Tak sabar menanti datangnya sang kekasih hati...
Maher Zain - Ramadan
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Ahad, 5 Jun 2016
Jumaat, 3 Jun 2016
Selebat Hujan Di Hati
Hari Jumaat. Semoga Barakah.
Pagi tadi kelas terakhir. Ada pembentangan. Minggu depan dah study week, ramai pelajar dah angkut beg sejak semalam. Jadi yang datang kelas hari ni hanya yang nak bentang sahaja. Ambo memahaminya. Ramai orang nak sambut Ramadhan dengan mak ayah. Kalau boleh ambo pun nak kelik jugak, tapi daya dan upaya agak terbatas. Lagi pula sekarang musim cuti sekolah, penuh gegak budak-budak dan mak bapak budak yang tengah bercuti sekolah. Ambo yang tadak budak dan tak cuti ni dok dendiam di Bangi. Bagi peluang depa cuti sakan dulu.
Masa mereka bentang tu, sesekali ambo tengok telefon. Sama ada nak ambil gambar mereka, tengok whatsapp atau FB. Biasanya pertukaran kumpulan bentang ambil masa 2-3 minit, sempatlah rehatkan minda dengan dunia luar.
Tengah dok nengok deretan whatsaap yang masuk tu, ada satu masej tak bernama masuk. Ringkas sahaja, “Assalamualaikum adinda, salam Ramadhan kareem”.
Masej sebegitu daripada orang-orang yang dekat, tapi sebab telefon ambo pernah hang dan hilang senarai nombornya dulu, tak dapat kesan siapa empunya pengirimnya. Akhirnya, boleh kesan juga. Kak Shikin. Rakan masa sama-sama buat master dahulu.
Kami dah kerap kali terputus hubungan dan jumpa semula. Biasanya dia yang hilang kerana kerap tukar nombor telefon. Bila ambo pulak guna nombor baru sejak 2008 setelah nombor lama dilupuskan, dia pulak tak jumpa cari huhuhuhu haaa tau pun rindu! Kami jumpa semula bila dia cari di FB rasmi. Alhamdulillah.
Namun, perkhabarannya pagi tadi merentap hatiku. Ubah emosi jadi tak stabil. Buatkan sarapanku di kafe nan cantik itu tidak lagi menyelerakan.
“Awal bulan Mei akak buat pembedahan… 2 minggu lagi start chemo”
Terpana bila dia beritahu hidapi kanser payu dara. Terdiam. Mata terkelip-kelip tengok pelajar buat pembentangan tapi ambo dah tak boleh focus. Tak terkata apa.
Dia banyak mengajar aku untuk lebih memahami erti hidup. Hidup ini tak indah, penuh dugaan dan cabaran biarpun segigih mana kita berjuang untuk dapatkan bahagia itu. Aku tabik spring dengan daya juangnya mencari kebahagiaan. Dan kini, dia terus berjuang untuk sebuah kehidupan. Semoga Allah merahmatinya. Semoga diringankan kesukarannya. Dimudahkan segala urusannya.
Allah sayangkan dia, Allah selalu memandang dia, Allah selalu mencuit dia. Semoga dia makin tabah dan kuat.
Masalahnya, aku yang tak kuat. Aku yang tak gagah menerima. Aku yang belum capai makam redha seperti dia. Aku yang nak nangis.
Hari ni janganlah ada sesiapa buat hal, ambo tak stabil emosi. Ambo nak sembunyi. Ambo nak dok sensorang pandang hijau daun bergoyang ditiup angin. Ambo nak celup kaki dalam dingin air sungai. Ambo tak mau ada orang tengok pipi banyak kali basah.
Hari ni panas litlit. Panas cenggg. tapi, hujan terlalu lebat turun di hati. Aku pun tak pasti mampu berenang ke tidak.
Rabu, 1 Jun 2016
Puasa Belum Lagi, Kuih Raya Dah Tempah
Melangkah ke BULAN baru dengan senyuman. Ek?
Dah setengah tahun, tapi pencapaian diri entah ke mana. Audit diri kononnya ni.
KPI kerja ke laut, KPI diri pun ke laut jugak. Harapkan perancangan je panjang berjela, dok pulun buat setiap hari pun belum jugak capai. Mmmmm dok terfikir jugak ni, plan KPI tu maha agung ke ambo yang terkemut-kemut tak reti nak buat kerja cepat? Adoiiii la, dah tua dah kot!
Fokus ke laut kot. Itu yang jadi payah benarnya nak capai. Mmmmm lepas ni kena gigih tetapkan focus pulak. Jangan terpesong. Jangan pandang kiri kanan, godaan amat besar huhuhu
Ramadhan pun dah tak berapa hari je lagi. Itu pun ada KPI nak kena capai. Bukan semata-mata nak buat sejenis kuih raya sehari bermula 1 Ramadhan. Dulu aku pernah terlopong bila tahu kewujudan cara sebegini. Punyalah nak meriah raya, bermula sahaja Ramadhan, makanya, satu jenis kuih raya akan dibuat. Maknanya, kat rumah dia nanti ada sekurang-kurangnya 29 jenis kuih raya bakal terhidang atas meja. Mmmmm KPI jugak tu.
Marhaban Ya Ramadhan - OPICK
Marhaban Ya Ramadhan - OPICK
Semalam dah ada orang datang jual kuih raya. Makanya, ambo istiharkan yang ambo dah beli kuih raya semalam. Fuhhhh!!!! Awal gilerrr tak pernah buat lagi cenggini. Puasa pun belum lagi tuuuu
Pertengahan bulan lepas dah beli perfume raya kononnya. Kena marah dengan Cik Bintang huhuhuhu yaaaaa bila beli sesuatu yang tidak diperlukan semata-mata sebab nak sokong rakan-rakan berniaga. Akhirnya perfume tu jadi hak milik adik ipaQ ambo yang hensem tu. Untung dak jadi adik ipar ambo? Nasib baik koleksi adik perempuan dah habis, kalau tak, beratur angpa nak jadi adik ipaQ ambo ek?
