Memaparkan catatan dengan label anwar ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar ibrahim. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mei 2011

GEMPARRRRRR!!!! Osama Laden disahkan Terbunuh

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali
lebih 10 tahun dia diburu
tak terkesan tanpa jejak
hari ini heboh seluruh dunia
dia telah dipanggil Ilahi
kediamannya dimusnahkan
jasadnya dimakamkan di lautan

aku kagumi dia
hanya satu sebab
dengan satu sebab yang lain
Dia keturunan saudagar
terbilang kaya mampu capai segala
yang ada atas muka bumi
namun memilih gunakan segala harta itu
ke jalan Allah
dengan caranya yang tersendiri

Kalaulah kita berada di tempatnya
punya segedung harta
ada telaga minyak
sanggupkah korbankan sebesar itu
ataukah
masih berkira untuk hulurkan walau sehelai sejadah?

~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
2 Mei 2011


PSSSSt: Entah mengapa hati aku kata dia masih hidup...Errrrr macamlah aku ni kekasih dia pulak kan terlebih tahu hu hu hu 

Khamis, 21 April 2011

Aku Gila SEO?

Ini bukan entri latah. Apalagi melatah.

Bila aku menulis sebuah pusi Aku Kagum Anwar Ibrahim, tentang kekaguman aku kepada Datok Seri tersebut, ada juga suara pedas mengomen. Katanya aku gilakan SEO. Maklumlah, nama Anwar Ibrahim sekarang ni tengah panas, sama panasnya dengan isu telur palsu. Semua blog nak tulis pasal dia, pasal jam tangan omega dia, pasal video seks yang konon-kononnya hak milik dia, kira segala macamlah pasal dia sampaikan dia sendiripun tak tahu hal ditulis itu berkaitan diri dia.

Apa maknanya gila SEO? Maksudnya, aku akan gunakan perkataan tertentu yang sering menjadi pilihan orang apabila membuat carian seperti di google. Buat masa ini aku masih lagi belum dalami ilmu SEO yang sering menjadi buruan ramai blogger, selalu diamalkan blogger otai yang menjana ribu riban hasil trafik ke blog mereka. Kata oranglah.

Aku tak tahu sangat pasal SEO ni…belum khatam lagi pengajian. Tak sempat pun nak berguru walaupun hati memang sangat-sangat tak sabar untuk gali semua benda ni. Walau macam manapun aku pernah tulis pasal cara nak tarik trafik ke blog. Bolehlah selongkar kat entri ini;


Aku tulis puisi Bila Aku Kagumi Seorang Manusia Bergelar Anwar Ibrahim, aku memang maksudkan begitu. Memang kagumpun. Tak ada niatpun nak tarik trafik. Tak terfikirpun nak praktik SEO sebab aku belum tahu apa-apapun pasal SEO ni. Tahun depan baru nak belajar pasal SEO. Tahun depannnn? Bukan lama sangatpun takat tahun depan tu…hek eleh, itupun nak komen hu hu hu

Kalian tak kagum dia? Kenapa aku kagum dia? Sebab dia ada keluarga, anak-anak dan isteri yang sentiasa menyokong biar apapun kontroversi atau musibah yang menimpanya. Bukan calang-calang ujian Allah bagi dia. Hilang kuasa. Hilang harta. Dipenjarakan. Hilang air muka. Dimalukan dengan seberat-berat perkara. Dahulu mana orang tahu apa itu liwat, sekarang budak sekolah rendahpun dah tahu. Itu belum campur lagi isu video seks yang semua orang boleh tengok dengan aman dikhalayak. Di Parlimen je tak dibenarkan masuk. Di masjid ada tak? Opppps! salah taib lagi, sila bersedia untuk kena BOMMM esok lusa!

Aku bukan suka dia. Aku juga bukan sokong dia. Aku hanya kagum dia. Kagum sebab dia dikelilingi oleh kaum keluarga yang sentiasa menyokongnya biar apapun keadaan dia.

Kalau jadi pada aku, atau, kalaulah kalian yang berada di tempatnya, adakah kalian masih lagi mampu dan yakin mengatakan kalian punyai apa yang dia ada itu?

Mmmmm entah kenapalah aku tetiba je kena ulas semula pasal puisi tu. Ish! bukan payahpun nak faham. Susah ek? Aku bukannya sasterawan negarapun yang guna perkataan berbelit hingga ramai tak faham. Atau….sebenarnya, ada yang tak baca sampai ayat akhir? Mengaku ajelah…kan senang hu hu hu Chow, Bedah!


PSSSST: Bila aku tulis puisi, maknanya…aku tak sempat nak membebel panjang-panjang. Jadi, sila hayati tiap patah katanya yang lebih mampat macam Murtabak Diraja hu hu hu

PSSSST: Errr kan ke Semua itu dugaan Yang Esa? hu hu hu

PSSST: Tetiba tekak ni teringat-ingat kebab paling sedap pernah makan seumur hidup aku, di lorong-lorong berhampiran Notre Dame. Cik Bintang, sila jangan muntah!


Jumaat, 8 April 2011

Bila Aku Kagumi Anwar Ibrahim

1ni bukan entri politik
juga bukan tentang tayangan video seks
yang semakin bebas ditonton
termasuk siaran berita di TV
biarpun tak lulus tayangan perdana di parlimen
atau juga bukan
kisah sensasi menara SPRM

Aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia dihumban dari takhta politiknya
dikeji kutuk serata alam
sebagai manusia serakah lapar kuasa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

ketika dia ditelanjangkan penuh aib
diumpat cemuh seisi umat watannya
sebagai manusia songsang nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

ketika dia diruntuhkan moral
dimaki hina setiap ganerasi
sebagai manusia berpaksikan nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia punya kuasa dan nama
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia tanpa apa-apa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia berdepan dengan segala cela
terlucut smua aib dan jatuh air muka
dia masih lagi ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)

kalaulah itu berlaku kepada kita
masihkah seberuntung dia
punya anak-anak dan keluarga tercinta
yang sentiasa kuat mendokong
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

pernah tak fikirkan?
sebab itulah
aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim


~~Anyss~~
Nilai