Selasa, 3 Mei 2011

GEMPARRRRRR!!!! Osama Laden disahkan Terbunuh

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali
lebih 10 tahun dia diburu
tak terkesan tanpa jejak
hari ini heboh seluruh dunia
dia telah dipanggil Ilahi
kediamannya dimusnahkan
jasadnya dimakamkan di lautan

aku kagumi dia
hanya satu sebab
dengan satu sebab yang lain
Dia keturunan saudagar
terbilang kaya mampu capai segala
yang ada atas muka bumi
namun memilih gunakan segala harta itu
ke jalan Allah
dengan caranya yang tersendiri

Kalaulah kita berada di tempatnya
punya segedung harta
ada telaga minyak
sanggupkah korbankan sebesar itu
ataukah
masih berkira untuk hulurkan walau sehelai sejadah?

~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
2 Mei 2011


PSSSSt: Entah mengapa hati aku kata dia masih hidup...Errrrr macamlah aku ni kekasih dia pulak kan terlebih tahu hu hu hu 

Isnin, 2 Mei 2011

Video Perkahwinan Diraja William dan Kate

Ketibaan Kate




Keluarga diraja kembali ke Istana Buckingham




Meraikan pengantin diraja



Akhirnyaaaa....



Yeaaaaaaaaahhhh nampak sangat gembirakan. Ohhhhh daku jua yang berdukacita




Putera kacak itu syorkan
sesiapa yang mahu hadiahkan sempena perkahwinan mereka
berikan dalam bentuk derma
secara online http://www.royalweddingcharityfund.org   
Errrr…ada tak nak derma untuk aku
capalku dah terbertas
bimbang andai perlu menjahit di awan biru lagi
sila derma ya ;)


Hari Jumaat hari yang mulia
hinggakan William pilihnya untuk bersatu dengan Kate tercinta
hari Jumaat hari yang mulia
hinggakan Datuk Syazryl buat sumpah laknat
di masjid yang mulia tempatnya
Hari Jumaat hari yang mulia
marilah sama-sama kita muliakan

Jumaat, 29 April 2011

Siaran Langsung Perkahwinan Diraja William-Kate Middleton



Biarpun siaran langsung perkahwinan diraja ini
dikatakan bermula 3.30 petang hingga 8.30 malam di NTV7
namun sebelum waktu itu
pelbagai  siaran dokumentari ditayang
sejak perkahwinan moyang, nenek, ibu
hingga musim indah percintaan mereka

meriah sambutan di mana-mana
memang wajar rakyat jelata ikut bahagia
menyambut bakal permaisuri hati William
dan aku pula menjamu mata
ketika rehat perlu kugamit
Namun, bila acaranya terlalu panjang
cerita yang sama jua diulang tayang
lalunya
TV7 telah MENONTON aku dengan jayanya

Usah tanya apa yang jadi dengan mereka
pastinya JADI berkahwin
Errrrr…ketahuilah bukan Kate sahaja simpan impian
kahwin William
aku juga
Ohhhhhh aku tengah menderita ni
aku tengah kecewa ni
Jommmm makan roti John di restoren Syarifah!

Video Pra Perkahwinan Putera William & Kate Middleton

orang kata mudah menjadi Kate Middleton
sejak dilahir 9 Januari 1982 dia ditakdirkan milik William
bakal menjadi nyata bila tiba 29 April 2011

diputrikan di Hospital Royal Berkshire di Reading, Berkshire, England
dibesarkan di Bucklebury, Berkshire, Selatan England
bapanya pegawai penerbangan
bondanya pramugari manis


Catherine Elizabeth itu kita kenal Kate Middleton
mengenal William di University of St Andrews di Fife, Scotland
ada Master dalam bidang Sejarah Seni
ada senyum manis yang makin berseri
untung benar boleh main ski di Klosters

di Astro gempita dengan siri perkahwinan abad ini
lebih panas dari perkahwinan kayangan
di youtube aku jumpa video ini
katanya acara latihan
sebelum upacara sebenar
jommmm kita kongsikan;



Jangan marahhhhh ya...nanti kena jual!


PsssssT: Cantikkkkkkkknye jari dia ;)

Selasa, 26 April 2011

Blog Yang Aku Tak Baca

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
blog itu berlatar belakangkan warna gelap seperti hitam
dengan tulisan yang cerah seperti putih atau kuning
ada masanya merah atau pink
aku ni rabun
warna sebegitu penatkan mata
mudah pula migrine datang


Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
ada iklan nuffnang statik kat tengah halaman
hadang bacaan aku
iklan itu boleh aje tengok kat blog lain
di blog akupun ada
tak perlulah tayang sampai menghadang tulisan


Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
ada kotak laung kat tengah halaman
hadang bacaan aku
dah klik banyak kali
sekejab sahaja kotak itu mengecil
kemudian hadang bacaan aku semula
dah tuan punya blog suka aku baca masej dalam kotak tu
bukannya dalam entri dia
bukan salah aku lari ke blog lain kan?

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
tulisan di blog itu terlampau kecil
dengan warna warni juta-juta
memenatkan mata
menambah pula stress
aku ni kan rabun!

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
blog kalian terlalu sarat
segala mak nenek ada
gambar, lagu, macam-macam gatget
macam-macam warna merelip merelap
macam-macam cara pedayakan pengunjung
untuk klik iklan
komputer aku cap ayam aje
line internetpun ehsan Secret Recipe
sangat susah nak loading
sangat lama baru boleh baca
sangat bising memekakkan telinga
tambah lagi waktu dinihari semua orang dah tidur.

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
aku tak reti baca bahasa singkat-singkat
atau juga campur mampur manglish segala
dulu sekolah atap
cikgu tak ajar bahasa kontot
cikgu tak royak bahasa campuran
penat dok fikir nak terjemah balik
maaflah, aku sayangkan sel-sel otak ni
mudah lupus kalau banyak berfikir
hal-hal berkaitan ayat yang kementot
ataupun hal carut marut
salah sikit asyik komplen orang lain
salah sendiri tak pernah nampak
tiap saat tahu nak bako! nak bako!

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
aku bukanlah sesetia mana
tidak juga sesabar mana
kalau payah sangat
aku lari je ke blog lain
dah memang kalian tulis blog bukan untuk aku baca
terpaksalah aku redha.


~~Anyss~~
Bandar baru Bangi