Khamis, 8 Mac 2012

Gambar-gambar Banjir Sekitar Kuala Lumpur

Hujan lebat sepanjang petang semalam
agak lama hingga tengah malam
di Bangi pun hujan...lebat juga tapi aku bahagia
cuba untuk tarik selimut, tapi...sengsara
mata tak mahu lelap
akhirnya bangkit semula jam 11 malam
buka komputer dan buat kerja
sadis tak hidup macam ni?

Berita jam 11 malam khabarkan Kuala Lumpur banjir
terus aku google cari video kejadian banjir di Kuala Lumpur
sekurang-kurangnya gambar KL banjir
tengah malam baru jumpa
itupun hanya gambarnya sahaja di beberapa lokasi

kepada rakan-rakan yang nak tengok gambar-gambar banjir
yang berlaku sekitar Kuala Lumpur semalam, 7 Mac 2012
boleh tengok di beberapa blog rakan-rakan ni

manakala berita tentang kejadian banjir ni boleh baca di Metro

ketika ini, operasi memindahkan seramai 200 orang penduduk Kampung Baru 
masih lagi dijalankan...dah jam satu pagi ni
kepada mangsa-mangsa banjir kilat ni...harapnya mereka banyak-banyak bersabar

Rabu, 7 Mac 2012

Jom Tengok Bunohan!


Hari ni Rabu, patutnya tanpa kata
Tapi…nak berkata-kata jugak
Tunggu minggu depan untuk gambar yang berkata-kata

Wahhhh berlambak lah pulak keluar filem-filem baru
berlumba-lumba masuk panggung
boleh pilih genre mana yang nak tengok
nak kekal remaja tengoklah Filem Cinta kura-kura
nak jadi lebih muda, boleh tengok kartun Seefood
kalau nak lebih pahlawan dan pendekar
terjah je Filem Bunohan ni…ore kelate kan gedebe!

Hu hu hu banyak peristiwa juga berlaku 8 Mac 2012 ni ya
Tayangan filem Seefood pun tarikh ni juga
Haaaaa sesiapa yang tertunggu-tunggu bunohan tu
Juga ditayangkan pada 8 Mac ini…
semua benda nak buat pada tarikh cantik ni ya…

Bunohan tu satu tempat di Tumpat Kelantan
memang dekat pun dengan Siam (Thai) sana
bila tengok google maps, tetiba hari ni baru aku tahu
ada pulak satu kampung namanya “kampung Kaki itek”
hu hu hu cer google tak percaya…dekat dengan Bunohan
tak pernah tahupun sebelum ni


The making Of @ Disebalik Tabir Filem Bunohan

Filem Bunohan ambil masa 4 tahun untuk dihasilkan,
filem ini guna latar belakang kampung Bunohan
mengisahkan tentang tiga adik beradik lelaki
terlibat dalam kancah penipuan, pengkhianatan dan pembunuhan.
Campur dengan elemen mitos…ni kan kesukaan orang kita la la la
dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim,
Namron, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Shoffi Jikan,
Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.

Tulisan pasal filem ni dah banyak, maklumlah
Errrr…bukan orang kita gitu ek?
bila orang luar puji bagus, maka kita pun kata bagus
macam Filem Kaki Bakar dan Jogho…dulu tak boleh tayang
dah menang merata dunia, baru boleh tayang
sama juga macam novel pun
novel Salina kena kecam hebat dan dapat hadiah ke tiga je
bila barat kata novel tu bagus
terus dipuji melambung-lambung hingga tenggelam
pemenang pertama dalam peraduan menulis novel tersebut
Opsss! Sowiii…terkutuk lak!

Filem genre drama aksi ini diterbitkan Apparat Sdn Bhd,
dengan kerjasama Tim Kwok Hiburan Convergence Entertainment
berjaya menembusi festival antarabangsa seperti
mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011,
Festival Filem Taipei Golden Horse 2011,
Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011,
Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 (Bali),
Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan
Fantastic Fest 2011 di Amerika Syarikat.
dipasarkan hampir 30 negara termasuk United Kingdom (UK),
Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Kalau nak ulasan yang lebih mencabar minda,
Boleh baca di blog Fadz dalam entri berikut:
Aku belum mampu ulas apa-apa lagi
sebab baru rancang nak tengok
kalau bagus dan ada banyak masa aku akan ulas
kalau tak bagus: aku diam je
tak elok besarkan kelemahan orang
kalau ada komen yang boleh tingkatkan mutu
nanti hantar komen terus kepada penerbit untuk dibaiki masa depan
itu lagi afdal, ye tak?

