Dah berapa Ramadhan kita ni?
Hari ke 3 Ramadhan. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih meriah dan tawaduk kita laksanakan.
Banyak jugak aku perhatikan keliling kita, hanya belajar
teori semata-mata. Teorinya: bulan Ramadhan elok banyak bersedekah. Betullah tu,
bagi sedekah banyak-banyak kepada golongan yang memerlukan. Namun, pada masa
yang sama, janganlah pulak diumpat orang yang tak bersedekah. Mana kita tahu
dia tak sedekah? Mana kita tahu dia tak tolong orang? Mana kita tahu sedekahnya
itu berupa bersihkan bilik air di masjid. Pada masa yang sama, tak perlu kot
kita berlumba-lumba membazir makanan selepas berbuka puasa. Sendiri faham lah
ya macam mana berlakunya ya.
Bulan Ramadhan masing-masing mengejar berbuat
perkara-perkara yang baik, baguslah begitu. Ringan-ringankanlah bantu orang
walaupun sekadar beri laluan kepada orang lain di Bazar Ramadhan. Walaupun hanya
tolong bukakan pintu bank kepada seorang pakcik yang terkial-kial seret tongkat
panjat tangga.
Ada masanya juga kita teralpa untuk aplikasikan “jenis”
baiknya itu bagaimana. Membantu orang itu memang amalan yang baik, tapi kalau kita
tak mampu nak bantu, tak payahlah beria bersungguh-sungguh benar tonjolkan
kelemahan orang lain semata-mata nak angkat diri sendiri. Adakah cah keting
orang itu tergolong dalam cara yang baik?
Mentang-mentanglah bulan depan bulan Syawal, boleh
berSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, agaknya selepas cah keting orang
sebegitu mudah sangatkah orang nak maafkan kita? Calar di hati pun belum hilang
bekas parut, ada hati nak salam-salam ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir Batin huhuhuhu ilmu dari mana dia belajar pun tak tau!
Alahai!