Rabu, 11 Januari 2012

Permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua

Kepada anda yang berkerja dan berminat untuk sambung belajar semula
bolehlah minta Saluran kedua
permohonan untuk Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
telah dibuka sekarang hingga tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012.

Apa maknanya Saluran kedua?
ramai yang tak tahu sebenarnya pihak universiti menyediakan peluang
kepada golongan yang dah berkerja untuk sambung belajar
secara sepenuh masa di universiti
biasanya guru-guru maktab perguruan ramai mintak program ni
padahal boleh aje pekerja sector lain minta sebab penilaian kemasukan
tidak berdasarkan keputusan akademik masa SPM atau STPM semata-mata
tetapi juga berdasarkan pengalaman kerja.

Peluang dah ada, tak salah nak cuba
anda akan belajar seperti pelajar yang lain secara sepenuh masa di UKM
boleh minta PTPTN seperti pelajar lain juga
akhirnya nanti, anda akan dapat ijazah yang diiktiraf
kalau PJJ iktiraf juga, tapi separuh masa:
kelas hanya hujung minggu sahaja

Apa kelebihan belajar guna saluran kedua?
anda akan cuti tanpa gaji dari kerja selama tiga tahun
habis belajar akan sambung semula kerja di tempat lama
kemudian minta kenaikan pangkat kalau ada
atau cari kerja kat tempat lain tanpa risiko kehilangan kerja
tapi, kalau anda dah cemerlang dengan CGPA yang bagus
baiklah cari kerja lain yang sesuai kan?

Apa tunggu lagi? Cuba semak SYARAT KEMASUKAN DAN KELAYAKAN

1.      Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau yang setaraf dengannya dengan mendapat Kepujian
mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia termasuk Bahasa Malaysia Julai
atau yang setaraf dengannya;
2.      Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
dalam bidang-bidang berkaitan;
3.      Lulus ujian kelayakan atau ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Universiti;
4.      Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).


Antara program-program yang ditawarkan
kepada calon-calon kategori ini adalah seperti di bawah.
1.         FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
            2.         FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
            3.         FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
            4.         FAKULTI SAINS KESIHATAN
            5.         FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
            6.         FAKULTI PENDIDIKAN
            7.         FAKULTI UNDANG-UNDANG

Selain syarat-syarat asas di atas,
calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus bagi
kemasukan ke fakulti/program pengajian berkenaan.
sila semak di laman web fakulti.
Maklumat lanjut tentang permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
boleh disemak di laman web berkenaan
sila klik link diberikan.

Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian(online).
Tarikh tutup permohonan: selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.

Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan atas talian(online) SEKALI SAHAJA.
Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atas talian (online), sila hubungi:
Tel: 03-8921 5336/5041/4126
Faks: 03-8925 0662
mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my

Selasa, 10 Januari 2012

Kari Otak Lembu

Alhamdulillah, balik kampung hari tu
sempat makan benda  ni...




kari otak lembu masakan Mek
terbaeekkkkk dalam dunia untuk lidah aku hu hu hu
sedapnya masih terasa-rasa di hujung lidah...
kalaulah boleh makan lagi
hari ni...
Mek...Mek..

huwaaaaaaaaaaaaaa! sob! sob! sob!
makin pandang gambar ni
makin ler terkonang-konang
aduhaiiii!

Isnin, 9 Januari 2012

Anwar Ibrahim Dilepas dan Dibebaskan Pertuduhan Liwat

Mengikut Utusan Online Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 8:50 pagi
bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anak beliau
aku memang kagum sangat-sangat dengan keluarga ini
sentiasa menyokong Anwar Ibrahim biar apapun berlaku
keluarga kita, akan begitukah? Usah jawab dulu sebelum terbukti!
Turut hadir di mahkamah bagi mengikuti prosiding keputusan perbicaraan liwat
bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
Memutuskan bahawa berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan
bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu
alasan: tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful,
dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan Saiful
untuk  mensabitkan Anwar.
dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh
hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan sahaja.
mahkamah tidak dapat memastikan 100% integriti sampel DNA tidak terusik
Keputusan dikatakan diputuskan kurang daripada dua minit.


Anwar Ibrahim, 64 tahun, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan
meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara
antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan mendapat tumpuan meluas bermula 3 Februari 2010
pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan 4 saksi menyangkal,
manakala 8 saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar  Ibrahim sendiri
yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.
Ini merupakan tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar.
Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.
 Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi
 Selepas rayuan, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan
mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden,
yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada
akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar
kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.
Jadi sudah sewajarnya Anwar Ibrahim tidak rasa lega dahulu
Lebih berdebar-debar adalah ya…

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; perjuangan seterusnya
ialah membebaskan rakyat daripada penindasan 
Beliau turut berterima kasih kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dan ahli keluarga yang memberikan sokongan padu
dah pasti juga kepada penyokong setianya, termasuk
barisan tertinggi kepimpinan parti pembangkang terutama Presiden PAS;
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, barisan peguamnya; diketuai Karpal Singh,
Malam ini, Anwar bersama penyokong dijadual ke Permatang Pauh
bagi meraikan kejayaan kes berkenaan.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 dalam akaun Twitter redha
dengan keputusan tidak bersalah Anwar Ibrahim dibuat mahkamah Tinggi KL
Dia berkata "Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI.
Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"
Beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu. 