PssssT: tak kesahlah semua orang dok teruja nak tengok
gambar Lisa Surihani dan Yusry tengah bulan madu @ honeymoon di Swizz,
atau kecoh dengan gambar Fasha Sandha dan jejai
berdua ambil kursus perkahwinan...macam dah sahih tu Fasha-Jejai akan nikah,
bukan gosip aje...tuan punya badanpun dah mengaku
errr ramai jugak artis tamatkan zaman bujang tahun ni kan?
sikit masa lagi Misha Omar, Elly Mazleen pulak...
aku tetap gak nak tengok Bunihan dan Seefood hu hu hu JOM!!!

PsssT 2: Hari ni Keputusan STPM 2011 diumumkan
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya
yang kurang cemerlang, boleh ambil semula tahun ni
baiki lagi hingga puas hati...
semak keputusan STPM melalui SMS
taip STPM result [no kad pengenalan] hantar ke 15888
semak keputusan STPM online di
http://www.mpm.edu.my

Selasa, 6 Mac 2012

Perhimpunan Penjawat Awam Bersama PM 8 Mac Nanti?


Betul ke Perhimpunan Penjawat Awam bersama PM
akan diadakah pada 8 mac nanti?
kenapa aku tak tahu yah u huh u soalan tak boleh blah kan?
maksud aku, biasanya hal-hal berkaitan penjawat awam
agak cepat juga aku dapat tahu
sebab ada sumber dalaman yang agak efektif juga
namun hal perhimpunan penjawat awam bersama pm khamis nanti
aku tahu bila tersepak blog ceupacs.blogspot
dan dapat maklumat berikut;

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Agaknya, apa pengumuman penting tu?
Pasal SBPA ek? Mmmm nak kena pergi tu
Manalah tahu kan, sebab pergi sana aku boleh dapat kenaikan gaji juta-juta lemon
Logik tak? Memanglah tak logik pun…

Dengar katanya, PM akan umumkan sesuatu berkaitan SBPA
Doanya biarlah yang hebat-hebat belaka
Yang bagus-bagus belaka
Yang indah-indah belaka
Aku sebenarnya dah penat nak bermimpi la la la la


Isnin, 5 Mac 2012

Mengapa Ramai Lelaki Gagal Akad Nikah Dengan Sekali Lafaz?


Entri Hari Jumaat, sempena bulan baru juga...untuk difikirkan bersama:

Tahu tak mengapa tak ramai lelaki mampu lafaz akad nikah sekali sahaja?
nampak macam senang…aku terima nikahnya si polan dengan si polan
selalu je tunjuk dalam drama TV
penyangak tahap gaban pun mampu lafaz dengan mudah
realitinya, agak ramai juga jejaka Malaya gagal lafazkan akad nikah mereka sekali harung
ada yang berulang-ulang, berkali-kali, lagi parah
ada pengantin terpaksa dimandikan berbaldi-baldi baru sah lafaz nikahnya

tahu tak mengapa hal ni berlaku?

Lelaki yang gagal lafazkan akad ini dengan sekali harung sahaja ini
adalah lelaki yang bijaksana dan tinggi ilmu pengetahuan tentang kekeluargaan
betul ni aku sedang memuji, ingat senang ke untuk aku puji orang
orang terpilih je menerima pujian aku
hu hu hu hu hu 

ramai menganggap perkahwinan itu hal yang biasa
mana-mana pun orang kahwin
boleh dikatakan setiap hari orang berkahwin
lagi ramai kalau musim cuti
sekarang ni hujung minggu pun ramai yang buat kenduri
Lisa Surihani dan Yusry ataupun Ana Raffali pun kahwin
bukan pada musim cuti sekolah…hujung minggu je

bila lelaki melafazkan Aku Terima Nikahnya, bermakna
dia telah bersedia untuk pikul tanggungjawab
tanggungjawab sebagai ketua keluarga
tanggungjawab terhadap isteri
tanggungjawab terhadap anak-anak
tanggungjawab juga terhadap ibu bapanya,
malah…yang buatkan lafaz akad lelaki tersemput-semput tersedak bagai
mereka juga kena terima semua bebanan dosa
yang bakal dilakukan isteri atau isteri-isterinya,
dosa-dosa anak-anak sehingga baligh atau hingga mereka berkahwin (perempuan)
jangan lupa, mereka juga masih kena tanggung dosa mereka sendiri.

