Tengah semangat buat kerja sambil dengar Radio THR Gegar online, tetiba berita radio siarkan tentang Datuk K Cedera kerana Kemalangan jalan raya Di New Zealand. Terhenti buat kerja sekejab, terus cari di akhbar online. Hanya Utusan yang dah tulis pasal cerita kemalangan jalanraya Datuk K tu... aku petiklah berita tu seperti di bawah lebih kurang;
Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Datuk K menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.
Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin Indonesia malam ini terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.
Apapun, aku nak ucap tahniah kepada golongan pesara yang akan dapat durian runtuh 17 Disember nanti. Ini merupakan bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan.
Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.
Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini. Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478.
2 ulasan:
moga semuanya selamat...
bw motor risiko mmg besar sedikit.
sure siti tgh risau.
Ayu: mau tak risau, suami terchenta. Berdesuppp Tok Ti ke NZ, tinggal konsert tu...harap2nya tak timbul isulah dia batalkan konsert
Catat Ulasan