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap:
tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.
Bukan Guan Eng je harap macam tu
Akupun: penatlah dengan semua ni
Keluarga dan orang yang terlibat lagi penat kan?

Kepada penyokong Anwar Ibrahim, kepada penyokong Saiful Bukhari
kepada penyokong aku hu hu hu
[macam mana aku boleh termasuk dalam ini cherita?]
harapnya dah boleh terima keputusan ni
[walaupun aku tahu mesti ada pihak yang tak puas hati juga]
Jom lah kita kerja kuat sikit tahun ni
makmurkan Negara, majukan Negara untuk anak cucu nanti
aku yang belum ada bapak anak ni pun fikir jugak sampai cucu
ham pa yang dah beranak cucu tu lagilah kena fikir
Ya dak?

Kagum juga aku dengan orang Malaysia ni
mereka memang kreatif tak kira apa situasi
kalau musim perayaan, memang dah biasa buat mercun
sekarang ni dah pandai reka bom pula
letupan berlaku dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit
di perkarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi
berlaku jam 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bom buatan sendiri itu menggunakan bebola besi diletakkan di dalam kon,
berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke kawasan kompleks mahkamah.
Letupan itu menyebabkan sebuah kereta polis Perodua Kembara rosak
dan dua lelaki cedera ringan pada bahagian muka.
Kalau ikut Berita Online, Kejadian pertama jam 10.10 pagi:
mengakibatkan seorang peguam cedera di bahagian muka,
kira-kira 50 meter dari laluam masuk utama mahkamah.
Pada jam 10.45 pagi, letupan kedua kedengaran berhampiran Pusat Penjaja Jalan Duta
mengakibatkan seorang individu lelaki cedera di bahagian tangan.
Tak tahu mana satu yang tepat, (polis masih belum membuat kenyataan rasmi
berhubung insiden ini, kita nonton Buletin Utama malam nanti ya)
namun, letupan 3 kali, mangsa juga 2 orang.
Ekoran kejadian itu, Polis menemui parang dan pisau pemotong daging
dalam sebuah kereta Nissan Sunny diletakkan berhampiran lokasi letupan pertama
(berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta)
nak tahu dan tengok banyak gambar pasal perhimpunan "Bebaskan Anwar 901"
boleh tengok di Blog Sdr Mazidul yang berada di tempat kejadian


Wahhhhh kalau macam ni gayanya
aku sangat yakin satu hari nanti negara kita
mampu menjadi pengeksport bom ke Somalia

Berarak Kempen Bebaskan Anwar? Gigihkah Aku?


Sepanjang masa berada di kampong halaman hingga minggu lepas
aku bagaikan berada di alam lain
aktiviti penuh walaupun sepanjang hari hujan mencurahkan dinginnya
tengok TV memang tak sempat, baca akhbar dan online apalagi
komputer pun tak sempat nak buka sebenarnya
sejuk dingin nyaman hujan malam pula
menuntut masuk gebar lebih awal dari biasa

jadinya, bila dengar berita dalam perjalanan datang Bangi
tentang kempen Bebaskan Anwar 901
kami agak terpinga-pinga dan tertanya-tanya
“Anwar dah kena tangkap ke?”
“Anwar dah masuk dalam semula ke?”

Selepas mesyuarat bulanan pertama kami yang panjang itu
aku bagaikan terduduk tak mampu nak tarik nafas
dek beban kerja yang makin berganda untuk tahun ini
(terima ajelah dengan tekal, nasib baik gaji ada naik sedikit)
isu “bebaskan Anwar 901” tenggelam seketika
hanya terdengar-dengar di hujung telinga sahaja
bila sesekali keluar kat berita radio yang tak sempat manapun nak dengar

aku pernah tulis tentang Kekagumanku Terhadap Anwar Ibrahim
hingga ada yang salah faham
maklumlah, nama Anwar Ibrahim tu nama yang panas,
nama yang hot meletup-letup
tak habis baca entri aku yang itu pun,
dah bantai komen kutuk aku segala macam aku ni penyokong Parti Komunis Malaya
tak kesah nak kutukpun, asal faham apa yang aku tulis
[sebenarnya dia tak bacapun apa yang aku maksudkan
main taram je belasah komen hu hu hu]

Selidik punya selidik, benak aku jadi lagi pelik
Anwar Ibrahim belumpun diputuskan bersalah tidaknya
kenapa nak buat perhimpunan bebaskan dia?
keputusanpun belum dibuat, macam mana tahu dia akan masuk dalam?
macam mana nak bebaskan dia kalau dia sebenarnya masih bebas?
ke otak aku ni dah beku sampaikan benda macam ni pun tak faham
maklumlah, banyak makan ikan keli goreng
di restoren nasi ulam cikgu berhampiran Kraftangan Kelantan nun
cer criter bagi aku faham sikit!

