Ini kisah pagi
semalam, 14 Mac 2016. Hari temu janji dengan doktor hensem di Hospital Serdang.
Bila ada temu
janji dengan doktor di Hospital Kerajaan seperti Hospital Serdang (sebenarnya
hospital ni di bawah UPM, sebab dekat, aku redah je pergi. Nak pergi hospital
bawah UKM nunnnn di Cheras sana, HUKM...fuhhhhh tarik nafas dululah pepagi memang
jem, parking pun tersangatlah payahnya!), biasanya memang separuh hari akan
habis masa untuk menunggu sahaja. Bacalah entri pertama kali jumpa doktorhensem di hospital Serdang. Jadinya, aku dah bagi pelajar kuliah aku di UKM tu
buat perbincangan sendiri dalam kumpulan mereka. Silalah berbaik sangka ya
mereka berbincang, bukannya tarik selimut selepas Subuh (kelas bermula 8-10
pagi). Sekarang zaman IT, dok dalam selimut pun boleh berbincang pakai wasap
segala!
Biasanya jam 6.45
aku turun dari rumah, ambil masa 10 minit untuk sampai ke Hospital Serdang.
Semalam, 6.40 aku dah hidupkan enjin kereta, kemudian masuk rumah potong epal
dan angkut 2 biji ban untuk sarapan di tempat letak kereta nanti. Sebab turun
awal, dalam jam 6.50 pagi dah sampai perkarangan hospital serdang. Jadi, buka
bekal makan buah sikit, makan ban seketoi. Lupa minum air huhuhuhuhu
Masuk ke kaunter
pendaftaran, dah ramai yang dapat nombor. Walaupun kaunter pendaftaran buka jam
7.30 pagi, tetapi kaunter untuk ambil nombor buka sebelum jam 7.15 rupanya. Jadi,
orang yang beratur untuk ambil nombor tu pun tak ramailah berbanding sebelum ni.
Aku beratur dalam 10 minit jugalah sebelum sampai ke staf yang bagi nombor tu.
Tapi, salah kaunter rupanya. Rupanya sistem mereka dah berubah
sejak Januari 2016. Haaaaa sapa kata hospital swasta lagi bagus dari hospitalkerajaan? Aku pernah tersadai 4 jam di lobi hospital swasta, rasa macam nak
baring kat lantai dah!
Terpaksalah aku
pergi daftar ke kaunter Orthopedik, tunggu sekejab kemudian masuk ke ruang
menunggu bila dapat nombor 2005. Dalam jam 8.30 pagi nombor dah naik. Jumpa doktor
hensem beberapa minit (sepatutnya jumpa Mr. Khai yang pakar tu, tapi sebab dah
ok banyak sangat banding awal-awal kena dulu, malas nak tunggu Mr Khai hensem,
mana-mana doktor pun ok. Mereka mengaji perubatan bertahun-tahun, bukannya belajar guna
GOOGLE, ya dak?), jam 8.45 pagi dah berada di bahagian farmasi untuk ambil
ubat. Ubat tahan sakit dah tak mahu makan dah (Errrr sori Doc, ambo TERmengajar
doktor pulak tak mahu makan ubat tahan sakit huhuhuhu), hanya nak ubat saraf
je. Cakap dengan doktor, baki masih ada dan dah tak makan, kalau ambik juga
kesian kat orang lain yang lagi perlu....alamakkkk!!! doktor senyum dengan
manis sekali. Alahai!!! Cair hatiku! Syahdu lah pulak bila jumpa doktor yang
baik-baik cenggitu. Mungkin sebab selama ni jarang jumpa doktor encem kot
huhuhuhu kesian!
Kesimpulannya,
bahagian pengurusan sentiasa mencari cara terbaik untuk kemudahan bersama. Mereka
bukan saja-saja je nak menyusahkan kita sebab mereka pun turut susah. Namun nak
puaskan hati semua orang yang jumlahnya ribu riban setiap hari, memanglah
sangat mencabar. Mungkin, pada masa hadapan, mereka boleh atasi masalah
kekurangan parking pula. Sebelum tu, kenalah kita berkerjasama juga. Kesian abang-abang
dan kakak-kakak pengawal di kawasan parking tu, janganlah dok marah dan maki
mereka. Mereka hanya jalankan tugas, kita yang pergi tempat orang ni apa
salahnya mudahkan sikit kerja mereka.
PSssTTT: Aku harap, masa
menunggu orang lain juga semakin singkat, bukan aku je. Errrrr semalam terlebih
calit lipstik, jangan kata sebab tu sudahhh la. Tapi, kat kaunter tu adik misi
yang manis uruskan, bukannya adik misi encem. Mmmmmm
4 ulasan:
jarang2 dpt tgk situasi gitu kt hospital kerajaan nih... klu kt hkl mmg la ssh nya....
mungkin banyak sistem di hkl yg perlu dibetulkan utk lbh memudahkan dua2 pihak
Akak tak pernah lagi berurusan di Hospital Serdang. Setiap perubahan yang dilakukan dengan harapan akan ada perubahan positif namun tetap akan ada yg tak puas hati.
Norhidana: Mereka selalu mencuba tapi belum jumpa sistem yang benar2 sesuai lagi kot
Faktor utama: pesakit ramai sangat
Junaina: Bila sembang2 dengan orang lain, ada juga yang kena tunggu lama, nak kata datang lambat, awal juga dia datang. tataulah sistemnya macam mana.
Ada banyak tempat, dia orang utamakan staf kerajaan dulu (katanya), tapi belum terbukti lagi.
Catat Ulasan