Selasa, 26 April 2011

Blog Yang Aku Tak Baca

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
blog itu berlatar belakangkan warna gelap seperti hitam
dengan tulisan yang cerah seperti putih atau kuning
ada masanya merah atau pink
aku ni rabun
warna sebegitu penatkan mata
mudah pula migrine datang


Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
ada iklan nuffnang statik kat tengah halaman
hadang bacaan aku
iklan itu boleh aje tengok kat blog lain
di blog akupun ada
tak perlulah tayang sampai menghadang tulisan


Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
ada kotak laung kat tengah halaman
hadang bacaan aku
dah klik banyak kali
sekejab sahaja kotak itu mengecil
kemudian hadang bacaan aku semula
dah tuan punya blog suka aku baca masej dalam kotak tu
bukannya dalam entri dia
bukan salah aku lari ke blog lain kan?

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
tulisan di blog itu terlampau kecil
dengan warna warni juta-juta
memenatkan mata
menambah pula stress
aku ni kan rabun!

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
blog kalian terlalu sarat
segala mak nenek ada
gambar, lagu, macam-macam gatget
macam-macam warna merelip merelap
macam-macam cara pedayakan pengunjung
untuk klik iklan
komputer aku cap ayam aje
line internetpun ehsan Secret Recipe
sangat susah nak loading
sangat lama baru boleh baca
sangat bising memekakkan telinga
tambah lagi waktu dinihari semua orang dah tidur.

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
sebabnya
aku tak reti baca bahasa singkat-singkat
atau juga campur mampur manglish segala
dulu sekolah atap
cikgu tak ajar bahasa kontot
cikgu tak royak bahasa campuran
penat dok fikir nak terjemah balik
maaflah, aku sayangkan sel-sel otak ni
mudah lupus kalau banyak berfikir
hal-hal berkaitan ayat yang kementot
ataupun hal carut marut
salah sikit asyik komplen orang lain
salah sendiri tak pernah nampak
tiap saat tahu nak bako! nak bako!

Minta maaflah
kalau aku singgah di blog kalian
14 saat lebih sahaja,
kemudian terus tekan pangkah
lari ke blog orang lain pula
aku bukanlah sesetia mana
tidak juga sesabar mana
kalau payah sangat
aku lari je ke blog lain
dah memang kalian tulis blog bukan untuk aku baca
terpaksalah aku redha.


~~Anyss~~
Bandar baru Bangi

75 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

it's ok~

Unknown berkata...

salam anyss. menarik sekali puisinya. bimbang pula kot-kot blog kakchik ada termasuk dlm mana-mana kategori.

Frodo Baggins berkata...

maaf diterima ehkekekke

belog gua hitam
ada lagu ...
mintak mahap lei
hahahha

woohaaa


>>___<<

Azman berkata...

Mintak maaflah saya hanya baca blog anda lebih kurang 1 jam..sebab saya nak cari info he3...

kurus berkata...

wah2 sgt2 suke lah dik ..
tul semua nie .. akak pun dah pernah hadapi ..

dik boleh tak akak copy paste ini .. dah lama nak tulis tapi takut ayat nyakitkan ati .. yg adik tulis nie sgt2 mengena tau :))

boleh ya .. nanti btahu kat shoubox akak ye :))

Unknown berkata...

Hehehe, sama le kita.

Cetusan berkata...

ah orang tak sudi,
man boleh paksa,
rela tanpa nikmat hheee..

alaaa..sebut je nama blog saya kan senanggg

Awanama berkata...

haha..=) nice sungguh 14 saat tu..hehe =) sedap bunyinya.huhu

Unknown berkata...

hahahah...
jangan risau blog akak tak de itu semua...:p

Tupai Karan berkata...

Assalamualaikum

whoo :(

rangkap 1st tu kena idung saye.. (latar belakang gelap) hehe ;p

OCEAN ROVERS berkata...

yauza..sungguh panjang sajak anda.Apa kata "advance" kan sikit buat video klip dan lampirkan sekali contoh blog yang anda maksudkan. Mungkin boleh jadi salah satu bentuk pengajaran yang bagus untuk blogger diluar sana, supaya mereka sedar.Mungkin...

