Selasa, 1 November 2016

Dunia Dah Malas Nak Berputar



Semakin hari, nak jenguk wall facebook pun rasa macam tak sempat. Jenguk-jenguk gitu je, like like status kawan yang ketika tu melintas. Dah jadi hamba dunia apa ambo ni?

Dah November. Sebulan je lagi nak masuk tahun  baru. jenuh dok belek timbang, entah apa yang aku buat setahun ni...macam tak ada apa lah pulak. Alahai...cemana tu?

Makin usia bertambah, terasa benar sangat banyak perkara masih belum dibuat. Masih banyak tempat belum sampai. Masih banyak benda nak bebel tapi kudrat makin berkurang. Upaya makin susut. Nasib baik sempat lagi insaf huhuhuhu

Entahlah. Terkadang terfikir jugak macam mana dana pa jadinya bila dunia ni…bila bumi ni dah  malas nak berputar. Apa jadi kat kita?

Ada orang kata, bumi ni bukan bulat. Mmmmmm itupun aku tak sempat kaji lagi dasar dakwaan mereka. Hish! Semua benda nak kaji, ginilah jadinya!


1 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kalau bumi bukan bulat, bujur la kot... :)