Khamis, 13 Disember 2012

Menyimpan Kenangan Angka 121212 Nan Comel


Selama ni pun aku memang suka nombor walaupun asal tengok nombor je aku terus blurrr. Itu kalau nombor untuk dharab, bahagi, tolak campur.

Kalau di jalan, aku suka tengok nombor-nombor kenderaan yang Nampak unik dan comel, malah aku ada nombor kegemaran sendiri. Rahsia ya…kang tak pepasal ada pulak guna nombor tu untuk tikam ekor hu huhuhu.

Masa semua orang dok bidik nombor 121212 yang istimewa itu semalam (sebenarnya entri ni aku tulis semalam, hanya paparannya sahaja set untuk hari ni), aku perasan satu perkara kat blog aku. Nak tahu apa? Cuba tengok gambar bawah ni;


Yang ni aku tengok pada tengah malam menjelang tarikh 12hb 12 tahun 2012, (lebih kurang jam 12.12 AM gitu). Masa tu aku dah ralat sikit sebab macam tak berapa nak cantik angka jadinya.Jumlah entri 1212 memang dah cantik...tapi bila tengok tarik akhir pos pada 11 Dec, macam tak comey lah pulak!

Seorang kenalan sarankan untuk aku post entri baru pada tarikh 12 Disember untuk jadikan angka berkenaan semuanya jadi 12. Namun, rasa macam tak aci pulak kalau buat gitu, lagi pula bila tambah entri...angka kat depan tu pulak akan jadi 1213...tak comey jugak!

Siang kelmarin, bila tengok kat dashboard blog, tetiba semuanya jadi 1212 dan 12, 2012 hu huh u gimana boleh jadi macam tu? Cer tengok, tak percaya kan?


Kena upah penyoasat ni!
Siasat punya siasat, barulah tahu macam mana boleh jadi macam tu…cer tengok kat bawah ni apa dia;


Sebenarnya, aku selalu kemaskini blog secara schedule. Pos entri sekali atau dua kali je seminggu, tapi tulis untuk seminggu terus ikut bahan yang ada. Rupanya apa yang belum disiarkan kat blog pun sudah dikira dek blogspot, itu sebabnya angka untuk jumlah entri tak berubah tetapi tarikh tu tetap berubah.

Mmmmmm dah dapat satu rahsia blogspot ni hu huhu

Makanya, dengan rasmi aku dah dapat nombor yang cantik itu tanpa aku plan pun. Tanpa perlu susah payah ubahsuai untuk dapat nombor tu. Kira okeylah kan tetiba TERdapat nombor macam tu. Tak menyusahkan orang dan tak paksa sesiapa.

Psttttt: Dengar cerita ramai orang sengaja MEMberanakkan diri pada tarikh cantik ni. 




7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kerana ramai yang nak memberanakkan diri semalamlah yang membuatkan suami kakcik terpaksa menahan sakit sebab bilik bedah penuh! ;-)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Yunus Badawi berkata...

Assalamualaikum anyss.

Nasib baik awak tak ikut saranan saya yang mereng tu .... huhuhu

anyss berkata...

YB: Wsalam. mana ada mereng, benda tu kecik je. Sebenarnya idea2 yg orang lain anggap "tak penting" kalau pandai manfaatkan, mampu bagi impak yang besar. contohnya Airasia, awal2 depa offer servis, ramai yg kata datuk tony tu gila kan? Cuba tengok sekarang hu hu hu ....

JunAina berkata...

Kelakar orang zaman sekarang sanggup sakit untuk memberanak pada tarikh yg depa nak.

kakngah berkata...

ramai gak menikah smlm.
tok kadi busy.
agak2 ramai tak yg menjawikan anak2 smlm???

Unknown berkata...

wow!!
kebetulan yang best..heheeh

citarasa rinduan berkata...

saya pun suka bila awak suka.

tang beranak tu..
blogger masak2 izah daud dan sorang lagi daku lupa nama. keduanya selamat bsalin tarikh y cantik. dan bt bertambah best sepasang. izah dpt bb boy. sorang lagi pompuan. auwww