Dah lama jugak tak dapat panggilan hangit serupa ini. Peminat Misteri. Tetiba
petang semalam, dapat panggilan yang buatkan aku rasa macam popular pulak
huhuhuhu Gini ceritanya:
Telefon nyanyi lagu Gerua, ambo tetiba rasa macam Kajol nak lari-lari
tepi laut sambil angkat skirt, dengan air memercik di kaki. Selepas jawab
salamnya, maka terjadilah dialog seperti di bawah;
Dia: Saya Z, peminat awak
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Awak ingat lagi tak, kita bertembung di pintu tandas dulu…
Alahai! Tandas itu memang unisex, tiap hari ambo bertembung dengan
orang bukan sama jantina. Apa nak heran pun.
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Saya nak berkenalan dengan awak ni…kampong awak kat mana ya?
Ambo: Err…er…errr… nak berkenalan dengan saya ke nak berkenalan dengan kampong
saya?
Dia: Nak kenal dengan awaklah. Nak hantar orang merisik.
Sudah! Makhluk mai dari manapun aku tak tau ni.
Ambo: Err…er…errr…
Menakutkanlah pulak. Tetiba rasa macam tak selamatlah pulak. Masih fobia dengan peminat misteri lepas. Semua maklumat ambo dalam tangannya. Alahai!
Tetiba muncul tajuk telemovie baru di benak “Cinta berputik di pintu
jamban”
Mentang-mentanglah baru belajar cara tulis skrip drama telemovie, semua
benda nak buat tajuk huhuhuhuhu
Adusssss!!!! Stress!!!