Aku tidak hairan sangat kalau lelaki terpaksa lafazkan akad nikah berkali-kali
hati mereka dilanda kegerunan dek besarnya amanah yang perlu dipikul
dek banyaknya tanggungjawab yang perlu dilunaskan
dek beratnya bahu menanggung semua dosa orang dibawah tanggungannya

Bila lelaki tak mampu lafaz akad nikah sekali sahaja
maka kita patutnya berbangga dengan ketawadukan hati mereka

Errrr…ramai orang suka bertanya
berapa banyak hantaran yang pihak perempuan dapat masa kahwin
tak ramai yang peduli sejauhmana nanti pengantin perempuan
peduli akan dosa-dosanya perlu ditanggung oleh pengantin lelaki.
Nak tahu apa kata Ustaz Azhar Idrus?
Sila klik untuk besarkan gambar dan tulisan ya...





Seronok kan, ada orang tolong pikul dosa kita?
ada sesiapa sudi nak pikul dosa-dosa aku tak?
tetiba aku rasa kasihan kat ayah di kampong sana
dah la warga emas, kena pulak tanggung semua perkara yang aku buat
opsssss! Nak insaf sekejab… 
cer telaah video ni:



Ok...moga dapat manfaat!



Ahad, 4 Mac 2012

Mop Lantai Dengan Kura-kura Hensem?


Sambil mop lantai yang dah melekit semalam
buka TV9 kuat-kuat dan dengar promo pasal filem Cinta Kura-Kura
aku memang suka tengok di Sebalik Tabir pembikinan sesebuah filem
tak tengok filem keseluruhannya pun tak apa
dapat tengok pembikinan sesebuah filem lagi buat teruja
sebab semua tu tak ada dalam filem

dari sebalik tabir ini juga boleh buat aku teruja
nak tengok filem sebenar sebab nak tengok juga hasil
setelah macam-macam cara mereka buat
kalau filem luar terutama bila Jacky Chan berlakon
aku memang tak akan lepaskan peluang
sebabnya aksi pelakon selama beberapa hari itu
bila ditonton tak sampai seminitpun

Cinta Kura-Kura
   


Filem Cinta Kura-Kura diterbitkan KRU Studios Sdn. Bhd.
tak kan tak tahu siapa yang empunya tak lain tak bukan
adik beradik Norman, si pengantin baru Yusry dan Edry Abdul Halim
pelakonnya terdiri daripada Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Raja Lawak,
Shy8 (Ucop Wilcha), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz dan lain-lain
manakala pengarah dan penulisnya Nizam Zakaria
filem cereka ini dikategorikan dalam genre komedi romantik
filem ni dah ditayangkan pada 01 Mac 2012 lepas
setakat ni aku belum sempat nak tengok komen
orang yang dah pergi tengok kehebatan kura-kura ni di pawagam


 Pencinta Terbaik OST Cinta Kura-kura


Sinopsis filem Cinta Kura-Kura:

Nani (Tiz Zakyah) baru berpindah ke rumah abangnya, Amin
bersama binatang peliharaannya seekor kura-kura bernama Nico.
Adam yang menjadi jirannya telah jatuh hati pandang pertama
tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha
mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Nico adalah spesies kura-kura terancam yang mempunyai kelebihan luar biasa
iaitu boleh bercakap (sekiranya mahu)
pada masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya, Fadzly
Fadzly ni seorang pengurus kedai haiwan, tetapi
dia sebenarnya mempunyai motif jahat iaitu nak culik Nico
yang akan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini
menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico,
disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
dalam filem ini juga Tiz Zaqyah Nampak menjiwai watak Nani
seorang anak gadis berusia 21 tahun yang ceria
comel je dia…yang aku perasan adalah,
filem ini mempunyai pengarah konsep dan pakaian
bukannya pakai tangkap muat aje
maklumlah, bukan mudah nak tampilkan konsep remaja
bukan mudah nak tonjolkan suasana ceria
tak percaya? Jom kita tengok pakaian Tiz yang warna warni tu…

Errr...sebenarnya taklah teruja sangat nak masuk panggung
berbanding filem Merong mahawangsa dan Magika sebelum ni
mungkin...sebab aku dah tak remaja lagi kot
Opsssss! bukan umoQ aku masih 17tahun ke?