Jumaat, 6 Mei 2011

Jenis Blog Aku Suka Baca

Tak kesahlah kalian setuju atau tidak
bila aku tulis pasal
kerna itu tentang aku
yang rabun mata dan sering migrine
mungkin hanya sesuai untuk aku
namun, itulah hakikatnya

Aku suka baca banyak blog
mungkin blog kalian juga
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog ondscene dan mazidul
beritanya lebih terkini daripada siaran TV
lebih telus dari akhbar arus perdana
lebih terperinci dan boleh dipercayai
lebih foto di tempat kejadian
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Hidup biar Sedap dan …yang ingin kukongsi…
seorang “surirumah kepoh” seorang lagi pekerja yang “biasa-biasa sahaja”
menurut mereka, bukan aku yang kata...
realitinya kedua mereka sangat mandiri
bagai Mek di kampung yang perlu panjat dinding tutup atap bocor
namun Kujie panjat dinding mengecat rumah
buat menyambut suami tercinta
entri mereka cerita ceriti tentang blog
tentang suami,
tentang anak-anak
tentang masakan
tentang khidmat masyarakat juga
usah memandang sebelah mata
mereka kepoh di dunia maya
mereka hidup zaman IT
diceruk dapur berteman komputer
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Sekadar Berkongsi
entrinya pendek, cacatannya telus dari hati
tulisnya biasa-biasa sahaja,
namun kerapkali buat aku berfikir falsafah sebaliknya
ceritanya biasa-biasa sahaja
tentang bola
tentang Muaz
tentang aktiviti sekeluarga
tentang balik kampungnya, namun…
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Keluargaku Sayang
terpenuh kasih sayang dan harapan
terisi keindahan dan kesederhanaan
kerapkali mengingatkan diri
landasan hidup dan arah tuju
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

blognya bersifat pribadi
namun kisahnya tentang macam-macam realiti
dilaluinya ketika bertugas
buatkan kepala kerapkali sakit
betapa masyarakat kita makin tenat minda
makin hanyut diri
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Penyair iDan Radzi
terisi keluh kesah pekerja kerajaan dah pencen
terukir sendu pilu bersama keluarga
sahabat handai
tergambar bahagia dan gembira seorang atok
baru mendapat cucu sulong
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

Aku suka juga baca blog Hazrey
hanya sesekali singgah
mata tak mampu bertahan lama
menatap tulisan berlatarbelakangkan hitam
akan mengundang migrine andai bertapa lebih 5 minit
namun sesekali memaksa diri juga
ayatnya sering mengusik kalbu
katanya selalu mencuit minda
sindirnya sentiasa menyinggul akar fikir
kalaulah aku mampu buat permintaan:
Tuan Hazrey, boleh tak tukar latar belakang blog anda
menjadi warna lembut
walaupun nampak macam feminin
daku tetap tahu dia lelaki sejati
Namun
siapalah aku untuk memohon begitu ;)


Sebenarnya
masih banyak blog lagi aku suka singgah menyinggah
membaca pengalaman dan perasaan
menelaah buah fikir setiap insan
menghayati semua pengalaman
agar boleh jadi sempadan
agar boleh jadi tauladan
agar kaki ini tidak tergelincir ke cenuram.


~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
4 Mei 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Cinta Ini...

Satu hari terjumpa satu artikel yang memuatkan syair cinta ini. Bila baca, rasa seronok pula...macam baca dialog zaman P.Ramlee pula. Dulu pernah juga kongsikan pantun dalam bahasa Rusia, dan belajar Bahasa Iban. Seronok juga kalau boleh berbahasa banyak bahasa asing ni...

Nak kongsi kat sini untuk anda;

Tjinta dipadoe dengen soeka,
Tjoema beda di sanoebari,
Kaloe tida ingin berdoeka,
Misti bisa mendjaga diri.

