Agak banyak juga entri aku tulis tentang guru @ cikgu ni. Pasal pesan cikgu, kisah murid dulu dan murid sekarang, guru sekolah menengah aku dulu, susah nak jadi cikgu hinggalah surat pengakuan seorang murid kepada gurunya.
Ini pengalaman aku sendiri. Kisah benar. Masa tu aku tengah belajar di UKM dengan kos yuran semua tanggung sendiri. Yaaaaaaa aku yang dari negeri paling miskin tanggung sendiri yuran pengajian setelah kena hamun seorang kerani di sebuah organisasi untuk anak melayu sebab perasan bagus nak mintak biasiswa dan pinjaman pelajaran. Tak dapat biasiswa dan pinjaman pelajaran tu, aku buat kerja sementara ikut kelapangan sambil belajar. Alhamdulillah, sampai sekarang belum habis belajar lagi.
Kisah ni berlaku tahun 1997, lama dahulu lagi. Nampak benaunya aku dah tua hu huhuhuhu. Masa tu cuti pertengahan semester sebulan. Nak jadi cerita aku berjaya jadi cikgu ganti selama dua minggu di sekolah swasta di Cheras.
Sekolah swasta memang sinonim dengan anak orang kaya, yang berada, yang mampu. Bagi mereka duit taka da masalah, sedangkan cikgu yang mengajar di situ mencari duit. Jadi, pelajar sesedap rasa sahaja boleh cemuh cikgu dengan kata-kata “Cikgu jangan nak banyak hal, gaji cikgu bapak saya yang bayar,”
Aku ajar Bahasa melayu dan pendidikan moral di tingkatan dua paling nakal. Semua cikgu memang tak sanggup nak masuk kelas tu, perangai setiap orang macam hantu tak kira lelaki ke perempuan. Nak kawal kelas pun dah jadi masalah yang besar, apalagi nak bagi dia orang diam dan dengar arahan.
Hari pertama aku masuk, macam biasa mereka berlari sana ini dalam kelas, buat itu ini bising sana sini macam pasar ikan. Mula-mula, aku yang jelita dan sopan ini bagi arahan supaya masing-masing duduk di kerusi sendiri. Nak kena belajar kan…kenalah dok elok-elok.
Ada depa kesah?
Tak ada. Kelas jadi pasar ikan dengan kebisingan tahap tenggelamkan suara merdu manis aku ni. Lima minit aku berdiri sahaja pandang gelagat mereka. Yang lembut hati akan kembali duduk di kerusi masing-masing dan duduk senyap. Yang keras hati tetap juga buat hal sendiri macam aku bukan makhluk yang perlu dia orang rasa nak hormat. Akhirnya hanya tinggal dua tiga orang masih main-main di belakang kelas tanpa pedulipun aku hingga menuntut aku bersuara mintak dia orang duduk di kerusi masing-masing.
Ada dia orang endahkan?
Tak ada. Selamba sahaja dok bergurau hingga suara aku pun tetiba jadi suara HULK yang mula menukarkan warna hijaunya, yang mula koyakkan bajunya. Errrr...baju tak koyak ya, kang kalau koyak susah pulak terbuka aurat huhuhuhuhu Masa tu aku angkat kerusi dan tanya mereka;
“Awak nampak kerusi ni?” itu sahaja yang aku tanya.
Mata kena tajam, pandang tepat ke mata dia orang dengan muka serius. Muka nak telan orang. Berlakon kononnya. Tapi lakonan itu berjaya. Mereka duduk di kerusi masing-masing dan senyap. Hanya perlu buat begitu ketika hari pertama sahaja. Hari-hari seterusnya mereka dah dengar kata dan mula seronok belajar dengan macam-macam mainan pembelajaran hingga kelas riuh rendah. Tuan Pengetua ingatkan pelajarnya bising tak dengar kata, rupanya sekali dengan cikgu dok main sama huhu hu hu hu
Dua minggu aku berada di sekolah itu, mereka boleh buat karangan padahal menurut Pengetua, budak-budak tu nak buat ayat lengkap pun payah.
Dalam masa dua minggu itu juga mereka tidak buat bising masa aku mengajar. Pengetua tawarkan jawatan tetap di sekolah tu, tapi aku tolak sebab tengah belajar. Kalau aku terima, rasanya aku kena jadi cikgu disiplin kot huhuhuhu
Jadi, cikgu-cikgu di Malaysia….silalah belajar silat taekwando kungfu bagai jika mahu jadi cikgu di Malaysia huh u hu huhu kalau tak, anda akan mengalami masalah kemurungan. Jangan dikungfu betul-betul sudahlah ya, tak pepasal mati anak orang!
Aku memang tak sanggup jadi cikgu. Bagi aku, hanya orang terpilih sahaja layak jadi cikgu. Kalau aku terus jadi cikgu, aku risau ada pelajar masuk ICU hu huhuhuhu