Hari ini hari kerja, hari Isnin
aku memang sangat kagum dengan orang ramai
yang sanggup ambil cuti atau tak pergi kerja
semata-mata nak berhimpun buat kempen Bebaskan Anwar 902
di hadapan Bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta
100 ribu tuuuuuuu…muat ke?
polis benarkan 5 ribu orang je berhimpun hadapan bangunan mahkamah tu
tabik spring betul aku dengan mereka yang gigih ini

Kenapa aku kata gigih?
mereka sangat gigih ambil cuti semata-mata nak ikut kempen bebaskan Anwar 901
bukan calang-calang orang sanggup buat
aku? dah pasti tak akan sanggup!
mereka juga gigih keluar rumah pepagi buta nak berhimpun
aku? dah pasti tak akan sanggup!
kalau tak pergi pejabat, aku lebih sanggup tarik selimut semula
mereka juga gigih  harung jalan sesak
dah pasti ramai pasukan keselamatan akan berhimpun juga di situ
aku? dah pasti tak akan sanggup!
pergi pasar malam pun aku malas hanya sebab ramai orang
rela pula aku berlapar…ini pula nak berarak

Mereka gigih juga parking jauh dan jalan beramai-ramai
aku? dah pasti tak akan sanggup!
dah penat aku berjalan sepanjang usia hidup ni
dari dulu lagi dok panjat bas, merempit kapcai buruk…
sampai bila nak kena berpeluh berjalan entah berapa KM
sedangkan orang yang aku nak perjuangkan tu, komuterpun tak naik
mana aci aku je bersusah payah untuk dia
dia?

Penyokong kempen ini juga sangat gigih
gigih dan tahan pula tengok rakyat marhaen macam aku ni
susah sengsara payah segala nak uruskan hidup
sepanjang hari isnin ni…cuba juga elak untuk masuk kl
nak elak semua benda yang susah lagi menyusahkan itu
 gigih betul mereka menahan panas dan dahaga
lagi gigih untuk tahan semburan air FRU
atau gas pemedih mata…
Aku? Dah pasti tak akan sanggup!
Aku memang tak gigih

Biarlah aku gigih tang lain!
Tahniahlah kepada anda yang gigih ikut perhimpunan
kempen bebaskan Anwar Ibrahim

Ahad, 8 Januari 2012

Isu Terjemahan Bahasa Inggeris Lawan Web Kementerian Pertahanan Malaysia


Kalau sesiapa ada baca akhbar berbahasa Inggeris hari ni (semalam)
Pasti akan perasan isu Terjemahan Bahasa Inggeris Laman Web Kementerian Pertahanan Malaysia
aku yang tak berapa reti bahasa penjajah ni pun boleh gelak sakan
[Errr…kita pernah dijajah ke?]
apalagi orang-orang hebat yang tak makan sambal belacan
atau budu dek nak jaga lidah untuk sentiasa pelat orang putih
bila bercakap bahasa Inggeris

Masa tu boss ada, jadi nak gelak sakan pun kenalah kontrol sikit
bukan sahaja tak sopan [ini bukan sebab mengampu]
malah karang dicopnya “anak dara apa tah ni”
tak pasal-pasal boleh jatuh kerusi pulak dia…
Errrr…bukan anak dara aje kan kena sopan? Mak dara pun kena sopan tau!

Balik dari “kenduri sempena pembukaan pantry baru” tak sabar aku terkam PC
laman Web Kementerian Pertahanan Malaysia aku terjun tak tunggu dah
ye lahhh kenalah cari bukti dulu walaupun dalam akhbar tersebut
dah letak print skrin website tersebut
nak tengok  apa yang aku jumpa?
.
.
.
.
.
.




Aku bukan nak komplen pasal terjemahan berbahasa Inggeris di web tersebut
akhbar berkenaan dah tulis pun dengan panjang lebar
yang aku nak nyatakan kat sini adalah;
tindak balas orang bertanggungjawab di Kementerian Pertahanan Malaysia
ambil tindakan serta merta
tak tahulah sebab memang begitu cara mereka berkerja
[maklumlah, mereka ni kan kena cekap, tepat dan betul]
ataupun sebab tak mahu jadi isu besar
kalaulah semua jabatan kerajaan boleh bertindak balas
dengan lebih cepat macam ni juga
kan ke bagus…perkhidmatan akan lebih berkesan
nasib baiklah kat tempat aku kerja ni
semua orang memang sentiasa berusaha untuk cemerlangkan perkhidmatan
tak nampak mereka ambil mudah
ni pujian ikhlas, aku memang jarang memuji kan?