Memaparkan catatan dengan label Mat Luthfi India. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mat Luthfi India. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2016

5 Sebab Dia Benci Jadi India di Malaysia

Walaupun tengah kejar masa, tapi selalu sangatlah focus ke laut kan. Tetiba TERtengok video ni, kemudian TERtulis entri pulak huhuhuhu

Adakala kita selalu sahaja bergurau tak kena tempat. Kita tak sedar pun kita dah guris perasaan orang lain. Tak ada lucupun sebenarnya perkara yang kita dok buat lawak tu, lagi buat rakan-rakan kita tak hormat kita adalah kan.

Jom kita tonton apa 5 Reasons Why I Hate Being An Indian In Malaysia oleh vikarworld dalam video ni;



Mmmm sekali pandang ada gaya Mat Luthfi. Kalau kita tak suka orang buat kat kita, makanya, usahlah buat kat orang apa yang orang tak suka. Bila fikirkan semula, mmmmm kasar juga bila kita sebut “Hoi balik India lah!”

Kalau satu Malaya ni saling hormat dan jaga sensitivity rakan yang lain, kan aman sejahtera. Tak kesahlah ramai Cina jadi mafia ke, ramai India jadi samseng ka, sebenarnya …dalam semua kaum pun ada yang baik ada jugak yang jahat. Tak boleh nafi tu. Ramai aje pun aku jumpa kawan India dan Cina yang baik, bukannya tak ada kawan Melayu TELAN dan SAMUN aku. Yang utama, saling menjaga.

Kalau nak ikutkan, ambo pong selalu juga kena tabuh sebab jadi orang Kelate, maklumlah...orang Kelate ni kan miskin huhuhuhu