OCEAN ROVERS berkata...

yauza..sungguh panjang sajak anda.Apa kata "advance" kan sikit buat video klip dan lampirkan sekali contoh blog yang anda maksudkan. Mungkin boleh jadi salah satu bentuk pengajaran yang bagus untuk blogger diluar sana, supaya mereka sedar.Mungkin...

eelobor berkata...

setiap kali masuk sini mesti saya dok lepak lebih dari 15 saat....

anyss berkata...

GB: ;)

Kak Chik: Wsalam. Terima kasih. Tulis puisi sebab nak limitkan perkataan dan tulis apa yang perlu sahaja. Kalau tak, mest sangattttttttt panjang saya menulis sampai lupa nak letak nokhtah.

Alhamdulillah, takat ni blog kak chik tak pernah lagi buatkan saya migrine

anyss berkata...

Frodo: orang rabun dan mudah migrine macam saya ni hanya baca blog yang lembut sahaja latarnya. Tekanan yang berlebihan kepada mata antara penyebab migrine

anyss berkata...

Mankuchai: Alhamdulillah, moga2 ada info yang sdr cari tu di sini. Moga2 juga boleh membantu mudahkan hidup seharian dengan info tu

anyss berkata...

iEda; tak ada niat nak kenakan sesiapa, hanya nak bagi tahu. Ada masa bukan kita tak sudi baca blog orang lain, tapi benda2 macam itulah yang sebabkan kita terus tekan pangkah ;)

anyss berkata...

Pencinta pantai bersih: Aminnnnnnn akhirnya ada juga orang yang satu spesies dengan saya. Ingatkan saya sorang je yang mengada-ngada tahap demam kura macam ni hu hu hu

anyss berkata...

ZZ: make lada burung ko ari ni?

anyss berkata...

Hantu: Selamat datang...errrr nape tetiba je rasa semacam ni.

Terkedu jab, tetiba je hantu baca blog saya ...terima kasih

anyss berkata...

Tupai: hu hu hu tidak apa-apa aje bagi orang yang sihat, tapi besar kesannya untuk orang yang rabun dan migrine macam saya...

Lagu? best jugak kalau ada terutama kalau lagu tu merdu ala-ala hindustan lari tengah gunung, namun loading akan lambat.

Apa-apapun, semua tu terpulang kepada tuan punya blog. Blog masing-masing kan...ikut suka tuan dialah nak buat macam mana (saya selalu jawab macam ni hu hu hu)

anyss berkata...

Nazree: belum begitu cukup panjang tu hu hu hu sebab tu tulis puisi. Kalau tak, panjang lagi la mencecehnya sampai lupa nak berhenti ;)

anyss berkata...

Eelobor: entri dah jadi kementot, dua kali jeling dah habis baca...tepat pada saat ke 15 hu hu hu

arituarini berkata...

tips yang berguna ni..tq..sila2 la ke blog saya,blog saya tak macam tu :)

Rakyat negara kaya cenderung bunuh diri?

Kujie berkata...

masuk sini lebih 14 saat walau tak sempat nak tulis komen..boleh mcm tu..hehe

Unknown berkata...

Alhamdulillah... lega rasanya bila blog kakchik tak sebabkan migrain pada anyss. Harap2nya orang lain pun fikir begitu juga.

Unknown berkata...

jap..ade tak ek dlm blog ika..hhuurrmm....btw tanx luahkan..leyh baiki ape yg x kena..btw,,ika follow sini ye..

humble.yat berkata...

wah!best la puisi ni suke2..:-)

Firdaus Kasim berkata...

terasanya aku.. huhuhu

Entri terkini :
10 Tempat Terbaik Promosikan Entri Blog

kakmie berkata...

Aku tak kisah tentang pandangan hang kerana setiap orang ada persepsi masing-masing. Tapi yang penting, bila aku visit mana-mana website aku mesti klik dia punya iklan nuffnang. Bukan apa, saja nak tolong diaorang. Lagipun, bukan kena bayar. Sambil-sambil gi toilet atau ke dapur klik la dulu iklan dia...senang je kan?

Ir. Jamal berkata...

