Sepanjang masa berada di kampong halaman hingga minggu lepas
aku bagaikan berada di alam lain
aktiviti penuh walaupun sepanjang hari hujan mencurahkan dinginnya
tengok TV memang tak sempat, baca akhbar dan online apalagi
komputer pun tak sempat nak buka sebenarnya
sejuk dingin nyaman hujan malam pula
menuntut masuk gebar lebih awal dari biasa
jadinya, bila dengar berita dalam perjalanan datang Bangi
tentang kempen Bebaskan Anwar 901
kami agak terpinga-pinga dan tertanya-tanya
“Anwar dah kena tangkap ke?”
“Anwar dah masuk dalam semula ke?”
Selepas mesyuarat bulanan pertama kami yang panjang itu
aku bagaikan terduduk tak mampu nak tarik nafas
dek beban kerja yang makin berganda untuk tahun ini
(terima ajelah dengan tekal, nasib baik gaji ada naik sedikit)
isu “bebaskan Anwar 901” tenggelam seketika
hanya terdengar-dengar di hujung telinga sahaja
bila sesekali keluar kat berita radio yang tak sempat manapun nak
dengar
aku pernah tulis tentang Kekagumanku Terhadap Anwar Ibrahim
hingga ada yang salah faham
maklumlah, nama Anwar Ibrahim tu nama yang panas,
nama yang hot meletup-letup
tak habis baca entri aku yang itu pun,
dah bantai komen kutuk aku segala macam aku ni penyokong Parti Komunis
Malaya
tak kesah nak kutukpun, asal faham apa yang aku tulis
[sebenarnya dia tak bacapun apa yang aku maksudkan
main taram je belasah komen hu hu hu]
Selidik punya selidik, benak aku jadi lagi pelik
Anwar Ibrahim belumpun diputuskan bersalah tidaknya
kenapa nak buat perhimpunan bebaskan dia?
keputusanpun belum dibuat, macam mana tahu dia akan masuk dalam?
macam mana nak bebaskan dia kalau dia sebenarnya masih bebas?
ke otak aku ni dah beku sampaikan benda macam ni pun tak faham
maklumlah, banyak makan ikan keli goreng
di restoren nasi ulam cikgu berhampiran Kraftangan Kelantan nun
cer criter bagi aku faham sikit!
Hari ini hari kerja, hari Isnin
aku memang sangat kagum dengan orang ramai
yang sanggup ambil cuti atau tak pergi kerja
semata-mata nak berhimpun buat kempen Bebaskan Anwar 902
di hadapan Bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta
100 ribu tuuuuuuu…muat ke?
polis benarkan 5 ribu orang je berhimpun hadapan bangunan mahkamah tu
tabik spring betul aku dengan mereka yang gigih ini
Kenapa aku kata gigih?
mereka sangat gigih ambil cuti semata-mata nak ikut kempen bebaskan
Anwar 901
bukan calang-calang orang sanggup buat
aku? dah pasti tak akan sanggup!
mereka juga gigih keluar rumah pepagi buta nak berhimpun
aku? dah pasti tak akan sanggup!
kalau tak pergi pejabat, aku lebih sanggup tarik selimut semula
mereka juga gigih harung jalan
sesak
dah pasti ramai pasukan keselamatan akan berhimpun juga di situ
aku? dah pasti tak akan sanggup!
pergi pasar malam pun aku malas hanya sebab ramai orang
rela pula aku berlapar…ini pula nak berarak
Mereka gigih juga parking jauh dan jalan beramai-ramai
aku? dah pasti tak akan sanggup!
dah penat aku berjalan sepanjang usia hidup ni
dari dulu lagi dok panjat bas, merempit kapcai buruk…
sampai bila nak kena berpeluh berjalan entah berapa KM
sedangkan orang yang aku nak perjuangkan tu, komuterpun tak naik
mana aci aku je bersusah payah untuk dia
dia?
Penyokong kempen ini juga sangat gigih
gigih dan tahan pula tengok rakyat marhaen macam aku ni
susah sengsara payah segala nak uruskan hidup
sepanjang hari isnin ni…cuba juga elak untuk masuk kl
nak elak semua benda yang susah lagi menyusahkan itu
gigih betul mereka menahan panas
dan dahaga
lagi gigih untuk tahan semburan air FRU
atau gas pemedih mata…
Aku? Dah pasti tak akan sanggup!
Aku memang tak gigih
Biarlah aku gigih tang lain!
Tahniahlah kepada anda yang gigih ikut perhimpunan
kempen bebaskan Anwar Ibrahim