Mmmmm ikutkan serik, memanglah serik. Dah jadi fobia pun. Bila niat kita nak menyokong bisnes kawan-kawan tapi lain pula yang jadi, fobia tu melekat ketat dalam minda. Tapi aku juga tahu, bukan semua orang sama. Makanya, setakat boleh tolong ambo akan tolong je, tapi tak adalah sampai menyusahkan diri pulak. Cumanya, adakala apa yang kita rancang tak jadi seperti itu.
Apa aku merepek dalam entri ni pun tak tau!
Label:
KPI Ramadhan,
kuih raya dah beli,
ramadhan tiba
Isnin, 30 Mei 2016
Cuti Sekolah
Bila datangnya musim cuti sekolah, fuhhhh kemeriahannya lain
macam terutama bab banyak kenduri dan banyak jem. Salah satu yang turut
memeriahkan usim cuti sekolah adalah agenda balik kampong dan sanak sedara datang
ziarah.
Jadinya, riuh rendahlah seisi rumah dengan lompat, lari,
gurau gaduh dia orang. Jiran-jiran pun dok hairan gamaknya mana lah mai semua
orang reramai ni. Suaram emasing tu boleh dengar satu taman huhuhuhu
Malamnya, bentang toto tidur bergelimpangan di ruang tamu. Kesian
jugak tengok, memasing kepanasan. Ni kali kedua sedara mara tidur dalam
kepanasan. Tiga kipas dok tala ke depa pun tak cukup. Memang berpeluh-peluh. Nasib
baik taka da yang tidur di dapur sebab nak cari dingin kipas, kalua naya huhuhuhu
Rezeki belum cukup nak pasang ekon di ruang tamu. Kalau ada rezeki lebih tahun depan ya kita
pasang ekon, biar selesa semua orang.
Esok lusa mereka akan balik kampong pula. Harapnya keriuhan
tu gembirakan Mek dan ayah. Musim begini ajelah rumah tu akan riuh rendah
seketika.
Mmmmm kat mana ek musim durian sekarang? Teringin nak serbulah!
Selasa, 24 Mei 2016
Kita Lebih Tahu Kerja Orang Lain Berbanding Tuan Punya Badan
Ini yang jadi masalahnya bila kita ni pulak yang lebih tahu
pasal kerja orang lain.
Mudah je contohnya, walaupun kita bukan cikgu, kita macam
tau sangat kerja cikgu yang hanya reti lepak sembang pasal drama jam tujuh
petang di TV tu je, sambil gossip artis, sambil pula nengok katalog. Maklumlah raya
dah nak dekat. Jam dua petang maka berbondong-bondonglah cikgu balik rumah.
Kononnya gitu je lah kerja cikgu. Kononnya kita ada
pengalaman jadi cikgu sementara tahun 1986 dulu, makanya kita pun tau lah
bidang tugas cikgu macam tu. Jadinya, bagi kita kerja cikgu ni senang aje. Separuh hari je kena kerja. Kata kitalah. Jangan pulak tanya cikgu, memang bermuram durjalah cikgu mengadu itu ini begitu begini.
Hakikatnya, banyak dah berubah. Banyak dah lain. Banyak yang
dah dikemaskinikan bidang tugas dalam kerja masing-masing. Dahulu, kerani hanya
perlu tulis surat sahaja. Sekarang ni macam-macam kerja perlu kerani buat
termasuk buat-buat tak ada kerja. Tapi, kita masih juga gunakan penanda aras
entah kurun ke berapa.
Dahulu, nak jadi misi tak payahpun. SPM gred 3 pun dah dapat
jadi misi. Makanya, kita pun coplah adik-adik misi ni adalah golongan yang tak
ada pilihan, mintak misi sebab nak kerja dengan kerajaan. Padahal, sesape yang
berminat nak jadi misi sekarang ni persaingan sangat sengit walaupun banyak
kursus kejururawatan ditawarkan di kolej swasta. Bukan calang-calang orang
boleh jadi misi. Tapi di hati kita, misi tu tak ada apapun. Kerja mudah aje, level mengaji pun tak tara mana berbanding kita. Kita sorang aje yang hebat, orang lain mana ada sehebat kita.
Kita masih lagi berada di lokasi lama yang sebenarnya dah
lama hilang dari radar. Namun, kita tetap yakin dengan apa yang kita tahu, apa
anggapan kita. Pada kita, semua kerja orang itu mudah dan senang sahaja kecuali
kerja kita. Padahal, kalau kita tanya orang yang sama tetapi bertugas pada
zaman yang berbeza pun dah sangat jauh bezanya itu. Apalagi bagi kita yang tak
pernah duduk di tempat itu.
Jikapun ada cikgu yang suka tengok katalog avon dalam bilik
guru, itu tidak bermakna semua guru di Malaysia ni pengguna Avon. Dah tentulah
juga tak sama maknanya cikgu di Ulu Tembeling dengan cikgu di Bandar Baru Bangi
yang sama-sama belek katalog Avon. Tak gitu?
Ke macam mana?
Kesiannya hati kita. Bersimpati betul aku!
Label:
bongkak,
mentaliti perasan bagus,
penyakit hati
Langgan:
Catatan (Atom)