Terbaik..tulisannya sungguh ikhlas..
ape kate korang tolong komen blog Jamal nie pulak..adakah blog yg berlatar belakang gelap mcm blog jamal nie org x suke dtg..tolong komen ye..untuk penambah baikkan

INI BLOG JAMAL

shandye. berkata...

tak suka blog yg entrinya ditulis macam ni:

hArI nI sY rAsA HepI saNgAt-SAngAT.

ko cacat ke ape? terus je aku tekan pangkah dan for sure tak datang-datang dah blog ko tu.

haha...

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit.

Fiza Rahman berkata...

Ni dah lebih 14 saat nih, maknanya saya suka baca blog awak ^_^

Betul lah, setuju sgt2 ngan sajak nih ☺☺☺

maya amir berkata...

puisi yg terang..senang org paham..ihiks:)

Muhammad Helmi berkata...

menarik!!!

jemput datang ke blog saya dan komen kelemahan blog saya
Jemput Datang Ke Blog Saya

muhsin.aminudin berkata...

anyss, betul2. aku pon buat macam tu, dan aku rasa orang pon bukak blog aku lari sebab entri tak menarik. tapi aku rasa menarik. jom try tgk?

::thexieza:: berkata...

harap2 tidak blog saya.:)

Unknown berkata...

sure blog kak ayu......
huhuhuh

terokai seni berkata...

a'ah... nak komen pon kena password ke?

Aishah Rahman berkata...

Its true indeed! I paling tak suka kalau pergi blog yg ada mcm2, lagu and everything. Lambat.

anyss berkata...

ArulchelseA: Selamat datang. Yup...blog sdr bukan termasuk dalam ciri-ciri blog yang saya akan pangkah ;)

anyss berkata...

Kak Jie: Tiap saat kak jie melintas tercatat, walaupun tak secanggih catatan lintasan di blog kak jie ;)

anyss berkata...

Kakcik: Orang migrine kronik macam saya akan hindari blog latar belakang gelap sebab mata akan penat. Kalau baca lama-lama, memang akan mengundang padah. Takat ni blog kak chik berjaga menyebabkan urat kepala timbul sesaat dua sebab kena berfikir panjang menghadam ilmu. Terima kasih, walaupun entri berat atau ringan, kak chik banyak buatkan pembaca kena berfikir panjang, merenung dan tafakur sekejab menilai diri sendiri

anyss berkata...

47Ika: selamat datang Ika. Blog ika tak sebabkan orang migrine dan rabun macam saya tekan pangkah. Rasa muda je kalau pi blog ika ;) ------> bukan bodek mintak belanja durian ;)

anyss berkata...

Humbleyat: Waaaaaaa lamanya tak bertembung di 100 penulis ----> tetiba ingat banyak kali terbabas entri hu hu hu

anyss berkata...

Firdaus: Blog firdaus masih jauh lagi untuk capai tahap kena pangkah. Mesra untuk mata. Nuffnang pun menghadang kat tepi...tak ada apa yang nak dibaca tempat tu...

AshaNazal berkata...

menarik...kreativiti masing2...apa2 pun boleh diterima dek akal...huhuhu

Awanama berkata...

Maaflah tak jenguk blog kalian, kerana baru 14 saat aku tahu yang kalian juga mempunyai blog.

izzanis berkata...

setuju! :D

FN berkata...

suke entri ni, dan tersangat setuju :) p/s: sy pun rabun gak -.-

FN berkata...

suke entri ni, dan tersangat setuju :) p/s: sy pun rabun gak -.-

FN berkata...

suke entri ni, dan tersangat setuju :) p/s: sy pun rabun gak -.-

Najlaa 'Aqilah berkata...

haha. cool gilaaa! best!

cuba tgk blog ni pulak, http://najlaafir.blogspot.com/. 14 saat jugak ke? *berdebar* hehe

azieazah berkata...

Kak Azie ni kira masih sabor lagi... bertahan jugak ler 14 minit utk baca merangkak dan mengomen wpun ada halangan2 seperti yang disebut itu...

hehehehe

lemonade berkata...

mintak maap la...akak rabun. baru jumpa blog ko ni ha

Sharz berkata...

emmm..hehe..ade betul jugak tue.. =))

Unknown berkata...

maaf ye saya terbaca entri ni sampai habis...
maaf ye saya terkomen juga...

hehhe

Robocop berkata...