Anak Tjina bermaen wajang,
Tjerita peranglah sampe mati,
Pegimana tida maoe disajang,
Bisa sekali mengambil hati.

Kita misti toeroet agama Moehamad,
Itoe agama jang perloe amat,
Misti pladjari biar sampe tamat,
Makanja diri bole djadi slamat.

Bertobat pada Nabi Moehamad itoe,
Misti pake atoeran begitoe,
Kita sembajang lima waktoe,
Baroe dapat sorga jang tentoe.

Saija seboet noraka satoe-satoenja,
Kaloe kafir banjak kadosaanja,
Kaloe soeda terang kasalahanja,
Terhoekoem disitoe 500 tahon lamanja.

Dari Soerabaja pergi ke Semarang,
Sampe Semarang membeli barang,
Djangan pertjaja moeloet orang,
Banjak orang berhati tjorang.


Selasa, 3 Mei 2011

GEMPARRRRRR!!!! Osama Laden disahkan Terbunuh

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali
lebih 10 tahun dia diburu
tak terkesan tanpa jejak
hari ini heboh seluruh dunia
dia telah dipanggil Ilahi
kediamannya dimusnahkan
jasadnya dimakamkan di lautan

aku kagumi dia
hanya satu sebab
dengan satu sebab yang lain
Dia keturunan saudagar
terbilang kaya mampu capai segala
yang ada atas muka bumi
namun memilih gunakan segala harta itu
ke jalan Allah
dengan caranya yang tersendiri

Kalaulah kita berada di tempatnya
punya segedung harta
ada telaga minyak
sanggupkah korbankan sebesar itu
ataukah
masih berkira untuk hulurkan walau sehelai sejadah?

~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
2 Mei 2011


PSSSSt: Entah mengapa hati aku kata dia masih hidup...Errrrr macamlah aku ni kekasih dia pulak kan terlebih tahu hu hu hu 

Isnin, 2 Mei 2011

Video Perkahwinan Diraja William dan Kate

Ketibaan Kate




Keluarga diraja kembali ke Istana Buckingham




Meraikan pengantin diraja



Akhirnyaaaa....



Yeaaaaaaaaahhhh nampak sangat gembirakan. Ohhhhh daku jua yang berdukacita




Putera kacak itu syorkan
sesiapa yang mahu hadiahkan sempena perkahwinan mereka
berikan dalam bentuk derma
secara online http://www.royalweddingcharityfund.org   
Errrr…ada tak nak derma untuk aku
capalku dah terbertas
bimbang andai perlu menjahit di awan biru lagi
sila derma ya ;)


Hari Jumaat hari yang mulia
hinggakan William pilihnya untuk bersatu dengan Kate tercinta
hari Jumaat hari yang mulia
hinggakan Datuk Syazryl buat sumpah laknat
di masjid yang mulia tempatnya
Hari Jumaat hari yang mulia
marilah sama-sama kita muliakan

Jumaat, 29 April 2011

Siaran Langsung Perkahwinan Diraja William-Kate Middleton



Biarpun siaran langsung perkahwinan diraja ini
dikatakan bermula 3.30 petang hingga 8.30 malam di NTV7
namun sebelum waktu itu
pelbagai  siaran dokumentari ditayang
sejak perkahwinan moyang, nenek, ibu
hingga musim indah percintaan mereka

meriah sambutan di mana-mana
memang wajar rakyat jelata ikut bahagia
menyambut bakal permaisuri hati William
dan aku pula menjamu mata
ketika rehat perlu kugamit
Namun, bila acaranya terlalu panjang
cerita yang sama jua diulang tayang
lalunya
TV7 telah MENONTON aku dengan jayanya

Usah tanya apa yang jadi dengan mereka
pastinya JADI berkahwin
Errrrr…ketahuilah bukan Kate sahaja simpan impian
kahwin William
aku juga
Ohhhhhh aku tengah menderita ni
aku tengah kecewa ni
Jommmm makan roti John di restoren Syarifah!