Memaparkan catatan dengan label hospital serdang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hospital serdang. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

Masa Menunggu di Hospital Serdang Makin Singkat



Ini kisah pagi semalam, 14 Mac 2016. Hari temu janji dengan doktor hensem di Hospital Serdang.

Bila ada temu janji dengan doktor di Hospital Kerajaan seperti Hospital Serdang (sebenarnya hospital ni di bawah UPM, sebab dekat, aku redah je pergi. Nak pergi hospital bawah UKM nunnnn di Cheras sana, HUKM...fuhhhhh tarik nafas dululah pepagi memang jem, parking pun tersangatlah payahnya!), biasanya memang separuh hari akan habis masa untuk menunggu sahaja. Bacalah entri pertama kali jumpa doktorhensem di hospital Serdang. Jadinya, aku dah bagi pelajar kuliah aku di UKM tu buat perbincangan sendiri dalam kumpulan mereka. Silalah berbaik sangka ya mereka berbincang, bukannya tarik selimut selepas Subuh (kelas bermula 8-10 pagi). Sekarang zaman IT, dok dalam selimut pun boleh berbincang pakai wasap segala!

Biasanya jam 6.45 aku turun dari rumah, ambil masa 10 minit untuk sampai ke Hospital Serdang. Semalam, 6.40 aku dah hidupkan enjin kereta, kemudian masuk rumah potong epal dan angkut 2 biji ban untuk sarapan di tempat letak kereta nanti. Sebab turun awal, dalam jam 6.50 pagi dah sampai perkarangan hospital serdang. Jadi, buka bekal makan buah sikit, makan ban seketoi. Lupa minum air huhuhuhuhu
 
pepagi, mereka ceria dan mesra...macam seronok pulak pergi hospital
Masuk ke kaunter pendaftaran, dah ramai yang dapat nombor. Walaupun kaunter pendaftaran buka jam 7.30 pagi, tetapi kaunter untuk ambil nombor buka sebelum jam 7.15 rupanya. Jadi, orang yang beratur untuk ambil nombor tu pun tak ramailah berbanding sebelum ni. Aku beratur dalam 10 minit jugalah sebelum sampai ke staf yang bagi nombor tu. Tapi, salah kaunter rupanya. Rupanya sistem mereka dah berubah sejak Januari 2016. Haaaaa sapa kata hospital swasta lagi bagus dari hospitalkerajaan? Aku pernah tersadai 4 jam di lobi hospital swasta, rasa macam nak baring kat lantai dah!

Terpaksalah aku pergi daftar ke kaunter Orthopedik, tunggu sekejab kemudian masuk ke ruang menunggu bila dapat nombor 2005. Dalam jam 8.30 pagi nombor dah naik. Jumpa doktor hensem beberapa minit (sepatutnya jumpa Mr. Khai yang pakar tu, tapi sebab dah ok banyak sangat banding awal-awal kena dulu, malas nak tunggu Mr Khai hensem, mana-mana doktor pun ok. Mereka mengaji perubatan bertahun-tahun, bukannya belajar guna GOOGLE, ya dak?), jam 8.45 pagi dah berada di bahagian farmasi untuk ambil ubat. Ubat tahan sakit dah tak mahu makan dah (Errrr sori Doc, ambo TERmengajar doktor pulak tak mahu makan ubat tahan sakit huhuhuhu), hanya nak ubat saraf je. Cakap dengan doktor, baki masih ada dan dah tak makan, kalau ambik juga kesian kat orang lain yang lagi perlu....alamakkkk!!! doktor senyum dengan manis sekali. Alahai!!! Cair hatiku! Syahdu lah pulak bila jumpa doktor yang baik-baik cenggitu. Mungkin sebab selama ni jarang jumpa doktor encem kot huhuhuhu kesian!

Kesimpulannya, bahagian pengurusan sentiasa mencari cara terbaik untuk kemudahan bersama. Mereka bukan saja-saja je nak menyusahkan kita sebab mereka pun turut susah. Namun nak puaskan hati semua orang yang jumlahnya ribu riban setiap hari, memanglah sangat mencabar. Mungkin, pada masa hadapan, mereka boleh atasi masalah kekurangan parking pula. Sebelum tu, kenalah kita berkerjasama juga. Kesian abang-abang dan kakak-kakak pengawal di kawasan parking tu, janganlah dok marah dan maki mereka. Mereka hanya jalankan tugas, kita yang pergi tempat orang ni apa salahnya mudahkan sikit kerja mereka.  

PSssTTT: Aku harap, masa menunggu orang lain juga semakin singkat, bukan aku je. Errrrr semalam terlebih calit lipstik, jangan kata sebab tu sudahhh la. Tapi, kat kaunter tu adik misi yang manis uruskan, bukannya adik misi encem. Mmmmmm