1ni bukan entri politik
juga bukan tentang tayangan video seks
yang semakin bebas ditonton
termasuk siaran berita di TV
biarpun tak lulus tayangan perdana di parlimen
atau juga bukan
kisah sensasi menara SPRM
Aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia dihumban dari takhta politiknya
dikeji kutuk serata alam
sebagai manusia serakah lapar kuasa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia ditelanjangkan penuh aib
diumpat cemuh seisi umat watannya
sebagai manusia songsang nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia diruntuhkan moral
dimaki hina setiap ganerasi
sebagai manusia berpaksikan nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia punya kuasa dan nama
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia tanpa apa-apa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia berdepan dengan segala cela
terlucut smua aib dan jatuh air muka
dia masih lagi ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
kalaulah itu berlaku kepada kita
masihkah seberuntung dia
punya anak-anak dan keluarga tercinta
yang sentiasa kuat mendokong
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
pernah tak fikirkan?
sebab itulah
aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
~~Anyss~~
Nilai
6 ulasan:
Insan biasa..dosa dan pahala,bercampur..
walau apa pun org nak kata pasal dia..dia tetap hebat...kalau org lain belum tentu dapat bertahan...sudah tentu dah lama menyerah kalah...
superb !
Zz: kita memang insan BIASA...tak dapat lari dari salah silap, jadi tak perlulah menghukum orang lain ;)
xazryx: selamat datang dan terima kasih
Agaknya orang yang bernama Anwar or Anuar ni memang hebat...
I macam biasa, terkedu juga melihat ANUAR ZAIN dalam apa keadaan sekalipun dia.
hehehehe
Yusri: Belum tentu kita mampu kuat macam dia dengan macam2 hal yang jadi...
Azieazah: hu hu hu abang saya juga nama anwar...sila jangan terlebih kagum dengan anwar ini, sian kakak ipaQ lak hu hu hu
Catat Ulasan