, 24 November 2012

IMBUHAN TAHUNAN PENJAWAT AWAM DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA BAJET 2013

Kepada semua penjawat awam, pekeliling tentang Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2012 dah pun dikeluarkan siang tadi.

Dalam ucapan Bajet 2013 lepas, Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua pada tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi MENGENANG BUDI dan MENGHARGAI SOKONGAN serta komitmen mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.

Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang berkhidmat pada tahun 2012 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2012. Bayaran minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500.00 iaitu RM500.00 untuk bulan Ogos 2012, RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013.

Untuk melihat siapa yang layak terima, siapa yang tak layak terima, syarat pembayaran dan cara pengiraannya, bolehlah ke Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Boleh download pekeliling berkenaan. Malas aku nak copy dan paste kat sini hu huhu



Khamis, 22 November 2012

Video Pengumuman Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha


Jom kita nengok ramai-ramai pengumuman perkahwinan Khairul Fahmi che Mat @ Apek dengan jelitawan & Nur Eilunie Natasha Nazri @ Leuniey dalam sidang media yang diadakan.





Setakat ni, tajaan dah ada dalam RM300 ribu dan bakal bertambah dari masa ke semasa.

Kita doakan semuanya berjalan lancar ya...




Hafiz Hamidun Dodoikan Terapi Zikir Pada Tahun Baru Hijrah Sempena Ulangtahun Kelahiran


Fuhhhhh! Genap dua baris tajuknya aje!

Sesekali sambut ulangtahun dengan dodoi jejaka hensem si Hafiz Hamidun dengan alunan merdu konsert zikir terapi diri, seronok juga kan?



antara tetamu jemputan;


Konsert Zikir Terapi Diri ini dibuat rakaman untuk satu stesyen TV. Tak best sangat sebab ada 10 kamera dok keliling dewan. 4 Kamera di hadapan dan kamera macam gambar di bawah ni sangat-sangat tak boleh elak dari menghadang pandangan;

Kidnap dari FB cik bintang...dia ada skodeng gedabak punya. Fokus sampai lubang idung Hafiz Hamidun.



Syamsul Yusof turut nyanyi satu lagu bersama sepupunya yang hensem. Bila kepala gengster pun boleh menangis menitiskan air mata sebak, mestilah istimewa rakaman tersebut. Mmmmm ada rakamannya, tapi malaslah nak tampal sini. Berat!



Acara kami diakhiri dengan nasi lemak Kampung Baru sambil nikmati kerlipan menara berkembar.

Pagi-pagi esoknya, TV3 tayangkan kejayaan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Nasib baik awal-awal pagi pada hari cuti umum. Harapnya tak ramai yang tengok. Harapnya masih ramai yang terbongkang sambung tidur dan bangun jam 10 pagi hu hu hu