Sy stuju! Sy sokong! Kt same!
Huhu.. bleh komen blog sy plak mcm mn? Skrg dh bnyak blog yg sgt myakitkan ati. Syok sndri...
jenamax-truestory.blogspot.com

Shafiq Zainal berkata...

14saat yang berharga...hehehehe

XING berkata...

minta maaf sebab comment dalam bahasa inggeris. just wana say great post here. =)

anyss berkata...

Kakmie: Selamat datang. Pandangan saya yang rabun dan mudah migrine ni macam itulah. Tak ada niatpun nak paksa orang ikut pandangan tu, terpulang pada masing-masing

anyss berkata...

Jamaluddin: Selamat datang. Puisi ni pasal "daku" bukannya orang lain, sayang. Orang lain matanya terang, tak rabun...tak ada pun migrine kronik, tak ada masalahpun nak baca blog2 yang merelip merelap atau latar belakang gelap. Yang bermasalahn hanya daku, sayang

anyss berkata...

shandye: Selamat datang rakan 100 penulis ;)

Hu hu hu HepI la SgT aRi ni hu hu ---> tak retilah nak buat hu hu hu

anyss berkata...

Fiza: Selamat datang. pakai jam randik ek?

Maya: Selamat datang dan terima kasih.

Muhammad helmi: Selamat datang. terjah blog boleh aje, namun untuk komen blog orang lain, saya bukanlah pakarnya. Saya tulis puisi ni sebab selalu migrine bila paksa diri baca blog tertentu je...mungkin relevan untuk saya yang rabun dan migrine ni

anyss berkata...

Muhsin: Dah try tengok pun. Ok aje...asal kita tahu sebab apa kita berblog, betul tujuannya...yang lain akan datang kemudian.

anyss berkata...

Fadxieza: Selamat datang. Alhamdulillah, dua-dua blog Fad tidak menyumbang kepada migrine saya hu hu huh

anyss berkata...

Kak Ayu: hu hu hu mana ada. Tak caya? Bagi nasi ayam Free dulu la la la

anyss berkata...

cemomoi: keselamatan tu...dulu-dulupun saya letak password, tapi sebab setiap komen perlu diluluskan, jadi dah buang kotak yang mengusahkan tu ;)

anyss berkata...

Aishah: Selamat datang. Ramai juga orang tak suka blog ada lagu terutama kalau lagu2 tu terlalu kuat. Bila buka tengah malam, tetiba je memekak...bukan jiran sebelah je terkejut, kita yang terbabas masuk blog tu pun terlompat terkejut. boleh sakit jantung. Tapi kalau letak lagu yang perlahan dan melodinya sedap telinga dengar, ia libatkan loading pula...maklumlah ramai guna broadband jenama siput je

chenta berkata...

entry yg sgt bagus..tp sy tegur sikit boleh?maaf la kalau anda mrh ye...

entry ni mmg bagus, tp warna tulis, bentuk tulis, buat sy sakit mata sikit. mungkin lepas ni boleh guna word yg agak bold sikit dan bukan italic..maaf la ye menegur..

bdw, entry ni mmg best! ^__^

Unknown berkata...

wah..memang best ar entry ni.like it..heheeee
tapi blog aku ok dak?ke ko singgah 14 saat je..hehe

anyss berkata...

Chenta: terima kasih chenta...dikau memang terchenta ;)

anyss berkata...

Husna: terima kasih...mmmmm 44 saat je. saper suh tulis pendek2 100 patah perkataan. Cuba tulis 1000 patah, mesti lama la la la

Saboooo ya, takat orang nak anti ore kelate tu, tak payah la dok heran...sebab kita tetap MANTOPPPP

1 berkata...

Assalamualaikum.wah..puisi best..mmmg sangat mengena bagi mereka yg terkena..hehe

asliner berkata...

sentap juga baca puisi nie..
tapi kadang2 bahasa kiasan macam ni lah menyedarkan..=)

sedang memperbaiki blog..
lupe nak letak gambar perempuan belah kiri tue ke belah kanan..=)