Jumaat, 13 Januari 2017

Perangai Kita Memang Gitu



Kita selalu nampak orang cari salah kita je,
Kita tak nampak pun tang kita dok cari salah orang.

Kita dok nampak orang tak bayar hutang kita je,
Kita tak nampak pun tang kita dok lengahkan bayar hutang orang
hingga akhirnya lupa terus nak bayar.

Kita dok nampak orang bergosip buat ketupat pung pang pung pang,
Kita tak nampak pun tang kita dok komen-komen kat FB, blog, tweet blab la bla
dengan sindir perli kutuk maki hingga menjurus arah fitnah.
Padahal kita bukan kenal dia pun.

Kita dok sentap dengan semua status orang di media sosial
padahal dia cerita pasal kucing je pun
dan kita tak nampak pun tang wall kita penuh
dengan macam-macam status dan gambar
setiap 5 minit hingga naik pening fren nengoknya
Adakala semua tu tak ada kaitan langsung pun dengan kita
Dan kita memang betul-betul tak nampak?
Atau buat-buat tak Nampak?

Kita dok nampak orang gunakan kita je
Masa kita gunakan orang kita ingat tak?
Masa kita mintak tolong dia belikan air jagung kat pasar malam
Padahal kita tau pun dia dok bawak segala macam barang
Padahal kita tau pun dia bawak motor cabuk aje pun
Tapi kita dengan mudah nafikan “alah! Air sebungkus je pun nak berkira”

Kita dok nampak orang lupa kita je,
Kita tak nampak pun tang kita yang hanya cari orang masa susah je.
Masa kita senang kita cari orang lain
Bila orang lari nampak kita, makanya…kita pulak yang sentap.
Kita rasa dia hanya layak terima masalah kita aje ke?
Kegembiraan kita tak layak untuk diraikan dengan dia?
Kesedapan cendol tak layak untuk kita nikmati dengan dia?

Kita dok nampak untung orang je,
Jenjalan merata separuh dunia travel
Makanya kita kata dia aksyen menunjuk-nunjuk lagi riak
Padahal kita tak tahu berapa lama dia kumpul gaji dalam tabung gajah
Berapa banyak kerja sambilan dia buat
Berapa keras dia merancang.
Dengan hanya sekeping gambar di FB dia makan etak salai (eh!) di sungai Seine
Mudahnya lidah kita tuduh dia riak
Yang kita seberang sungai Pahang makan patin tempoyak seperiuk tu
Boleh pulak kita lupa

Ya. Itulah kita
Hanya nak seisi dunia ni ikut apa yang kita nak
Ikut macam apa yang kita rasa baik dan elok
Padahal, kita pun sama je
Lupa nak muhasabah diri
Lupa nak tengok cermin
Lupa nak Tarik nafas sesaat dan tahannya beberapa detik
Untuk hayati betapa hidup ini bukanlah lama sangat.

Kalau nak orang bayar hutang kita, silalah bayar hutang orang.
Kalau nak orang baik dengan kita tanpa prejudis, makanya
baikilah diri sendiri, usah muncul masa perlukan orang sahaja
Masa senang lenang beria-ria kita bergumbira dengan orang lain
Beringat-ingatlah, pelanduk memang selalu lupa kat jerat
Tetapi jerat sentiasa sahaja terpasang dan bersedia untuk memerangkap
Usah nanti kita jatuh dalam perangkap sendiri.
Masa tu kang dah termalu!

Bila libatkan orang lain usah ikut apa yang kita je nak
Usah hanya ikut je apa yang kita faham
Silalah tanya dengan orang berkenaan
Kita bukanlah manusia yang boleh baca fikiran orang lain
Bagaimana kita, sebegitulah yang kita dapat
Walaupun dunia ni bukan tempat yang adil namun,
Paling tidak, tak adalah segala kebaikan yang kita dapat
Dek kerana perangai tak senonoh kita tu.



Tiada ulasan: