Sejak beberapa hari lepas merebak disebarkan surat tentang Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP). Maka ributlah khabar angin mengatakan perkhidmatan hospitaliti di Malaysia dah kena bayar penuh. Kononnya dah tak ada caj RM1 tu.Ada jugak agen insuran dah ambil kesempatan gunakan isu ini untuk takutkan orang ramai supaya ambil insuran.
Benda ni dah lama sebenarnya, tapi tak ramai yang tahu secara meluas. Di HUKM sendiri pun ada, cumanya ambo belum pernahlah guna lagi perkhidmatan ni. Pernah jugak cari maklumat untuk buat lasik, tapi takat cari info aje lah.
Hari ni, Kementerian Kesihatan menjelaskan, Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) bukan bermaksud penswastaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital kerajaan. Perkhidmatan FPP dimulakan sejak 2007 sebagai pakej kepada Pegawai Perubatan Pakar Kementerian Kesihatan dan mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta.
Kalau ikutkan, tak ramai pegawai perubatan setia di hospital kerajaan, bayarannya memang rendah. Sebab tu ambo memang kagum dengan doktor-doktor pakar yang menetap sampai pencen di hospital kerajaan hingga bersara sebab hospital swasta memancing mereka dengan gaji lebih 3 kali ganda.
Kalau guna FPP ni, subsidi masih ada, tapi sikitlah. Sebab itu harganya masih lagi lebih rendah berbanding kalau kita terus ke hospital swasta. Fokus perkhidmatan FPP adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di hospital Kementerian Kesihatan terpilih.
Berikut maklumat tentang FPP Hospital Putrajaya dalam Bahasa Melayu. FPP Hospital Putrajaya Versi Bahasa Inggerisnya juga ada.